Selasa, 19 Ogos 2008

Semakin hampir

Tadaaa...Aku masih belum 'meletup' seperti yang dijangka dek doktor. Telah aku katakan pada doktor tapi doktor tu tak nak caya. Kandungan aku nie bakal melewati minggu ke 39, hari Jumaat nie doktor soh aku gi buat CTG. Eeiiisshh..sebelum nie takde pun kena buat. Takperlah lagipun setiap kandungan bukannya sama, ikutkan jerlah kata doktor.

Hujung minggu yang berlalu memang menyeronokkan aku. Hari Jumaat aku dah start coti yang bos aku pulak dok sibuk soh buat itu ini konon2 ingat kot aku nak coti bersalin dah. Bos aku nie pun satu (kalau 2 mangler aku dah lama chow) kot yer pun, perihatin ar skit dengan keadaan aku yang dah sarat nie. Hmm..apa nak buat dari anak pertama dulu pun dia mang tak perihatin, inikan pulak yang ketiga lagilah dia buat derk jer. Tak pernah pun dia bagi aku apa2 sempena kelahiran anak2 aku. Aku pun buatla segala benda yang dia mintak aku buat tu, yerlah kan manalah tau kot aku bersalin sebelum due date, aku gak senang hati sebab tak payah dia nak kacau time aku coti bersalin sok tapi tulah hari nie datang keja, mana yang pending pun dia tak settlekan lagi, laju jer dia serahkan kat aku soh aku settlekan. Teruk ar bos aku nie..takde sikap tanggungjawab langsung. Eeii..maleh aku nak cakap pasal perangai bos aku nie..buang karan jer.

Apapun hari Sabtu petang semua barang2 yang telah aku dan hubby pack diangkut lori seawal jam 2 petang. Fuh..sib baik ada kawan hubby dan adik2 sepupu yang boleh diharap untuk membantu. Aku awal2 dah diberi amaran dek hubby dan mertua untuk tidak mengangkat barang2 berat. Angkat sound box radio yang aku rasa takdela berat mana pun dah kena marah. Langsung terus jadi 'mem' aku dibuatnya. Sementara hubby kat umah baru, Ateh call dari tol Nilai bertanya aku di mana. Terus jer aku ajak Ateh ke rumah mertua untuk makan tengahari.

Pukul 4 petang hubby call tanya sama ada dia perlu menjemput aku atau tidak. Terus jer aku kata tak perlu sebab aku boleh naik kereta dengan Ateh yang datang dengan mak dan bapak. Hubby terus kata ok, sebab katanya kerja pemasangan wayar untuk mesin basuh belum selesai. Siap pesan soh aku beli/bungkus kuih sebab dia belum makan nasi lagi.

Tapi malam minggu tu memang ler meriah, adik2 sepupu aku, mak sedara, Ateh, mak dan bapak semua tido di rumah baru kami tu. Siap memasing tido lewat sebab berborak dan tak kurang yang dok tengok tv. Aku rasa aku tido dalam senyuman di malam tu...heheheheheehe

Mak dengan bapak baru jer balik ke KL malam tadi. Kalau boleh aku nak jer soh dorang stay sampai aku bersalin tapi aku rasa tak sampai hati la pulak. Tapi bapak dengan mak dah tau dah sok sok aku bersalin dorang akan teman aku disini sehingga aku abih pantang.

Baju baby baru jer aku beli petang Ahad hari tu. Walaupun dia anak ke-3 tetap juga 'orang baru' dalam keluarga kami. Alhamdulillah..semuanya dah selesai cuma tunggu masa aku nak bersalin jer nieh. Kalau sekiranya tiada lagi entri selepas ini..mungkin aku sedang bertarung nyawa di bilik bersalin untuk menyambut 'orang baru' tu. Doa2kanlah aku selamat yer kengkawan.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails