Isnin, 10 November 2008

Hujung minggu

Kalau masa bercuti tu rasa cepat nau masa berlalu kan? Kalau masa keja tu setiap minit tu rasa macam lambat tul nak abih masa kejanya (angin malas nak buat keja ar tu).

Hujung minggu hari tu hubby dah berura2 nak ke salun. Aku ok ajer sebab aku dah pegi dulu. Hubby aku nie memang tak boleh aku lebih dari dia. Kalau aku gi salun sure dia pun nak pegi gak. Lenkali kena ar aku pegi senyap2 tapi tulah dia sure boleh tau sebab tengok gaya rambut aku lain dari biasa.

Kalau setakat gi salun aku tak kisah lagi. Jangan dia pegi tempat urut tu dahler. Harus kuar segala ayat yang tak patut kat dia kang. So far, aku belum la nampak dia ke arah tu. Orang lelaki nie taulah kan bukan boleh caya sangat pun. Aku awal2 memang dah sound hubby yang aku boleh caya kat dia pun 50%. Tupun peratus yang tinggi tuh. Haruslah dia rasa kecik ati tapi nak wat camner kan, dah memang camtu aku punya rasa. Hubby pun tak leh ar nak paksa aku percaya kat dia seratus peratus. Hubby pun ntah2 langsung tak percaya kat aku.

Hubby aku nie memang cukup tak suka kalau gi kuar berjalan2. Dia kalau boleh nak dok umah mengadap jer depan tv. Aku pulak tak tahan tul kalau asik dok melekat jer depan tv. Nak pulak aku bukan jenis yang suka nak mengemas atau mengatur barang dalam rumah (dah dok sendiri nie nak taknak terpaksa ar buat). Dapat meround dalam keta pun dah kira ok kat aku. Tak padan dengan 'askar' yang berderet. Aku kesian dengan 'askar' yang berderet tulah makanya aku ajak hubby kuar meround.

Tapi masa aku dalam pantang tu tak pulak dia dok umah. Dia kuar gak gi umah mak dialah, gi jumpa kawanlah. Nak kata kalau gi shopping pun bukannya aku mintak duit dia pun (bukan selalu shopping pun). Macam manapun hubby dah memang paham sesangat dengan peel dan mood aku. Suka ke tak dia bawak jugak aku gi jenjalan walaupun hanya dok dalam kereta jer..heheheehe

Semalam sebab dia nak gi salun dia anta ler aku kat kedai yang dah berbulan2 aku dok sebut nak pegi. Memula tu dia cuak gak sebab tak yakin aku nak handle 2 kanak2 riang dan baby yang baru 2.5bulan. Aku lak kalau dah ada peluang berjalan tu setakat tengok bebudak nei apa ada hal. Kebetulan kedai tu ada sediakan tempat untuk bebudak main. Yang paling penting kedai pakaian tu tak 'open air' tapi ada 'aircond'. Kira selamat ar..anak2 aku pun berlegar dalam kedai tu jer.

Dok belek tu belek nie..terbang RM60/-. kebanyakan pun baju bebudak nie. Untuk aku, kan ker aku dah gi potong rambut siap buat rawatan lagi. Apa lagi aku nak. Kira ok ler tu. Untuk anak2 pejam jer mata sebelah..betul tak? Betul..!

Lepas sejam hubby pun datang menjemput. Aku ajak dia gi makan so that malamnya aku takyah ler masak. Hubby pun ok jer. Lepas makan kitorang pun apa lagi ..balik umah ar. hheheehe

Hujung minggu nie ke mana pulak? Aku ada cakap dengan hubby dah sebulan lebih aku tak balik ke Pantai. Tupun sebab saban minggu family aku dok datang ke umah. Sekarang nie turn aku la pulak balik jengok family aku. Hubby kata ..Insya Allah...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails