Rabu, 17 Disember 2008

Alkisahnya yer

Almaklumlah kan semalam besday aku.  Dah tentulah hari special untuk aku.  Masuk keta jer soh hubby pasang aircond.  Eceh..pehtu maklumlah aku nie dok guna line 'hotlink' dan dapatler aku calling2 foc.  Tapi kena call mereka2 yg guna maxis gakler.  No prob.  Kebanyakan yang aku kenal pun guna line under hotlink..apa lagi kan.  Sakan ler aku guna.

Peh tu mesti ar gi amek bebudak dulu.  Awal2 lagi MIL tanya dapat ke tak KFCnya..aku geleng kepala.  "kedekut" kata MIL.  Aku diam jer ar kan.  Sebab aku pun tak sure hubby betul2 ker nak bawak aku gi Secret Recipe nie.

Dah siap2 kitorang pun balik umah kat Senawang.  Then hubby tanya aku,

nak masak apa?

aih..bukan awak kata nak belanja makan ker?

hubby tersengih jer.  Dekat jam 9 kitorang kuar.  Angkut ler anak2 sekali.  takde makna nak tinggalkan dorang kat umah atukwan dorang.  sekurang2nya anak2 dapat gak merasa berjalan2.  Well no cake r this year.  Yerlah rugipun kalau beli.   Takde saper nak makan.  Hubby bawak kitorang (me n anak2) ke Secret Recipe.  Aku order prawn macaroni with cheese and green apple kasturi w/o ice manakala hubby lak order new in menu beef steak.  Aku order utk anak2 alphabet fries n kakak lak nak smarties(gula2 warna warni) icecream.

aku tak amek gambar cos tak sempat nak caj bateri hp.  tapi rasa macam tak best jer makan kat situ kali nie.  hubby pun pk yang sama.  katanya lagi best kalau gi mkn kat penang street.  tak taulah mungkin aku dah jemu kot.  hubby kata dagingnya kecik n macam makan rendang jer.  dagingnya terlalu lembut (mcm dah direbus jerk).

Masa nak balik tu ternampak ler funfair, amboii..bukan main lagi dia terjerit ko.  Siap dengan tangan letak kat muka lagi.  Sorryla lidya ayah ko takde mood nak bawak ko.  Esok nak gi keja.  Next time ler jawabnya.  kesian lidya.

Sampai umah pun hubby tak abih2 dok pot pet dok tak puas hati lagi.  Aku pun nak sedapkan hati dia..ok lah yang, next time when your birthday comes, i belanja u kat penang street tu yer.  tu pun dia tak puas hati lagi.  masih lagi nak pot pet.  aku nak tak nak dengar jerlah.  benda dah masuk perut pun kan.  cakap lelebih lagi sakit hati jer kang.

Apapun, aku gembira atas ingatan hubby nak gak bawak aku gi makan2 di tengah2 bulan nie(hubby dapat bonus sebulan).

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails