Khamis, 29 Mei 2008

Tak nak kalah..

Orang yang begini memang terdapat di mana2 atau mungkin aku sendiri kadang kala jadi begini (ntah2 aku mang selalu macam tu)...hehehehe Tajuk cerita tak nak kalah..yerlah maksudnya terlalu besar..ada yang tak boleh tengok orang lain lebih skit (dari segi kebendaan). Orang macam ni jugak langsung tak boleh terima orang yang disangka 'kureng' tetiba berjaya memperolehi sesuatu. Takpun apa sahaja yang orang lain perolehi tu adalah bunyi ala2 macam tak puas hati jer.

Orang macam ni suka sangat nak bercerita tentang apa yang dia dapat sehingga secara tak langsung menyebabkan orang lain rasa dia nie berlagak dengan apa yang dia dapat. Orang begini juga tak boleh nak terima pendapat orang lain walaupun dia tau pendapat orang lain tu tersangatlah benar dan tepat sekali. Orang begini juga selalunya akan memperkecilkan kelebihan orang lain (kes jeles ar tu). Ada sajer yang tak kena dipandangan mata dia bila melihat kelebihan atau kesenangan orang lain.

Ndak2 pulak orang sekeliling memuji (sedangkan mereka nie memerli) lagilah dia berahi nak cerita segala kelebihan dan kesenangan yang dia perolehi (berirama la pulakss..heheehe).

Lagi satu peel orang begini susah betul nak terima kenyataan yang pahit. Yerlah..dalam hal nie semua orang macam tu. Tapi apa yang aku maksudkan yerlah orang begini susah nak terima kenyataan bila orang nak perbetulkan sikap dan perangai dia yang tak baik tu (kes kena sound direct ler tu). Tapi kalau dia berbahasa kat orang tak apa la pulak (kes dah lama tak tengok cermin or lebih tepat lagi tak sedar diri).

Semoga aku dijauhi perangai begini..kalau terjadi pun..moga2 aku sedar diri dan balik ke pangkal jalan.

p/s: malas betul nak dengar torak borak orang begini...out of 100% tu sure 99% dah pusing dah jalan ceritanya.

Rabu, 28 Mei 2008

sajer sajer cerita

Dok sibuk me'longkai' blog orang sampai aku terlupa nak updet blog aku sendiri. heheehehehe..maklumlah namapun 'kaypo ci' kan. Dalam masa yang sama aku pun dok sibuk pasal rumah baru kami tu. Dengan mencangkul lah, dengan nak carik lampu, kipasnya lah. Baru2 nie aku dapat merasakan yang terlebih 'excited' dengan rumah kami ni bukan aku and hubby. Macam2 pulak idea soh buat itu ini kat umah tu. Ndak jer aku cakap kot hulur idea jer apa kes..hulur la $$$ sekali kan..senang jer aku nak ikut...hehehehe.

Mak dengan bapak ada datang ke Seremban minggu lepas dan mereka nampak gembira tengok aku dan hubby dah punya rumah sendiri. Alhamdulillah..itulah dia rezeki namanya. Dalam dok tak 'berduit tu' boleh gak ler beli rumah sendiri. Sib baik ada KWSP kan..kalau takde..harus lagi ler susah nak beli rumah.

Memang susah jugak memikirkan pasal rumah baru nie..ndak pulak untuk pasangan berkahwin yang mang jenis 'fulus kureng' or cukup makan nie. Sib baik la kami nie pasangan bekerja..boleh gak ler korek sana sini untuk menjadikan rumah tu rumah idaman kami. eceeehh..

Nantilah bila aku teringat aku letak gambar umah aku tu. Nampak gayanya macam ada orang tak sabar aku pindah dan aku pulak mang ndak sangat dok sendiri nieh.

Jumaat, 16 Mei 2008

keletah si Lidya






Tak dapat aku bayangkan kalau betul2 la Liyda hilang hari tu.
Dia semakin nakal..
Kakak keletah bercakap tapi Lidya pulak dari segi tingkah laku. Ada keja yang dia buat dalam diam. Tetapi dia suka kalau aku bercakap dengan dia tapi bila dia balas cakap..aku dah terngaga. Sepatah perkataan pun aku tak paham. cikuca..ciku..aaa...apetah....pening aku dibuatnya.
Dia lasak..sampaikan mak mertua aku cakap dia nie sepatutya jadi lelaki tak padan dengan nama dia yang cantik LIDYA CAMELIA.
Ada lesung pipit dia pipi kanan..barisan gigi yang tak jongang sebab aku tak ajar dia hisap punting kosong.
Walaupun dia kurang cerah dari kakaknya tapi dia manis..(mana ada mak yang nak kata segala kekurangan anak dia kan..hehehehe).

Khamis, 15 Mei 2008

saat tak terduga..

Apa yang bakal kalian baca pastinya akan memberikan perspektif yang tak baik pasal aku. Aku dahpun menyedari kesilapan aku tu. Inilah antara pengalaman yang benar2 menyedarkan aku dari terus lena.

Kejadian nie berlaku belum pun lama. Hujung minggu lalu aku balik Pantai sebab memang dah jadi rutin setiap 2 minggu aku pastinya akan balik jumpa parents aku. Hari Sabtu (10/05) tu aku bekerja separuh hari dan separuh hati (memang tak best keja hari Sabtu kan?). Memang terkocoh2 ler time tu. Dah siap makan tengahari dan packing apa yang patut kami pun bertolak.

Ateh adik aku tu memang dah tau aku nak balik. So, takdelah nak surprise apa bagai. Kebetulan pulak hari tu mertua kakak ipar aku meninggal dunia kat Segambut. Hubby dengan alasan tak tau jalan (atau maleh nak pegi). Aku diamkan jerlah kan, kang cakap lelebih aku gak kena marah.

Kitorang sampai Pantai lebih kurang pukul 4 petang. Aku sampai jer bapak dah sound ada sambal ikan bilis petai mak masak. Aku cakapla kat bapak aku lum lapar lagi. Pehtu mak tetiba bisik kat aku, awal tengahari mak dah masak dah tapi bapak sengaja tunggu aku balik nak makan sama. Korang bayangkan time tu dah lewat petang tau dan bapak lum pun makan tengahari. Terus jerlah aku ajak bapak makan. Hah..dua kali tambah bapak aku makan. (malam tu mak cakap depan adik2 lain bapak sengaja makan lambat sebab tunggu anak kesayangan dia balik..bangga aku sekejab..heheehehe)

Aku pun ajak anak2 aku lepak kat depan umah sebab aku tengok ramai bebudak main kat depan, surelah anak2 aku terkinja2 nak kuar dan main sama kan. Depan umah aku tu laman dia taklah besar mana pun. Kecik sesangat tau, ditambah pulak dengan dengan keta bapak, keta sedara yang dok parking kat lagilah sempit jadiknya.

Aku, Ateh dan sorang lagi Anas (isteri duapupu aku Aan) doklah berborak sambil aku dok timang anak si Anas yang baru jer 7 bulan. Dan masa tu jugaklah aku ternampak si Lidya dah tergolek dari buaian papan tapi dia tak nangis. Kuat anak mak nie..kata aku dalam hati. Hubby pun join kat luar tapi dia berdiri tempat lain ar kan takkan dia nak join kitorang dok pok pek.

Teitba si Farah anak sedara aku dok panggil2 aku yang sedap pot pet pot pet nieh.."mak! Lidya mana? tanya si Farah. Bila aku pandang tempat dia dok main, dia takde. Berderau darah aku sekejab. Eh..tadi ada situ. Ahh..sudah mana lak peginya dia nie. Hubby punya muka masa tu dah berubah, suara dia menggigil menahan marah dan sempat dia sound aku "tulah leko nak borak". Aii..dia dok tercegat kat situ buat apa. Maka terjerit2 kitorang dok panggil "Lidya!". Masa nie aku cuba taknak panik..maklumlah aku tengah mengandung kan. Kot panik datang lain lak hal yang timbul.

Bapak kuar dari umah, aku tanya ada tak Lidya masuk umah. Bapak kata dia tak tau sebab dia baru jer selesai sembahyang Asar. Ateh pun dah kecut perut dah..kebetulan pulak baby Amal anak Alang Ateh kena babysit sementara Alang gi Kedah. Ateh bagi si Amal kat bapak untuk mencari si Lidya. Hubby dah pucat lesi. Mak pulak tetiba dah tengking aku tak reti tengok anak. Abih semua yang ada kat rumah aku dok cari si Lidya. Lidya yang hampir berusia 2 tahun tu pulak bukannya pandai sangat bercakap. Abih2 pun..mak, ayah, kakak, susu, atok, acik..antara perkataan yang dia boleh sebut.

Setelah hampir 15 minit dok terjerit2, hubby dah kali ke2 ke belakang rumah, tiba2 cakap 'dah jumpa dah'..Alhamdulillah...berlari aku keluar nak tengok dia. Hubby kata dengan mak aku. Terlupa sekejab yang aku nie mengandung. Nampak jer si Lidya..aku dah tersenyum lebar. Lidya lak dok sebut 'ami..ami (mommy)' kat aku.

Yang berlaku sebenarnya si Lidya nie lalu ikut celah umah yang sorang pun tak perasan dan hubby lak berdiri betul2 tempat Lidya lalu. Tapi aku taknaklah cakap lelebih kot nanti aku gak yang kena sound kan.

Tupun teruk gak aku kena 'bantai' dengan si Bangcik adik bongsu aku tu. Dengan muka dia yang merah padam, sore ngalahkan halilintar.

hah..korang ingat dah abih dah..senja tu kami semua di dapur dan hubby lak baru jer nak pegi mandi. Kat ruang tamu si Lidya sorang2 dia pegi selak pintu nak keluar, dan memang aku dok memerhatikan dia terus jer aku panggil dia..terus jer dia tak jadi sambil berpatah balik ke dapur dengan 2 tangan kat belakang.

Malam tu Bangcik call ajak gi Pizza hut..yeay! sayang gak dia kat aku. Sebab dari petang aku dok mengengek mintak belanja. hehehehe..

Rabu, 7 Mei 2008

habuk..

uhuk..uhuk..uhuk..fuhfuhfuh..abih dah semua abuk, segala sawang..

dah seminggu tak berblog..nak kata pegi coti..mang aku coti pun..coti yang paling tak best..dok umah jer..tak gi memana..sampaikan kakak siap sound kat aku..'mak toksah ar gi keja, dok jer dengan kakak'..tu baru 3-4 hari coti tu..sabarlah kakak lepas nie mak coti 2bulan, hah boleh ler kita tunggang terbalikkan umah yer..hehehehehe

aku ingat coti nak ler gak gi jenjalan ke JJ ker, ke Seremban Parade ker nie tak, dok jer kat umah and abih2 pun gi tengok umah baru kami..yer..kengkawan..rumah kami dah pun siap..tiap kali pegi nak amek gambar..sure terlupa tapi bila dah tingat kamera tak bawak pehtu henpon lak baterinya tinggal nyawa2 ikan.

dah berangan dah nie dok umah baru tapi banyak benda lak nak kena buat..tapi yang utama of coslah kena pasang grillnya dulu kan..dah siap tu nanti pasang ler benda2 lain..

apapun...semuanya kena ada ongkos ar kan..ada duit semuanya boleh..takdak duit..diam jerlah kan..hehhehehe..

apa lagi ek? oh ya..perut dah pun semakin besar, rasa malas lagi bertambah (takleh diikutkan sangat nie, nanti baby pun jadi pemalas)..mengandung kali nie a bit different ar..selalu pulak aku kena migrain dan hampir setiap lewat malam sure aku terjaga pehtu nak sambung tido punyalah payah..agaknya tanda2 awal yang bakal baby nie sure mengejutkan tido aku.

baby boy or gal? teruk ar doktor nie..last two pregnancy senang jer doktor bagi tau boy or gal. Lima bulan aku dah tau dah tapi kali nie doktor (doktor lain) kata belum nampak apa2. Dia takut aku frust kot. Takperlah lepas nie sure leh nampak n doktor pun tak leh nak elak untuk bagi tau boy or gal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails