Isnin, 3 November 2008

2hb November

Tarikh yang sepatutnya aku buat kenduri cukur jambul, doa selamat dan juga majlis hari lahir Julia Adriana a.k.a. Akak/Kakak. Malangnya ketiga2 majlis tak dapat diadakan sebab kebetulan kawasan perumahan kami ada pulak perjumpaan. Aku lak ada hati nak menyumbang kuih karipap walhal sumbangan duit dah aku berikan. Hubby dengan baik hatinya membantu aku walaupun sebenarnya dia tak berapa pandai. Tapi tulah tunjuk pandai bukak api besar2 konon nak cepat sampai banyak yang hangus. (geram gak tapi sebab dia baik hati nak menolong..pejam jerlah mata sebelah). Yerlah kan kita cuma merancang, Tuhan menentukan.


Lewat petang semalam gak makcik aku dari Palong tepon, kata nak datang ke rumah. Nasib baik ada orang nak datang umah dapatla dorang sama2 meraikan hari lahir kakak. Kakak pun gembira sesangat. Kakak dah pun berusia 4 tahun tapi mulut dia hhmmm...sabarjerlah. Kadang2 tak dapat nak aku gambarkan betapa 'murai'nya dia.


Kerenah dan keletah dia kadang2 menguji kesabaran aku dan hubby. Ahh..namapun budak2. Bila dilarang membuat sesuatu pastinya soalan naper? yang bertalu dari mulut dia. Last2 aku jawab jer dah orang kata jangan tu jangan jerlah. Sori lah dia nak terima jawapan macam tu. Selagi dia tak puas hati selagi tulah dia tanya kenapa? nanti jadi apa? Aduuii..pening dibuatnya

Imaginasi dia pulak kadang2 melangkau jauh ke Sarawak. Maunya tak, dia kata dia ada ibu dan ayah serta abang di kampung di Sarawak.


Masa aku bercuti dia kadang kala minta tolong..hehehe..teruk kan anak umur 4 tahun dah di suruh buat itu ini. Eh dari kecik la kita ajar sok dah besar sok dah tak reti lak. Tapi aku takdelah soh dia basuh pinggan ker, mop lantai or sapu lantai. Aku mintak dia tolong ambik barang contoh kain pengelap, botol susu adik dia. Dia sayang betul dengan adik2 dia. Jarang2 dia buli si Lidya. Janganlah ada yang acah2 nak ambik adik2 dia. Sure dia kata tak boleh. Silap2 kang banjir ler jawabnya.


Sekarang ni setiap kali aku bermekap dia pun sama nak pakai. Kesudahan aku jarang bermekap sebab aku terpaksa pakaikan jugak lipstikla, pemerah pipila aduii..lagi lambat ler aku nak bersiap. (tapi aku lebih pada malas sebenarnya..hikhikhik)


Semalam bila ditanya hadiah apa yang diinginkan..sebiji kereta. Amboii..very2 the gitu kan..?

Aksi2 bday gal bila disuruh posing depan kamera...dia mang suka posing. Laju jer kalau disuruh posing.



















Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails