Khamis, 20 November 2008

Kembali tersenyum

Bermula 13hb hari tu sampailah ke 18hb aku bercuti. Aku bercuti sebab yang menjaga (MIL) anak2 aku nak pergi bercuti ke Kuantan dengan adik beradik dia. Sepatutnya aku bercuti hari dari 17-18 jer tapi dah baby Dania demam dan meragam aku pun ambil ar cuti lebih awal. Kalau sebelum ni aku dok risau dan gundah gulana tapi sekarang dah ceria. Baby Dania dah kembali tersenyum. Dah mula tergelak bila diagah. Alhamdulillah..lega rasanya bila tengok dia dah tergelak macam sebelum2 nie. Heran gak aku, baik baby Dania atau si Lidya asal sebut nak bawak gi cucuk jer mesti dorang demam. Tak sebut tak pulak diorang nie demam.

Sepanjang aku bercuti tu sempat gak aku pegi ke expo bio-tech kat Paroi tu. Aku pegi pun masa hari terakhir expo tu. Dalam dok usha itu ini ada ker patut aku gi beli serai wangi. Nak jual minyak urut ke apa aku nie. heheheheehe Harga anak2 pokok yang dijual pun murah2, dari hari RM1 untuk anak cili ke harga RM5 untuk anak pokok limau kasturi.. Aku sebenarnya nak beli pokok2 lain tapi hubby tu ar, asyik2 'dah lum..jom ar balik'..ayat yang kuar dari mulut dia. Aku dok kendong baby yang lagi berat dari 2 rumpun kecil serai tu pun tak de rasa penat. Ooohh ya tak ya ek..hubby pun tak sihat sebenarnya. Diapun baru jer baik demam masa tu. Kakak lak terkejut tengok kambing sebesar anak kuda..terus dia takut. Lagilah ilang mood aku dibuatnya.

Nak pulak masa tu dah mendung jer. Takut kot anak2 aku yang baru baik demam kena hujan lak. Tapi tulah dorang nie guna bomoh hujan ker apa agaknya. Elok aku sampai jer umah mertua, cuaca terus terang jer. Itupun MIL kata naper tak tinggalkan jer baby Dania dengan dia (MIL balik hari Isnin 17hb). Aku bukan apa, kot nak singgah tinggal kan baby takut tak sempat nak gi ke expo lagipun MIL tu kan baru balik jenjalan. Mana tau kot dia letih lagi. Maklumlah orang tua kan.

Hubby dalam tak sihat pun dia tolong gak tanamkan serai wangi dah kami beli tu, serumpun kat umah MIL dan serumpun lagi kat umah kitorang.

p/s: MIL kata orang pompuan yang tengah datang bulan tak boleh petik daun sireh, nanti pokok sireh tu boleh mati, betul ker?

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails