Isnin, 30 Jun 2008

hhmm..alahai..

sesekali nak biarkan blog kosong pun tak best gak kan? No excuse la..sajer jer aku tak bercerita (konon2 nak kumpul cerita then panjang ler skit ayat2 nanti).

Hari Sabtu hari tu aku balik KL as usual la kan to visit my parents, kebetulan pulak ada sedara (pangkat pakcik) meninggal dunia. But then masa aku sampai pun dah lewat sangat. Aku sempatla jumpa wife dia and the minute she saw me, dia nangis dah ler aku nie sensitif..berkongsi airmataler kami. Hubby pun sempat mintak maaf sebab tak dapat nak datang secepat yang mungkin.

Kebetulan pulak malam tu adik sepupu aku datang sama. Maka beramai2 lah kami tido di hall yang tak seberapa luas tu. Memandangkan memasing dah tau besoknya nak pegi kenduri kahwin, maka kami pun terpaksalah tido awal yang tak berapa awal (kul 2pagi). Itupun sebab anak aku si Lidya yang tetiba terjaga kul 11lebih dan cergas nak bergurau dengan semua orang.

Kenduri kahwin yang kami pegi tu di Salak tu sedara belah bapak. Kami pun tak duduk lelama sebab keadaan cuaca yang mendung. Aku dengan hubby pun tak sempat lelama sebab bangcik (pilot bapak) masuk keja kul 4 petang.

Kami sampai di Seremban dekat kul 5 petang. Sempat lagi menyinggah ke kedai perabot. Dah tengok dah usha apa2 yang patut kitorang pun balik sebab dah hujan lebat pun.

Malamnya aku mintak hubby banjer pizza...hubby said ok sebab aku tau dia bakal dapat bonus hari nie. (psst..lepas nie kan aku nak mintak dia banjer makan Japanese food lak..heheheehe)

Hujung minggu nie lak ada kenduri kahwin adik sepupu hubby. Baju baru tak yah beli sebab bulan lepas masa MIL gi KL dia ada belikan baju maternity blouse untuk dipakai time kenduri tu. (murah rezeki aku kan?). In return, aku kena ambik coti hari Jumaat nie sebab dia dah janji nak masak pulut kuning for the akad nikah nite. Aku pun tak kisah..maklumlah aku mang nak clearkan coti aku pun..heheheehe

p/s: korang rasa penting ker beli kapet? Hubby sibuk nak beli kapet untuk hall dan setiap bilik tido. Aku rasa yang penting sekarang ni mesin basuh dan peti sejuk..betul tak? Kapet bebila pun leh beli..tul tak?

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails