Selasa, 26 Februari 2008

Mencari kekuatan

Hujung minggu berlalu dengan riangnya. Aku bukan ajer rasa seronok tapi gembira sebab dapat melepaskan rasa rindu dendam kat mak dan bapak.

Orang tua-tua ada berkata, jangan terlalu gembira kerana akibatnya tentu sebaliknya. Dari hari Isnin lagi aku takde mood, hati aku macam tau-tau jer apa nak berlaku.

Hari nie aku rasa teramat sedih..asal tangan nie menaip jer. Airmata aku turun dengan laju sekali. Aku terpaksa berhenti banyak kali nak menaip.

Aku tak pentingkan diri tapi kadang-kadang aku ‘terpaksa’. Takkan aku sajer yang terpaksa nak memahami keadaan orang lain tapi orang lain tu langsung tak nak paham.

Roda hidup berputar..sampai masa orang lain tu akan merasa apa yang aku rasa sekarang nie. Aku tak mintak, doakan pun tidak tapi itulah hukum alam yang pasti.


p/s: aku masih cuba untuk memahami sikap dan perangai orang lain yang kononnya baik tapi hatinya penuh rasa syak wasangka dan kebencian yang mendalam..

Jumaat, 22 Februari 2008

Tengah rajin..

Sementara aku dok melangut nie..baiklah aku tulis apa2 yang patut. Al maklumlah esok kan ker hujung minggu. Tapi aku kena kerja r. Bos aku best ar..tak yah kerja. Tapi dia kena gi ke KL. Memo pun dah kuar semua staff harus pegi while my chinese bos tu sure ar wajib pegi. Aku..pegi gak KL tapi balik jumpa makbapak ler...hehehehe.

Dah lama tak jumpa makbapak. Masa coti panjang Raya Cina tu aku kat Somban nie hah. Bosan giler aku dibuatnya. Pegi JJ kat S2 tu pun hubby dah bersungut sebab setengah jam cari parking tak dapat. Dah round JJ tak sampai setengah jam dia dah ajak balik. Memang membakar jer aku dibuatnya. Memang aku sound direct jer ar. Lenkali kalau aku nak pegi jenjalan dengan orang lain jangan ngada2 nak tepon soh aku balik cepat ke apa ke.

Semalam aku tepon adik aku si Alang, mintak dia jumpa aku sebab aku dah windu dengan anak dia si Amal. Member pun tak sampai hati, terus kata ok. Borak2 kosong kejab tetiba Alang citer, betapa bertuahnya member opis hubby dia (Chinese) strike nombor ekor. Haloo!! bertuah menang nombor ekor untuk yang bukan Islam tu yerlah. Untuk yang beragama Islam bertuah apa ker namanya..HARAM. Aduiii...Alang Alang..dengar orang dapat duit 20k nombor ekor bukan main lagi dia. Alang sure nyesal citer kat aku. Pok pek pok pek mulut aku cakat tu bahagian kawan ko..rezeki ko..ada tapi ko jer tak nampak. Ngalahkan ustazah pulak aku pok pek pok pek.

Pepagi buta tadi member (Chinese) sambil cakap pasal keja sempat lak selit pasal benda 'ong tak ong' nie. Kebetulan dia punya IC dengan no. keta hubby sama lak. Konon2 aku cakapla no. nie ada ong. Member pun tanya lah no. IC aku. Eh..nombor IC aku lak dekat2 jer dengan no. keta dia yang 3 digit dan IC anak dia. Member aku kata ar hubby dia selalu tambah angka 7 depan no. keta tu. Eh..aku lak dengan gatal mulut soh tukar no. lain. Waah..punyalah excited member aku nie. Beria2 dia nak beli. Aku dah suspen..buatnya tak naik nombor tu harus aku kena maki nanti. Baru jer aku bebel dengan si Alang pasal nie, tetiba aku lak pepandai soh orang beli. Nilah dia cakap tak serupa bikin...ahahahahaha..

Khamis, 21 Februari 2008

Bila?

First thing first..aku dah lemau nak bercerita selalu kat sini. Nak kata maleh tu taklah sangat sebab kepala otak aku ni selalu dok pikir apa yang aku nak tulis or cerita kat sini. Tapi bila sampai masa aku jadi moody or lebih tepat lagi jadi malas. (mana taknya..dok ralit baca blog orang senyap2..mang ar)..hehehehehehe

Aku rasa sure ramai dah dapat surat..surat apa lagi..surat naik pangkat, surat naik gaji..opis aku nie dok senyap jer..tah ada tah tidak..selalunya dah dapat dah suratnya..agaknya betul ar aku tak naik gaji..tapi kot pasal aku gaduh tu takkan semua pun tak dapat. Sajer ar tu dorang nak bagi suspen. Takperlah ..kot ada rezeki adalah..takde sok..hhmm...sabarjerlah.

Baru2 nie ex-colleague aku anta sms, katanya dia dah benti keja kat KL nun. Sekarang nie dia keja kat Shah Alam. Seronok betul dia..maklumlah dia mang dok kat Shah Alam. Aku telefon dia, ucap tahniah bagai. Dia pun excited jer bercerita dengan aku. Yerlah mana taknya, dah ler dekat dengan rumah. Gaji pulak lebih ditambah dengan pangkat pengurus. Dah memang rezeki dia. Alhamdulillah...aku pun tumpang syukur dengan rezeki yang dia dapat.

Oh..ya..aku pun nak gak tumpang pasal hari mengundi ni. Aku tak ingat dah baper kali aku mengundin tapi last sekali masa aku dok mengandungkan si Julia di tahun 2004. Tak susah pegi mengundi pun. Nak pegi tempat mengundi tak jauh tapi sure ada jer orang tolong bawakkan. Aku pun tak kisah lambang apa yang aku tumpang pegi ngundi tu. Janji aku dapat pegi dengan selamat. Aku dah buat semakan dah..adik aku si bangcik dan abang tak mendaftar. Apa ar dorang nei. Tak kiralah kalau tak suka politik tapi mengundi hak kita..satu undi pun boleh bawa perubahan..ecewahh..macam lagak wakil rakyat ar pulak..hehehehe

Tapi kali nie tak tau ar aku dapat mengundi ke tak. Walaupun di hari Sabtu..belum tentu aku dapat balik ontime untuk mengundi. Patutnya dah dok kat Seremban kena ar buang undi kat Seremban kan? Apsal aku sibuk nak balik KL lak? Ehh..mana leh pikir macam tu..sebahagian besar hidup aku adalah di KL. Mana tau sok sok bila aku dah lama kat Seremban nie barulah aku akan buang undi kat Seremban. Aku dok sini belum pun 10tahun. Eceh..alasan taknak tukar alamat ar tu. Ke mang tak nak tukar? hehehehehe..

Jumaat, 15 Februari 2008

Konon2 masa valentine

Sesiapa yang baca suratkhabar orang putih sure tau kisah pasal sorang lelaki yang sanggup membelanjakan sehingga RM40k iklan papan tanda dan RM14k sebentuk cincin berlian semata2 nak melamar girlfriend dia...walauweeeii...very big money lei. Sib baik ler si girlfriend said yes. Kalau tak, mang haru jadinya. Bila aku bagi tau kat member ofis aku (lelaki Cina), dia cakap ini orang membazir. (eleh..dia takleh buat mangler dia kata membazir). Itu antara kisah valentine's day. Aku? Mang tak pernah sambut langsung. Ada sekali tu jer..tupun niat dihati nak gi berbuka puasa dengan my abang ler together-gether with my sister (double date ar kiranya). Memang tak perasan langsung yang hari tu hari valentine. Rancangan awal nak buka puasa kat kedai2 makanan segera takpun gerai2 jer. Tapi semua tempat penuh. Aku dengan adik aku heran gak. Apsal ler ramai lak yang kuar. So, my abang (now already my hubby) suggested makan buffet jer kat Park Royal Hotel. Aku mang tak kisah. Bila dorang usher ke tempat duduk, kitorang terkejut..eh apahal lak ada bunga dengan kek lak nei? Selamba jerlah mulut aku tanya kat waiter..hari special apa ek hari nei? Waiter tu senyum jer. Dah duduk barulah kitorang nampak tertulis happy valentines day. Terus hati aku berdetak...siaplah bil nie kang. Hah..ko mangnya bil dia 4 orang makan RM500++. Sib baik bukan aku yang kuar duit. Kot aku mangler yang kuar duit harus belum sempat duduk aku dah chow sin. Dah abih makan tu..time balik tu yang betul2 buat aku dengan adik aku dah segan sebab kitorang kena gak bawak balik bunga (dah termasuk dalam bil kan). Masa jenjalan tu orang dah sengih2 tengok kitorang dok bawak bunga (eleh..baper kuntum jer). Hah..itulah antara kenangan hari valentine yang tak sengaja aku terbabit sama. Tahun bila pun aku tak ingat dah. Itu pun sebab kebetulan valentine tu jatuh hari Ahad dan aku cuma pikir nak dating my abang yang dah dekat dua minggu tak jumpa (cinta jarak jauh..eh jauh ker? KL-Seremban..cinta jarak sederhana la).

Selamat berhujung minggu yer..adios

Selasa, 12 Februari 2008

coti lagi

yer..aku masih lagi bercoti..nie dok umah ar nie..my anak2 dok ralit tengok rancangan kartun. Dari semalam aku dapat masuk internet. yess..sebelum nie aku payah nak masuk internet sebab masa kenduri adik ipar aku bertunang segala wayar2 internet dah dicabut. Dah tentu bukan aku ler yang mencabutnya kan. Aku nak sambung balik dah maleh..so, at one day FIL bawak balik laptop untuk anak kesayangan dia maka aku disuruh sambungkan balik internet. Seksa betul nak sambung internet kat laptop FIL. Ooo..rupa2nya IE (internet explorer) program dalam laptop dah ilang. AC adaptor wireless adaptor lak dah tak leh pakai.

Semalam aku keluar ler dengan adik ipar aku to find the adaptor. Penat tak tau nak cakap ler. Mana taknya, 2 kanak2 riang aku hangkut sekali. Ada jer kerenah dorang. Yang sorang dah besar boleh berjalan sibuk mintak dukung, yang si kecik lak sibuk nak lepas dari dukungan. Adeehh..letih aku dibuatnya. Hari nie terasa kejang lak betis aku. Tadi pagi adik sepupu aku call ajak keluar katanya nak gi carik kain untuk buat barut anak dia. Adik sepupu aku mengandung anak ketiga..anak pertama dan kedua sebaya dengan anak2 aku. Masing2 lahir dalam bulan yang sama. Tengoklah kang kul baper dia nak sampai. Rasanya bebudak 2 orang nie aku nak tinggalkan jer.

Kalau korang baca ayat last entri sebelum nie, aku kata ada citer kan? Nantilah aku belum boleh bercerita lagi ar. Aku kena tunggu lagi. Takdelah gempak mana pun.

Oklah aku nak tido kan bebudak nie, si kakak dah kejakan losen sebotol, adik lak dok ralit tengok kartun.

Jumaat, 1 Februari 2008

Wajah baru

Tangan menggatal..lupa banyak step..abih semua link blog yang biasa aku pegi ilang. Padan muka aku. Macam dah takde keja jer. Walhal baru jer tadi customer kata meja aku macam tong sampah. Bos aku pun dah bising. Senang jer aku jawab..no time. Keja paling bohsan aku nak buat..filing. Ada sesapa nak tolong aku tak? hahahahahaha... Dalam taknak banyak paper, account dept. keluar memo soh buat daily report atas arahan pihak berkuasa. hisss..dah ler tak minat buat paperwork..sajer ditambah2 tau.

Pada yang tak nampak link blog korang tu bukan aku sengaja padam ek..aku dah lupa..even chatters box pun aku tak letak dah. Bukan tak suka letak tapi aku rasa 'semak' ar. Kukuh tak alasan aku? heheheeh..

waahh..yang keja KL siok la ek..dah ler Thaipusam cuti, hari nie tambah lagi satu hari cuti ek. Seronok betul korang. Tak kisahler. Aku pun tumpang seronok. Esok aku kena keja sebab nak ganti yang 9hb nie punya coti.

Company tempat aku nie paksa coti dari 6hb sampai ler 12hb sok. Kot time tengah 'berduit' leh gak gi sana sini. Hubby pun tengah dok bersungut tak dapat bonus. Aku buat tak reti jer. Dia tau aku dapat bonus tapi kalau setakat cukup2 untuk bayar insurans anak baik diam jerlah. Aku nak balik lepak KL lelama hubby tak bagi. Kesian kat dia, boring takde orang nak ngadap dia. Susah betul nak gerak bila hubby kureng sihat nie ar.

psssstttt...ada satu berita lagi...esok nantilah aku cerita.

Selamat berhujung minggu yer..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails