Jumaat, 8 Ogos 2008

8hb ini..

Dalam banyak2 hari boleh pulak aku pilih hari nie (8/08/08/) sebagai pembuka cerita untuk bulan nie. Sajer jer..lagipun hari nie aku rasa seronok skit nak bercerita walaupun aku tengah sarat (37 minggu) dan tetiba lak diserang selsema sejak semalam.

Tentulah ada macam2 cerita yang nak aku kongsikan bersama kan. Cerita yang pertama tentulah tentang aktiviti hujung minggu lepas. Bermula dari hari Jumaat (1/08) aku ke rumah adik sepupu atas jemputan kenduri doa selamat sempena perkahwinan yang bakal berlangsung esoknya. Tentulah ahli keluarga aku dari KL pun ada sama. Hampir tengah malam jugaklah kami dirumahnya.

Esoknya petang kami pulak ke KL di samping nak menghadiri majlis persandingan aku dapatlah meluangkan masa dengan ahli keluarga aku lagi. Waaahh..kali nie best betul, kami kenduri durian beb. Sampaikan aku kena sound pasal orang sarat mengandung tak elok makan durian bebanyak. eeeiisshh..kot kalau tak kena sound mang aku mengadap ajer durian yang banyak2 tu.

Hari Ahad adalah hari persandingan buat adik sepupu eh..lupa lak adik sepupu aku nie lelaki. Kenduri hanya disambut disebelah pihak perempuan sahaja. eh..lupa lagik..baik ketika makan durian reramai dan majlis persandingan tu hubby tak dapat nak turut serta. Badan dia tak sihat (katanyalah..tak taulah kot tu cuma alasan dia jer kan). Lepas jer majlis persandingan tu, aku mintak kat bapak (sebab aku menumpang kereta bapak) untuk bawak cucu dia nie ke zoo negara. Terus jer kening bapak berkerut. well..aku soh anak aku si Julia cakap kat atoknya, ‘tok kita pegi zoo, boleh tak?’. Laju jer si atoknya jawab, ‘boleh’. ‘Betapa kuatnya pengaruh cucu kat atoknya kan’ sambil tersenyum kuar ayat tu dari mulut aku.

Sampai jer kat Zoo Negara hujan turun mencurah2. Mulanya aku nak cancel jer, tak kuasa aku nak pegi dalam keadaan cuaca hujan lebat kan. Tapi sebab bapak pun dah kata alang2 dah sampai nie baik teruskan ajer. Aku pun ikut jerlah. Eeiisshh..bila aku ingat2 balik kan..rasa macam tak sanggup aku nak jalan2 punyalah jauh dalam keadaan yang begini sarat. Tapi Alhamdulillah..segalanya ok jer. Si kakak pun gembira sakan sebab permintaan dia untuk ke zoo dapat aku penuhi.

Selewat jam 6 petang hubby dah calling2 tanya aku bila nak balik..dan dia dah start bersungut2 aku lambat sangat nak balik. (padan muka dia..kalau dia ikut tak payah ler aku nak patah balik ke rumah bapak boleh jer terus balik Seremban).

Kami bertolak dari umah bapak ke Seremban pun dah hampir ke pukul 8. Tak dapatlah aku nak join sama dengan abang dan adik2 aku makan malam. Terkocoh2 punya pasal sampaikan purse aku pun tertinggal dalam keta bapak. Nasib baiklah adik sepupu aku yang baru berkahwin tu tolong ambikkan tapi 3 hari jugaklah aku tak de kad pengenalan. As usual..kalau aku wat salah tu hubby mangler tak lepaskan peluang sound aku kaw kaw liau. Aku nak kata apa..diamjelah..sok sok time dia aku pun takkan lepaskan peluang gak like what happened 2 hari yang lepas (nanti aku ceritakan yer that for sure).

Hari nie aku nak gi check up dan juga ada appointment untuk pasal rail langsir. Tak lupa jugak orang nak pasang Astro. Yess!! hujung minggu nie sibuk packing barang lagi beb. Yer..ada lagi barang nak diangkut..orangnya tak bila ar nak dok nie. Well..tak lama lagi jer nie. Hubby pun dah terkocoh2 dah nie. Padan muka dia..Minggu depan kot aku dah start dok umah baru tu. Boleh ke kot2? takde suspen2nya der..mang dah itu plannya pun. Lagi lambat pindah taulah hubby akan akibatnya nanti..hahahahahaaha

Selamat Berhujung Minggu Semua..!!

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails