Rabu, 10 Disember 2008

selepas raya haji punya mood..

Raya Haji seronok dapat gak balik KL.  Alhamdulillah jalan takdelah sesak, lagipun kebanyakan orang balik arah Selatan.  Dah nak sampai ke tol sungai besi barulah hari hujan.  hubby pun rileks jer.  aku balik pun hari lewat pagi Ahad.  Yakni sehari jer nak raya haji.  Nak wat camner hubby cakap time tu jer pun nak baliknya.  Nak taknak aku kenalah ikut.  Kot majuk kang langsung tak dapat balik lak lagilah tak best.

Petang Raya Haji tu pun aku dah siap2 nak balik Seremban balik.  Ateh pun ikut sama.  Takdelah gi mana2 pun.  Raya Haji memang kurang nak ada mood raya pun.  Malam tu aku ajak hubby gi umah mama (adik bapak).  Cet..rupa2nya bapak pun ada.  Kata bapak pak uda ajak ikut dia pun ikutlah.  hmm..patut ar.

Semalam aku mc, kepala aku sakit.  Hari nie pun macam tu gak.  Aku memang tak suka makan ubat.  Tak suka langsung.  Baki aku kalau sakit kepala atau demam ubatnya ialah tido jer.  Tak yah nak makan antibiotik ker, panadol ker.  Aku tido then aku aku minum air bebanyak barulah aku lega.

Masa hari ulangtahun kami hari tu, dapat ar aku dengan hubby gi dating berdua.  Ngam2 sejam jer.  Jadiklah daripada langsung takde chance kan.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails