Rabu, 5 November 2008

Risaunyaa...

Aku tengah resah gelisah nieh. Duit cash kat tangan hari tu ada RM100/- dah pun aku guna. Hujung minggu hari tu lepas perjumpaan di kawasan perumahan kami tu, hubby ajak gi Dataran Senawang. Oklah tu boleh ar aku gi amek duit kat mesin ATM.

Belum sempat keluar keta, hujan lebat pulak. Aku malas nak keluar dari keta. Aku soh jer hubby tolong gi ambikkan (aku jarang mintak dia tolong part nie..tak nak dia tau baper duit aku tinggal kat bank). Memula hubby pun malas gak tapi aku tau sure dia nak tau baper duit aku tinggal, dia pun relakan gak. Hubby tanya nak kuar baper? Aku cakap RM100/- dah ler.

Peh tu aku tengok dia dok kuar masuk kat bank. Aku dah mula cuak, kot kot kad ATM aku tu dah kena telan. Aku tau sangat bab menghafal no PIN hubby memang lemah. Aku nampak mulut hubby dok kumat kamit pandang aku. Aku agak dia tak leh nak kuar duit. Aku turunkan cermin keta cakap kad masuk terbalik tak (kes ni memang hubby selalu buat). Dia masuk balik dan cuba mesin lain lak peh tu dia kuar terus dari bank.

Ahh..sah la kad tak leh pakai nie. Betul lak kata hati aku. Kata hubby masuk kad jer..mesin muntahkan balik. Katanya Kad tidak boleh diproses, sila hubungi bank. Jadiknya dari Ahad tu aku pun diam jer. Ingat nak tepon hari Isnin..tangguh ke tangguh..barulah malam tadi aku call (payah tul nak cakap dengan customer service ni tau) tak dan abih cakap kredit aku dah abih. Tupun hubby bising, suruh aku call kat tepon opis.

Yang aku tau pegawai tu soh aku cuba lagi tapi sebelum tu lap kad ATM then kalau tak boleh gak kena ar aku tukar kad. Masalah sekarang duit kat tangan pun tinggal RM6 jer (eleh..macam ler tak biasa duit tinggal banyak tu..heheehehe). Nampak gayanya kena ar aku ambik coti kalau nak tukar kad ATM yang baru. Buat sementara waktu kena ar aku pinjam duit dari hubby (sure dia bersungut..macamlah aku tak bayar macam dia)

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails