Jumaat, 6 Jun 2008

Naik Minyak???

Aku heran betul ar dengan sikap orang yang cakap macam nie. Asal barang naik harga disuruhnya tukar cara hidup. Kalau macam tu toksah ler lantik YB..toksah ler buat pilihanraya kalau dah masalah harga barang naik disuruh tukar cara hidup. Soh makan ubi kentang..ubi keledek..ini zaman penjajah Jepun ker? Nak soh makan roti..kan ker tepung dah naik harga gak? Nak bagi rebate konon..tu satu lagi masalah..ingat takde ker yang mengambil kesempatan?

Aku tengok dah baper kali harga barang naik takde pun YB ker Menteri ker yang naik bas, gi Parlimen naik basikal, takdepun yang naik bas atau teksi (dapat gak tolong pemandu2 teksi tu). Kot yer pun nak naikkan harga minyak petrol tunggulah seminggu dua..nie tak nyempat2 dah macam apa jer.

Tiap kali harga petrol naik..disuruh bandingkan dengan negara jiran yang takde minyak. Ingat semua rakyat nie tak abih sekolah ker? Aku geram..aku marah..sakit hati..sedih..semuanya ada. Takde ker pegawai2 or menteri yang cerdik pandai cari jalan nak atasi masalah nie?

Aku susah betul ar nak percaya yang kita nie rakyat Malaysia nie ‘buruk lantak’ sampai nak kena import beras dari negara jiran. Bukan sebelum nie kita ada program pertanian yang besar2an? Takkan tanam pokok herba jer??? Mana pegi sawah2 kat Malaysia nie? Mana peginya???

Ni lak tarif letrik nak naik lagi...kot nak soh tukar pakai lilin ker? Nampak gayanya kenalah kita jadi macam tok nenek kita dolu2. Bela ayam, itik, cedok air perigi, air sungai (kot sungai tak tercemar ler kan) tanam sayur sendiri. (kesian pulak yang dok umah pangsa n kondo).

Aahhhhh...tension ar macam nie!!

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails