Khamis, 24 April 2008

ahh..kakak

Satu malam sejuk, sepi dan syahdu, begitulah juga hati dan perasaan seorang ibu itu..tanpa disedari airmata tergenang. Secara tiba2 si anak yang sedang menghisap botol susu telah berdiri merenung si ibu. Ketika itu jugalah si anak menegur si ibu...

si anak: mak, kenapa mata mak berair?

Si ibu mendiamkan diri sambil mengisyaratkan anak tidur di lengannya sambil menghisap susu. Si anak menurut sahaja. Bila anak sedang berbaring di lengan si ibu, dia mengusap kepala si anak dan menciumnya berkali2. Rasa sedih dan pilu itu hilang dan timbul pula rasa lapang di dada. Si ibu mengukir senyuman dalam tangisan diam.

Tiba2 sahaja si anak bingkas bangun, dipandang wajah si ibu dengan riak muka yang tak dapat si ibu ketahui maksud pandangan itu. Ketika itulah si anak mengesat mata ibu lalu dikucupnya pipi si ibu sambil berkata "kakak sayang mak, sayang adik" dan dicium pula perut ibu. Si ibu lantas terdiam seribu bahasa. Tak terungkap kata2 dek kelakuan si anak yang belum baligh tapi seolah2 mengerti perasaan si ibu ketika itu.

Bagaimanakah perasaan si ibu? Tentulah rasa aman dan bahagia sekali kerana anaknya yang belum cukup dewasa tapi amat mengerti perasaan hatinya.

Ini doa ringkas ibu untuk mu anak....Semoga si anak ini dan juga anak2 yang lain terus-terusan menjadi anak yang baik. amiiiin..

Jumaat, 18 April 2008

kena tag

Hah..pulak dah kena tag dah..kawan baru nak kenal dah tag pasal 8 perkara mengenai aku..nie kira2 nak tau perangai aku la yer…dak kimie namanya..

okaylah..antara 8 mengenai aku yerlah...

1.) aku nie kalau dapat gelak memang ler macam pontianak..mengilai2..sampaikan pernahkena tegur dek ramai orang

2) aku nie sensitif..cepat nar nak kuar airmata (biasalah kan nama pun orang pompuan mestilah sensitif)

3) aku ada abang yang baru keja kat Alor Setar..dulu rasa macam dia tu takde masa depan tapi kami sekeluarga bersyukur sesangat dia dah berubah..

4) aku ada adik perempuan tahun 31tahun yang masih lagi bujang dan sekarang nie bapak panggil dia puteri kesayangan (jeles aku tau..sebab dulu bapak yang panggil aku puteri kesayangan dia)

5) aku suka tengok benda2 gadget yang teknologinya tinggi…kalau aku nie kaya, sure benda2 macam itulah yang aku…(skrg kaya gak..kaya kasih sayang dari keluarga dan kengkawan…hehehehee)

6) aku nie mulut laser..(laser ker?..tapi sedang cuba untuk kurangkan..yerla tu… :p)

7) aku kidal…yer dalam 5 adik-beradik yang masih ada nie aku sorang jer kidal..mengikut acuan bapak dan arwah uwan aku yang kidal ler..

8) aku suka layan kerenah bebudak kecik ..innocent jer..gelak bila diagah..cakap tah apa biji butir..

hah..tulah serba sikit (ada banyak ker?) 8 perkara rambang pasal aku…

nak kena tag orang lain ker? Alamak aiii…kesiannya..takperlah aku tak nak paksa orang ler..saper rasa nak citer pasal diri dia..citerlah..

Rabu, 16 April 2008

telatah kakak n adik...






Ini bedak ker tepong...bedak tuan..


Memang dorang nie pantang dpt bedak..boleh habis sebotol dikerjakannya...















Konon2 kakak tolong adik pakai bedak..



Masa nie dah abih pun bedak sebotol..










Ini time adik dok sibuk berebut hp dari aku

konon nak borak2 ler tu..sempat lagi dia posing

senyum dlm ngengek...















Aksi kakak dpt mandi berendam dalam besen..seronok tul dia...

















takkan kakak jer nak berendam kan..adik pun ndak gak..

beratur..ikut giliran..elok settlekan kakak..adik lak masuk..









p/s: baru 2 orang tu...peh nei masuk 3...camner ek?

Isnin, 14 April 2008

bestnyaa..

Hari nie walaupun hari Isnin..yang memang hari paling tak best bagi aku. Tapi disebabkan aktiviti hujung minggu yang menyeronokkan, sampai ke hari nie aku rasa best jer..siokk jer.

Hari Sabtu aku keja..balik keja jer terus terkam lauk kat dapur. (Satu kelebihan dok dengan mertua yang rajin masak..tak yah nak terkocoh2 nak masak time balik keja). Pehtu terus ler siapkan dua orang kanak-kanak riang. Takut hujan akan turun mencurah2 maka kami pun bertolak secepat yang mungkin. Sampai kat highway jer hujan turun lagi lebat dan hubby pun terpaksa berhenti kat R&R Seremban. Aku dah tak sabar dah..elok clear jer aku sound kat hubby cepat2 gerak. Tupun sempat aku cakap.."kot besok nanti awak dah tak menyempat2 nak balik lak". Hubby jawab dengan tegas "sabar"..terkedu aku sekejab.

Masa dah sampai ke highway Serdang, bangcik call..soh terus parking depan umah sebab kat masih hujan lebat, kesian kat bebudak tu nanti kena hujan katanya. Amboii..sayang betul bangcik kat anak2 sedara dia ek.

Sampai kat umah Pantai hujan dah pun reda..tapi rasanya bakal turun lagi. So, aku pun takdelah rasa nak gi pasar malam kat umah uwan aku tu. Aku pun cakap kat bangcik soh dia gi beli jer KFC, sebab si Julia dok la menyebut nak KFC. Bangcik pun tak banyak soal..ok jer. Tapi adik aku yang lagi dua orang tu (si Alang n Ateh) sibuk nak gak pegi pasar malam. Bangcik komen..time ujan pun nak gi gak. Sesekali tak pegi tak boleh agaknya, ndaknya si Ateh tu..seminggu dua kali pasar malam pun nak gak pegi.

Lepas jer Maghrib terus aku ajak bangcik gi beli KFC, bawak ler dua orang anak-anak aku dan si Farah anak Alang. One thingla Bangcik nie..mulut ngalahkan mak nenek bila drive. pok pek pok pek dok marah driver lain. Macam dia sorang jer drive elok. (dia sebenarnya dah lapor sangat2 dah tu yang tak sabar jer tu). Sampaikan aku cakap kat Julia.."leter ar bapak (panggilan anak2 to bangcik) ko nie"..Julia lak selamba jer jawab.."a'ah la bapak nie.." Terus si bangcik senyap sambil mata dok tengok Julia (aku ingat sure dia nampak halus malus anak buah dia tu). Lepas tu ada ar insiden bila bangcik nak ikut jalan shortcut jadi longcut tapi bangcik bagi alasan malam2 mana nampak jalan sangat. Yerlah tu bangcik..kalau dah berangin satu badan..mangler bawak keta macam hampeh jer..

Hah..ko time hujan beli KFC..harus cepat ler habih kan..? Beli yang 21ketul dimakan dek 8 orang dewasa dan 3 orang kanak2..tinggal 3 ketul jer..Sempat pulak aku buat janji dengan bapak nak gi ke Sec. 19 nak gi beli barang bayi dok ada jualan murah tu. Konon nak gi kul 9 pagi. Tapi sebab memasing tido lambat..lepas subuh semuanya liat nak bangun..kesudahannya pegi dah tengahari.

Tak sangka pulak terjumpa kawan lama dan suaminya. Tapi dorang dah siap beratur nak membayar pun. Lagipun katanya dia dah datang hari Sabtu tapi sorang2. Kali kedua datang sebab suami pulak nak beli barang pulak. Aku pun borak lebih kurang jer sebab hati lebih ingat nak beli..nak beli..taulah orang pompuan nie kalau nak beli belah..aii mang ler lupa ingatan. Dah siap beli apa2 yang patut aku cakap kat bapak nak gi tapau nasi campur sebab kat umah takde masak apa2 pun. Bapak pun ok jer..Iyer ler kengkawan..aku pegi dengan mak, bapak, Ateh and Alang..issh..sempit giler ketanya dibuatnya.

Sampai umah pun dah kul 3 petang..mang harus ler perut lapar giler. Dah siap makan, asingkan barang2 saper yang kitorang dah beli tu, aku pun siap2 ler nak balik ke Seremban. Sampai Seremban pun dah 6.30petang.

Begitulah bestnya yang aku rasakan hujung minggu aku..

Khamis, 10 April 2008

memangler kacau..

Hari Isnin..punyala sioknyaaa..takde orang kacau aku dok sorang2 kat opis. Memang ada ar banyak gak customer call sebab tak dapat nak contact bos. Bila aku cakap bos takde mungkin gi over the sea..menjelang petang dah takde orang yang call opis dah.

Hari Selasa..memang tah apa la nasib..aku terlupa pasal kena train staff baru dari branch lain. Kebetulan pulak time tu time mang aku tak banyak keja nak buat. Yerlah bos takde pehtu lak kebanyakan order lak dah siap aku buat. Ada order lain pun kena hold dulu. Ndak tak ndak aku ajar jerlah pasal basic2 document yang perlu dia tau.

Hari Rabu pun macam tu gak. Ada gak kerja tapi belah pagi jer. Menjelang petang dah rileks jer.

adooiiiaiii...(pinjam perkataan si Lidya yang dok rajin ajuk tiap aku sebut)..nie dia dok kacau ar nie..

Hari nie..bos aku dah balik keja kat opis dan memang ler nasib lagi tak baik..manager yang dok mintak aku ajar staff baru dia tu..datang ke opis petang tadi..siap sound aku should be more serious ajar staff baru dia tu..eeii..dahler kena ajar free jer pehtu sound aku camtu..mang ler macam..maleh aku nak sebut..

Esok?? last aku ajar the new gal..eeeii..cepatler dia balik kat opis dia..maleh dah aku nak ajar..
Esok..??

Isnin, 7 April 2008

bila kucing tiada, si tikus pun menari..

Selama 3 hari mula hari nie bos aku bercuti..yahoo..sioknyaa!!

yang best bila bos takde..

- dia takkan call opis tanya aku itu ini
- dia tak masuk opis tengok aku keja ke tak
- aku pun tak perlu nak call dia tanya itu ini

tapi yang tak best bila dia takde..

- customer dok call opis tanya dia ke mana
- customer dok call tanya pulak harga barang
- customer dok kaypo tanya dia cuti dengan saper (macamla aku tau)

hari nie aku dok guna telefon baru pasang kat opis..sepatutnya bos punya, aku dok lenjan dulu..hehehehehe

hari nie dapat call dari branch manager lain mintak aku train staff baru dia..siap sound aku tu 'ajar betul2'.. ndak ajer aku sound.. kalau ajar elok2 pun kalau otak staff ko tu bengap..tak dapek den nak nolong doo.. macamler dia tu bagus sangat.. kot yerpun soh ar orang lain ajar. Cakap macam dia pulak bos aku.. ikutkan hati tak hingin aku nak ajar pun.. bukannya masuk dalam appraisal aku pun..

semalam gak best..selain dapat rileks2, aku dapat gak pegi jumpa makcik aku kat Senawang, dia siap masak bihun goreng singapore kegemaran aku. Tapi yang tak best, bila balik umah, ada lak yang tarik muka pehtu siap dok berkurung dalam bilik, konon2 badan rasa tak sihat. Sabar jerlah..

takper takper..hujung minggu nie aku balik Pantai.. tapi tulah nak tunggu hujung minggu rasa lama la pulak..

Sabtu, 5 April 2008

hari dok umah lagi..

Hari nie sepatutnya aku gi kenduri kahwin adik spupu hubby kat Jelebu. Kalau minggu lepas dirumah sebelah pompuan hari nie lak sebelah pengantin lelaki. Awalnya mang aku dah plan nak ikut tapi bila hubby kata dia keja nak pulak kenduri nie sedara belah dia, aku bagilah alasan tak nak pegi.



In laws aku gi bawak si kakak pegi...alaaa..lupa lak nak amek gambar dia pakai blouse dibeli dek Uwan dia tu. Dengan keadaan aku macam nie nak pulak kena jaga si adik yang lasak giler, elok ajer aku dok umah. Nie tengah rileks jer. Nak masak pun maleh ar pulak. (tak masak hari2 pun leh malaih). Ingat nak soh hubby tapau jer takpun beli jer McD or KFC takpun pizza..hehehehe..



Lidya mang ler lasak dibandingkan dengan kakak dia. Ada jer kerja dia buat diam2. Tadi pun Uwan dia dok pesan kena ngadap betul2. Aihh..aku tadi dok dalam bilik air, Lidya tak melalak pun. Dia tunggu jer kat luar bilik air sampai aku keluar. Aku dok umpan pasang TV nie tapi dia sibuk nak kacau lak last2 aku umpan lak henpon aku. Barulah dia dok diam. Tupun sambil2 mata dok tengok TV. Dia tengok channel Play House Disney (Channel 613) Astro. Pemilih gak dia nie..kalau dia dah tengok, mang ler dia tak layan. Kenalah aku tukar ke channel lain lak.



Dalam dok malaih nak masak, ikan 3 ketul n ayam dah aku kuarkan dari peti ais. Jab kang masak nasi. Hubby tu tau ..kalau aku tinggai sorang kat umah sure aku masak untuk dia. Tak pun kang kul 1 dia tepon aku tanya masak ke tak. Kalau aku dah masak, takdelah dia gi tapau. Kot aku tak masak, sure dia tapau nasi ayam.



Gambar nie aku amek masa tahun lepas..nak soh dia diam dr nangih, aku bwk dia gi tepi rumah, petik bunga raya letak kat tinga..soh dia posing..

Comei tak? mestilah comei..macam mak dia..(perasan!!)

Happy weekend all!!

Selasa, 1 April 2008

Sajer jer..

Sajer jer aku biar entri siok sendiri tu lelama...nak kata sibuk pun takdelah sangat pun. Aku pun sempat amek coti sebab nak babysitkan anak2 aku. Mana gi Uwan dorang? Uwan dorang sibuk ler. Aku mang tak kisah, lagi suka ada ar.. Kalau la ada pilihan..mang aku lagi suka jadi suri rumah n jaga my anak2 yang sedang membesar tuh...

Lama tul tak letak gambar dorang kat sini. hhmm..nantilah belum ada masa nak download gambar terbaru kakak n adik tu.

Alhamdulillah...mabuk2 n pening2 dah kureng dah. 2 minggu lepas gi check up, doktor kata semuanya ok. Syukur..baby kecik skit tapi everything is normal. Syukur Alhamdulillah sekali lagi. Agak2 baby apa ek? alaa..tulah yang aku dok sibuk tanya doktor pun. Doktor kata baru jer 4bln ..susah nak nampak. Kenalah tunggu next check up. ishh..tak sabar ler dibuatnya tau doktor nie. Baik 1st baby sampai skrg mang aku takde nak surprise2 pun. Hubby kata dia tak kisah baby apa pun..janji sihat. Yerker tu Yang oiii..tak kisah? Dalam hati tu Tuhan ajer yang tau kan?

Hari nie April Fool..ada yang kena 'fool' ker? Jangan terlebih2 tau..tak baik. silap2 boleh jadi gaduh nanti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails