Selasa, 15 Julai 2008

aktiviti hujung minggu

Hari Sabtu hari tu aku bekerja half day. Seperti yang telah dirancangkan, aku minta jasa baik pakmertua untuk menjemput aku di opis so that aku boleh menyertai rombongan ke rumah pengantin lelaki di Sri Menanti. As you know la kan..orang Negeri Sembilan nie ada adatnya yang perlu dibuat sementalah pulak bapa pengantin perempuan salah seorang dari 'datuk beradat'. Enak betul lauk pauk yang disediakan..ehem ehem aku menjamu selera di atas rumah pengantin yer. Seawal jam 2.30 petang kami pun beransur balik ke Seremban.

Dan seperti biasa, hari hujung minggu rutin balik ke KL untuk melawat parents aku. Jam hampir 4 petang kami pun bertolak. Paling tak bestnya kami menempuh kesesakan sebaik tiba dia tol Sungai Besi. Hubby dah mula resah gelisah, aku apatah lagi. Kejab pusing kiri kejab pusing ke kanan. Hubby bertanya pada adik yang bertugas di tol, ada 'road block' katanya. Terus jer hubby berangin satu badan. Marah betul dia. Kot nak buat roadblock macam dah takde hari lain agaknya omel hubby. Aku diamkan jer. Risau gak aku kot 'penyakit' hubby menyerang nanti. Aku suruh dia bertenang sambil menyuruh dia minum air masak yang aku hulurkan kat dia. Sib baik dia ikut jer.

Sempat jugak kami singgah di kedai kek yang baru dibuka dekat dengan rumah parents aku tu. hmm..boleh tahan rasanya, sedap dan manis. Eh..lupa lak MIL ada kirimkan pulut kuning dan serunding ayam untuk makbapak. Apalagi menjamu selera la kami petang tu. Aku ada citer kat mak pasal hubby hampir2 nak beli durian kat pasar tapi aku cakap baik beli kek jer. Terus mak tanya naper tak beli..aku cakaplah nanti mak turun ke Seremban kita pesta durian yer. Bapak sengih jer. (ada jer jalan nak soh mak datang ke Seremban).

Esoknya (Ahad) lepas makan tengahari, buat taik mata kejab, kami pun bersiap2 nak balik ke Seremban. Hmm..ada lagi roadblock menghala ke KL. Hubby pok pek pok pek lagi. Aku pun tak kuasa nak dengar, mandangkan aku dok layan kanak2 riang kat belakang. Sempat jugak kami singgah di Nilai melawat adik sepupu hubby yang baru jer bersalinkan anak perempuang yang ke-3. Aku soh hubby kuarkan bubur pulut hitam kiriman mak aku untuk diberi kepada mak sedara hubby. Selebihnya aku bawak balik Seremban.

Hari nie rumah baru aku tu akan dicat dek pak sedara aku. Katanya akan selesai dalam 2 hari ajer. Hujung minggu nie boleh la pindahkan barang skit2. Dan semoga rancangan untuk berpindah hujung bulan nie atau awal bulan depan dapat kami laksanakan..insya Allah.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails