Isnin, 24 November 2008

Rancangan tak jadi

Rancangan aku nak lepak sambil makan pizza dengan adik sepupu aku tu tak jadi.  Akak ipar aku dari KL datang dengan anak2 dia.

Semalam pulak hubby kerja dari pagi sampaila ke petang.  Rancangan nak gi jalan2 pun terbantut.  Sudahnya kami pergi ke Gi@nt Senawang jer.  Itupun sebab aku nak beli susu baby Dania yang bakal kehabisan.

Yang paling best aku pakai baju t-shirt tersangatlah buruknya (t-shirt untuk pakai tido).  Terasa orang dok pandang t-shirt buruk giler tu.   Malu betul.  Tapi aku ni jenis memang muka selamba jadi dengan selamba jerlah aku ke hulu hilir dengan t-shirt burok aku tu.

Hari nie aku rasa pelit skit ar.  Bos aku cakap lembut2 jer dengan aku.  Tanya apa2 hal pun takde macam nak gaduh pun.  Puas aku dok pikir.  Laaa...patut ar dia baik..hari nie kan hari gaji.  Kalau aku tak bagi tau sure dia dok ar tunggu 26hb.  Memo kuar masa aku coti pantang pun aku boleh tau, dia yang hari2 keja boleh ketinggalan berita penting macam ni.  Alasan sebab ingat memo tu bagi tau untuk advance hari raya jer.  Tulah bos lenkali apa2 memo baca ar sampai abih.  Ini tak, tengok2 macam tu jer.  Kan ker dah ketinggalan.

Hmm..cepat dapat gaji cepat ler abihnya pun.  Nak buat macam mana kan dah nama pun 'makan gaji', macamtulah jadinya..heheheehehe

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails