Selasa, 8 Julai 2008

Secukup rasa..

Seminggu berlalu di bulan Julai tentulah macam2 aktiviti dan hal2 yang berlaku kan. Tapi yang penting aku masih belum lagi berpindah (jawapan pertanyaan NBK). Masih ada lagi barang2 yang perlu kami beli. Bukanlah aku taknak pindah. Hari2 aku dah berangan nak dok umah baru tu. Hujung minggu hari Sabtu hari tu ada kenduri kahwin adik sepupu hubby. Dan kebetulan jugak si kakak Julia demam. Kakak kalau demam tak banyak ragam mungkin sebab dia dah makin membesar kot. Setakat nak makan ubat ker nak jumpa doktor ker dia mang tak takut langsung. Alhamdulillah ..kakak dah ok dah tapi batuknya sahaja yang kesian pulak aku dengar..kadang tu sampai dia muntah.

Hari Ahadnya pulak seperti yang dijanjikan hubby, kami ke Klana Resort untuk menikmati buffet japanese food. Tak best sangat tapi aku tak kisah sangat janji aku dapat makan makanan jepun (untung time mengandung camtulah..cakap la nak apa sure hubby penuhi..hehehehe). Masa sedap menjamu selera, kedai perabot pulak telefon nak hantar sofa. Aku soh hubby bagitau bila masa sesuai..eh dia taknak pulak. Ndak takndak lepas jer makan kami ke kedai perabot tu dan settlekan bayaran. Hubby boleh pulak soh kedai tu hantar petang tu gak. Alasan hubby..takut sofa baru tu kena hujan sebab dia nampak sofa tu kat luar kedai. Alaaa..alasan ler tu..tulah peel orang lelaki kan. Konon tak excited tapi aku tengok sekarang nie dia pulak dok sibuk nak letak itulah inilah kat umah baru tu. Aku? Baik aku tumpukan pada 'perut' aku nie dulu..hehehheehe

Anyway..aku ada gak tanya kat hubby pasal mesin basuh dan peti sejuk. Waaahh..katanya nanti dia beli ler..'cash' lagi. Eleh..mentang2 ler baru dapat vitamin 'b' dari tempat keja. Eksen bukan main lagi dia dengan aku tau.

Hujung minggu nie apa lagi..time balik ke Pantai ler kan. Hubby ada gak tanya ada ker apa2 barang nak di amek dari umah Pantai tu. Aku kata ar ada tu ada tapi takdelah banyak pun. Aku ingat bila dah pindah sok barulah aku amek. Tak kuasa aku nak amek sekarang nie sebab tak koser nak semakkan bilik...kot nak anta kat umah barupun bukannya nak pakai lagi pun.

Gambar belum dapat aku nak load lagi walaupun aku dah amek dah. Sebabnya laptop kesayangan aku dah gi service center untuk direpair. Tetiba lak laptop aku tu takleh nak dihidupkan. Tapi aku dah tanya dah..insya Allah minggu nie dah siap kot. La nie aku dok guna pc yang versionnya dah kaput sangat dah. Kot nanti tak pepasal jer hang kang. Untuk selamat baik aku taip jer dulu. Gambar2 letak kendian.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails