Selasa, 17 Jun 2008

dah tak berangin dah..

Nak ikutkan hati mangler aku masih bengang. Tapi yerlah kan saperlah aku nak cakap lelebih pun. Tapi tulah kesian kat aku dengan hubby..lagi ler nak kena berjimat. Aku pun tengah pening kepala dan sibuk dengan rumah kami tu.

Sepanjang minggu yang berlalu nie pun aku dengan hubby dok masuk kedai kuar kedai jer kejanya. Tanpa disedari duit pun keluar jer..duit masuknya? hhmm..tahlah dengan nak sambut baby baru nie lagi..adooiii aiii..perit sungguh rasanya. Tapi tak baik kan..pikir yang bebukan nie. So, segala benda yang negatif metif kami tolak tepi dengan perasaan gembira dapat rumah baru dan ahli keluarga baru. Bak kata omputeh tu 'double happiness'. Wah gitu..heheheheehe

Hari Jumaat lepas aku gi check up lagi. Alhamdulillah..doktor kata aku n baby baik2 jer. Walaupun aku selalu lupa nak makan ubat (siap kena sound dengan doktor tu). Yelah kan dok sibuk memikirkan banyak hal sampai aku leh lupa lak nak makan ubat yang doktor bagi since last month. Pada bakal2 ibu..jangan lupa tau makan ubat vitamin yang doktor bagi tu. Kot nanti cepat penat, kurang darah..lagi susah..ecewaahh..(peringatan utk diri sendiri sebenarnya).

Setakat nie dulu jerlah..nanti bebila senang aku upload gambar umah baru kami tu. Aku pun dah tak sabar nak pindah umah baru tu. Cat2 baru jer sampai sampai, bila dah siap cat..kena nak tambah gak barang skit2 kan. Dahtu boleh ar kami pindah masuk. Doa2 ler aku cepat dok umah baru tu nanti yer..heheheehehehe

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails