Jumaat, 26 Disember 2008

dah terpaksa..

Seronoknya kalau cuti hari nie..rasa panjang jer cuti kan?  Bos aku dah 'chop' cuti hari nie, nak tak nak kenalah aku kerja. Kalau tak harus aku dok berlengkar lagi ataih tilam dengan anak2.

Semalam hari Krismas..macam biasalah iklan tv, iklan di suratkhabar malah di shopping complex awal2 dah letak hiasan2.  Rasa macam dok kat negeri omputeh jer.  Hari tu si kakak siap marah dengan aku..

Mak ni terukla tak bagi kakak raya Krismas..

Terpaksalah aku terangkan kat dia..Krismas tu bukan raya kita la..bla..bla..

Lagi satu, Julia nie kalau nampak kucing memangler dia takut sesangat (kes pernah kena cakar dek kucing..trauma dia dengan kucing).  Samalah dengan si Lidya.  Tapi kalau nampak anjing langsung dia tak takut.  Siap ditegurnya anjing tu.  Baru2 nie dia merajuk dengan uwan dia..

Uwan nie teruk ar..kakak nak beli anjing pun dia tak kasi..

Sabarjerlah..

Lagi satu aku sedih sebab tak dapat nak balik KL hujung minggu.  Walaupun dia tak sanggup tapi bapak sanggup nak jemput aku balik.  Tapi tulah hubby siap merajuk dengan aku yang ndak gak balik KL.  Hubby nie pun satu (sib baik ler satu)  bila diajak jenjalan kat Seremban ni, taknak lak dia.  Macam2 alasan dia bagi.  Bertambah ler kebosanan aku dibuatnya.

Takper tak lama lagi umah aku nak pasang internet(ayat nak sedapkan hati). Bolehlah aku berinternet selalu.  Kalau dia sound taulah aku nak sound dia balik. hehehhee

p/s: SALAM MAAL HIJRAH UNTUK SEMUA..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails