Khamis, 31 Januari 2008

Cerita

Diam tak diam kita kini dah pun di penghujung bulan pertama di 2008. Rupa-rupanya dah 2 minggu jugak aku tak bercerita di sini. Ahh..banyak peristiwa yang berlaku sampaikan aku tak tau kat mana aku nak mulakan.

Bermula dengan cerita sedih...

19hb Januari (Sabtu)..Atok aku meninggal dunia. Di usia 81 tahun dia meninggalkan 10 orang anak, 29 cucu dan 7 orang cicit. Pemergian Atok ditangisi namun diredhai, kerana Atok pergi dengan tenang. 3 hari sebelum meninggal dunia pun setiap kali Atok tidur tangan dia dah siap berkiam, posisi tidurnya pun berubah mengadap kiblat. Semoga roh Atok dicucuri rahmat bersama roh mereka yang beriman..amiin..(aku ingin bercerita panjang tapi aku belum lagi jumpa kekuatan untuk bercerita kenangan manis aku dengan Atok).

20hb Januari (Ahad)...pagi lagi aku terpaksa bertolak balik ke Seremban dari KL. Majlis tahlil malam nie aku tak dapat nak ikut sama. Bapak cuma sampaikan salam dan mohom maaf sebab tak dapat pergi ke Seremban. Aku sedih tapi aku amat memahami. Sebelah hubby pulak berita gembira, bakal menerima adik ipar. Adik ipar aku bertunang. Majlis pertunangan disambut meriah. Muffin pisang yang aku pesan awal2 dan Kak Sya pun tiba awal. Memula aku rasa letih sangat2 mungkin sebab kurang tidur. Ahh..serangan lelah pulak dah tapi aku kena kuat semangat. Aku tak tunjukkan pada sesiapa betapa kurang sihatnya aku masa tu. Majlis yang sepatut bermula seawal jam 3 petang bermula selepas Asar kerana pihak lelaki sangkakan majlis bermula selepas Asar. Salah siapa aku pun tak pasti tapi yang pasti pak mertua aku dah hangin satu badan.

21hb Januari (Isnin)..memang aku sengaja ambil cuti bersama hubby. Ahh..lelah aku teruk dan sesekali aku batuk. Tapi sebab nak tunjuk menantu yang baik, aku tolong kemaskan belakang rumah yang berselerak dek kenduri tu. Terbatuk2 aku buat kerja tapi aku tahankan. Tak teruk mana pun lelah aku nie kata aku dalam hati.

22hb Januari (Selasa)..tah apa malang nasib. Aku bergaduh dengan bos. Aku tengking dia sambil tumbuk meja. Tak pernah aku begitu marah. Mungkin sebab hal2 emosi ditambah dengan ketidak perihatinan bos aku dengan keadaan aku yang kurang sihat nie. Alangkan pelanggan yang sesekali call opis pun leh kenal suara aku yang serak, bos aku depan mata boleh tak tau aku tak sihat. Dah la tu keja yang sepatutnya dah settle dari hari Sabtu (dia leh call hari Isnin konon nak settle) tapi dok tanya kat aku lagi. Sungguh tak baik aku kan? Sure increment aku tak naik or silap langsung takde. Hubby soh aku mintak maaf, aku cakap aku tak leh mintak maaf sebab kalau aku mintak maaf nanti nampak aku nie bersalah. Lagi tinggi ar ego bos aku tu.

23hb Januari (Rabu) ..Hari Thaipusam..tak pegi memana pun cuma tolong settlekan apa yang tak settle di hari kenduri hari tu. (Majlis bertunang patut dijadikan majlis kahwin). Memang penat giler. Bawak anak2 gi jenjalan (dalam kereta jer). Desas desus untuk dapat bonus hebat diperkatakan. Aku rileks jer. Kalau ada Alhamdulillah, kalau takde ..tunggulah tahun depan (ayat penyedap hati jer nei).

24hb Januari (Khamis)..Sengaja aku tambah ambik coti. Sajer nak luangkan masa lebih dengan anak2. Kebetulan pulak Julia dan Lidya kurang sihat. Memamg aku tak dapat nak layan internet langsung kalau dirumah. Boring jer. Kalau tak tu dapat gak sejam dua.

25hb dan seterusnya..macam biasa...sibuk dengan kerja dan aktiviti internet terus kurang. Cuma dapat melawat blog2 kengkawan tanpa meninggalkan sebarang komen.

Hari ini...desas desus pasal bonus kini jadi kenyataan. Walaupun tak banyak, sekurang2nya dapat meringankan beban aku untuk bayar insurans anak2 nanti.

Rabu, 16 Januari 2008

Syukurilah

Hari nie barulah aku ada peluang nak bercerita. Sebenarnya semalam aku dah taip separuh dah tapi tetiba jadi 'blank'. Mungkin sebab beban kerja yang makin bertambah, maklumlah cuti perayaan bakal menjelang kan, kenalah buat semuanya sebelum cuti (macamlah lepas cuti dah tak boleh sambung kerja kan?).

Hari nie pulak perasaan aku bercampur baur. Biasalah orang perempuan. Moody la katakan. Ada masa sedih dan ada masa gembira. Aku gembira sebab aku dapat membantu orang lain walaupun tak seberapa. Aku sedih bila orang yang aku bantu tu langsung tak ucap perkataan 'terima kasih' kat aku. Mesti orang ingat aku nie berkira. Aku sebenarnya memang jenis tak kisah dan tak berkira especially bab membantu orang. Tak kisahlah bantuan dari segi moral ataupun kewangan.

Kalau kengkawan aku call mintak pandangan takpun semata2 nak dengar keluhan dorang memang aku tak kisah. Kemudian aku akan putuskan sama ada nak bagi nasihat atau just be a good listener. Ramai kengkawan aku tak kiralah apa bangsa tiap kali call aku memang keluarlah segala true colour dorang. Kalau biasanya punyalah sopan depan anak2 sure bila borak dengan aku, hilang segala sopan dorang. Peh tu selamba jer gelak mengilai ngilai. Nak pulak bila dorang citer pasal masalah keluarga ker atau pasal kewangan. Ada masa aku pun 'sengkek', selamba jerlah aku cakap aku nie sengkek. Peh tu sesama gelak untuk hilangkan rasa tension memasing.

Kalau orang hutang duit dengan aku, aku takkan mintak sebab pada aku kalau kita dah pandai meminjam nie kenalah pandai membayar balik. Tak perlulah nak tunggu orang yang memberi hutang nie memintak wang dia balik macamlah dia pulak yang berhutang. Yang paling buat aku sakit hati tu bila orang nak pinjam duit dengan aku tak reti langsung nak ucap perkataan 'terima kasih' tapi boleh pulak tanya berapa yang aku kasik pinjam. Kot ya pun malu sebab terpaksa meminjam duit kat orang lain, hah toksah ler meminjam. Memang orang tu aku bagi pinjam first and last ler jawabnya. (berlagak pulak aku nie, patutlah orang takut nak pinjam duit dengan aku kot..)

Kadang tu bila di pikir balik, silap aku jugak. Tak reti nak ikut peribahasa orang lama. "buat baik berpada pada, buat jahat jangan sekali". Nak wat camner kan, dah memang cepat nak kesian kat orang.

Okay aku nak chow ler sebelum aku merapu meraban. Esok kita sambung citer..adios...

p/s: tajuk lain dengan isi..kalau exam nie mang lingkup ler..hahahahaha

Khamis, 3 Januari 2008

Yang pertama di 2008

Tanpa disedari tahun 2007 telahpun kita tinggalkan dan sudah 3 hari kita di tahun 2008. Masa kita di zaman kanak2 betapa kita rasakan begitu lama masa berlalu. Sekarang nie kita seolah2 tak terkejar dengan masa yang berlalu tu.

Banyak juga kenangan yang berlaku sekitar 2007 dalam hidup aku. Yang paling tak dapat aku lupakan ialah peristiwa aku tergelincir dari tangga sambil mendukung si Lidya. Sepanjang 2 bulan cuti sakit (lebih dari cuti bersalin) macam2 perasaan yang timbul. Yang paling manisnya aku dan hubby bakal miliki sebuah rumah untuk kami sekeluarga (walaupun tak seberapa tapi aku gembira).

Semoga 2008 ini memberikan sinar cahaya yang lebih baik baik dalam hidup ini. Insya Allah..

p/s: Azam aku 2008 nak berazam lebih kuat dari 2007 ..hahahahahahaha...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails