Khamis, 18 Disember 2008

lagi pasal birthday aku



Dalam aku kata tak de kek untuk birthday aku tahun nie.  Ada lak yang baik hati belikan untuk aku kek. Siap sekali dengan KFC dan tak lupa jugak facial mask (tak dapat nak ambik sbb hp dah low baterry).

Masa tu aku dok menyusukan si baby Dania, tepon bunyi.  Aku panggil ar hubby soh dia jer yang angkat tepon tu.  Aku takdelah nak menanya saper dok call ke apa sebab lepas menyusukan baby aku nak menyuapkan kanak2 ribena (julia & lidya) makan nasi lak.

Masa tengah menyuap anak2 tulah aku baru tingat nak tanya saper dok call.  Hubby jawab ar adik dia yang call.  Selalunya la kan lepas tanya saper call sure ar aku tanya apa hal.  Ni tak, aku senyap jer.  Buat 'derk' jer ar kan.

Yang terlebih kecoh soh aku tiup lilin is my hubby lar.  Tak abih2 dia dok nyakat aku, dah tu siap soh nyanyi ramai2.  Terus aku cakap...dah toksah2 nak lelebih lak..malu ar wei.  Tergelak2 hubby dapat nyakat aku.  (tapi aku tau dia happy sebab adik dia tunjuk baiikk hati beli kek, KFC dan hadiah).  Dan aku lak of coslah tersangat terharu sebab tak sangka lak dia sanggup bersusah payah untuk satu2nya akak ipar dia.

Dah ler awal petang dekat kul 3 tu bapak datang dari KL dan sudi lak jenguk anak dia kat opis yang buruk nie.  Bapak bawak anak sedara aku si Farah sekali.  Kesian dekat kul 3 belum makan tengahari lagi.  Aku pun mintak izin kat bos kuar kejab ajak dorang gi makan.  Tapi aku tak makan ar sebab aku dah makan.  Tak lama pun kitorang berborak.  Sebenarnya bapak datang ke Seremban nie untuk renew roadtax dia tapi dah alang2 tu dia datang ar tengok aku sekali.  Almaklumlah aku kan anak kesayangan dia..(muntah darah ler kalau adik2 aku dengar ayat skema nie).  Tapi kan bapak tu kalau dia taknak jumpa aku pun takper tapi dia luangkan gak masa datang tu, aku betul2 terharu.  Eceeehh..dah tangkap syahdu ar pulak..

p/s: dalam dok happy2 tu ada gak hal yang buat aku bengang tapi benda kecik jer..one eye shut jer ar benda tu..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails