Jumaat, 12 Disember 2008

weekend datang lagi..

adoiii..!! aku sedang menanggung kesakitan, walaupun dah kurang sakitnya tapi bila diingat malu sei..  2 hari lepas sementara dok menyusu baby Dania, MIL dah dok terjerit memanggil bawakan kain buruk sebab anak aku no. 2 si Lidya muntah berlilah..aku dengan sepantas kilat (lembab sebenarnya) bawak ler kain buruk.  Kesian MIL dia tpaksa tumpang tengok tv kat dalam bilik tido yang kami dah kosongkan.  Gara2 FIL nak tengok pasukan Malaysia kalah main dengan Thailand. (kekalahan yang dah aku jangkakan pun).

Aku pun dengan terhegeh2 jugak bawak si Lidya keluar bilik untuk diberi minum air putih.  Si Lidya ni pulak memang ler payah nak minum air putih masak.  Tak macam kakak yang rajin nak minum air putih. Aku tak perasan kat muka pintu bilik tu si Lidya muntah gak.  Apalagi, masa aku nak lap kapet sreeet...macam penari balet aku terkangkang.  MIL dok sedap tengok tv pun terkuzut sambil kuar ayat ..Allah!  Aduii..ko! sakit lutut tu satu..malu tambah lagi satu.   Tapi aku memang jenis selamba jer, maka dengan selamba jugaklah aku boleh dok konon2 tanya kat MIL mana lagi tempat yang nak dilap walhal patutnya tempat yang aku jatuh tu yang kena lap.  Nak cover line malu ar tu..hahahahaha  Sampai hari nie lebam kat lutut tak hilang.  Ishh..nak bangun pun sakit lak tu.

Hujung minggu nie nak pegi mana ek?  Tak kisahler..tengok apa lak kata hubby nanti.  Aku rasa nak gi town jer.  Rasanya tak mungkin ler hubby nak bawak pun.  silap2 dok umah tengok dvd jer.

Selamat Berhujung Minggu..!

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails