Rabu, 31 Disember 2008

Tak lama jer..

Tak lama lagi kita akan menjejak ke tahun 2009. Sedia atau tidak masa tetap berjalan dan suka atau tidak kita harus menempuh lagi onak duri kehidupan. Selagi hayat dikandung badan selagi itulah kita takkan dapat lari dari menempuh segala ujian dariNya.

Siapala kita untuk menahan masa berhenti demi kita. Siapalah kita juga untuk memerintah bumi dari berhenti berputar dari paksinya. Dan siapalah kita juga untuk lari dari kenyataan hidup.

Sepanjang tahun 2008 ini adalah tahun paling mencabar buat aku. Banyak perkara yang berlaku menuntut kesabaran untuk aku menghadapinya. Perkara yang berlaku itu membuat aku rasa betapa kecilnya diri ini. Ada juga pada satu2 masa aku rasa lemah untuk menghadapi dan ketika itulah juga airmata aku deras mengalir. Alhamdulillah..setelah aku diam berfikir, diam mengenang, aku jadi lebih kuat dari sebelumnya. Aku senantiasa mengingatkan diri aku bahawa setiap apa yang berlaku tak kiralah sama ada yang baik mahupun yang buruk adalah petunjuk dari Yang Esa.

Tahun 2008 juga membuatkan aku sedar betapa bukan semua perkara dapat kita diatasi dengan mudah. Banyak betul pengorbanan yang harus aku buat. Tidak mengapa..Allah swt Maha mengetahui isi hati hamba ini. Ada sebab musabab disebalik setiap perkara yang tak kita sangka terjadi.

Moga2 aku (kita) akan sentiasa tabah dan kuat untuk ujian getir yang akan datang..amin..amin..ya rabbal alamin..

SELAMAT TINGGAL 2008

SELAMAT DATANG KE TAHUN 2009

SELAMAT TAHUN BARU..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails