Ahad, 24 Ogos 2008

Dok umah..

Aku dah start dok umah..not the new house but at my in-laws house. Kata hubby sekurang2nya ada orang leh tengokkan aku dan anak2 time dia keja.

Petang nie kami akan ke rumah baru, selain dari nak bersiap2 menyambut orang baru, hubby memerlukan bantuan aku untuk memasang katil baby. Nipun aku baru jer lepas tolong dia pasang katil baby.

Eh..eh..aku masih di sini? yesszaa...masih belum 'meletup'. Sakit tu ada tapi taklah kerap sangat pun. Hari Jumaat hari tu gi spital buat CTG, baby ok jer..maknya sesekali jer ada rasa sakit skit. Dah 3 kali mengandung..nampaknya memang tak berubah, memang lepas ler 40minggu.

Kebanyakan ibu2 mengandung minggu ke 37-38 dah bersalin, aku minggu ke 39 pun masih bekerja. Tapi doktor bagi mc soh aku dok umah just in case aku rasa sakit got people at home yang boleh aku harap nak mintak tolong.

eeeiisshh..sakit datang lagi..tapi dok gak mengadap internet nieh. (Umah mertua aku mang ada internet). Aku dah pesan kat hubby aku nak internet kat umah baru kami tu. Pot pet pot pet mulut dia bising kata x de guna, dia tak guna mang ar mulut dia pot pet. Kalau Astro tu, belum sempat duduk dah pasang dah. Nyampah tau..bikin paneh ar tul. Tapi aku ada cara untuk memastikan rumah baru kami tu berinternet..hehhehehe

Apapun selamat berhujung minggu yer..!!

Selasa, 19 Ogos 2008

Semakin hampir

Tadaaa...Aku masih belum 'meletup' seperti yang dijangka dek doktor. Telah aku katakan pada doktor tapi doktor tu tak nak caya. Kandungan aku nie bakal melewati minggu ke 39, hari Jumaat nie doktor soh aku gi buat CTG. Eeiiisshh..sebelum nie takde pun kena buat. Takperlah lagipun setiap kandungan bukannya sama, ikutkan jerlah kata doktor.

Hujung minggu yang berlalu memang menyeronokkan aku. Hari Jumaat aku dah start coti yang bos aku pulak dok sibuk soh buat itu ini konon2 ingat kot aku nak coti bersalin dah. Bos aku nie pun satu (kalau 2 mangler aku dah lama chow) kot yer pun, perihatin ar skit dengan keadaan aku yang dah sarat nie. Hmm..apa nak buat dari anak pertama dulu pun dia mang tak perihatin, inikan pulak yang ketiga lagilah dia buat derk jer. Tak pernah pun dia bagi aku apa2 sempena kelahiran anak2 aku. Aku pun buatla segala benda yang dia mintak aku buat tu, yerlah kan manalah tau kot aku bersalin sebelum due date, aku gak senang hati sebab tak payah dia nak kacau time aku coti bersalin sok tapi tulah hari nie datang keja, mana yang pending pun dia tak settlekan lagi, laju jer dia serahkan kat aku soh aku settlekan. Teruk ar bos aku nie..takde sikap tanggungjawab langsung. Eeii..maleh aku nak cakap pasal perangai bos aku nie..buang karan jer.

Apapun hari Sabtu petang semua barang2 yang telah aku dan hubby pack diangkut lori seawal jam 2 petang. Fuh..sib baik ada kawan hubby dan adik2 sepupu yang boleh diharap untuk membantu. Aku awal2 dah diberi amaran dek hubby dan mertua untuk tidak mengangkat barang2 berat. Angkat sound box radio yang aku rasa takdela berat mana pun dah kena marah. Langsung terus jadi 'mem' aku dibuatnya. Sementara hubby kat umah baru, Ateh call dari tol Nilai bertanya aku di mana. Terus jer aku ajak Ateh ke rumah mertua untuk makan tengahari.

Pukul 4 petang hubby call tanya sama ada dia perlu menjemput aku atau tidak. Terus jer aku kata tak perlu sebab aku boleh naik kereta dengan Ateh yang datang dengan mak dan bapak. Hubby terus kata ok, sebab katanya kerja pemasangan wayar untuk mesin basuh belum selesai. Siap pesan soh aku beli/bungkus kuih sebab dia belum makan nasi lagi.

Tapi malam minggu tu memang ler meriah, adik2 sepupu aku, mak sedara, Ateh, mak dan bapak semua tido di rumah baru kami tu. Siap memasing tido lewat sebab berborak dan tak kurang yang dok tengok tv. Aku rasa aku tido dalam senyuman di malam tu...heheheheheehe

Mak dengan bapak baru jer balik ke KL malam tadi. Kalau boleh aku nak jer soh dorang stay sampai aku bersalin tapi aku rasa tak sampai hati la pulak. Tapi bapak dengan mak dah tau dah sok sok aku bersalin dorang akan teman aku disini sehingga aku abih pantang.

Baju baby baru jer aku beli petang Ahad hari tu. Walaupun dia anak ke-3 tetap juga 'orang baru' dalam keluarga kami. Alhamdulillah..semuanya dah selesai cuma tunggu masa aku nak bersalin jer nieh. Kalau sekiranya tiada lagi entri selepas ini..mungkin aku sedang bertarung nyawa di bilik bersalin untuk menyambut 'orang baru' tu. Doa2kanlah aku selamat yer kengkawan.

Jumaat, 8 Ogos 2008

8hb ini..

Dalam banyak2 hari boleh pulak aku pilih hari nie (8/08/08/) sebagai pembuka cerita untuk bulan nie. Sajer jer..lagipun hari nie aku rasa seronok skit nak bercerita walaupun aku tengah sarat (37 minggu) dan tetiba lak diserang selsema sejak semalam.

Tentulah ada macam2 cerita yang nak aku kongsikan bersama kan. Cerita yang pertama tentulah tentang aktiviti hujung minggu lepas. Bermula dari hari Jumaat (1/08) aku ke rumah adik sepupu atas jemputan kenduri doa selamat sempena perkahwinan yang bakal berlangsung esoknya. Tentulah ahli keluarga aku dari KL pun ada sama. Hampir tengah malam jugaklah kami dirumahnya.

Esoknya petang kami pulak ke KL di samping nak menghadiri majlis persandingan aku dapatlah meluangkan masa dengan ahli keluarga aku lagi. Waaahh..kali nie best betul, kami kenduri durian beb. Sampaikan aku kena sound pasal orang sarat mengandung tak elok makan durian bebanyak. eeeiisshh..kot kalau tak kena sound mang aku mengadap ajer durian yang banyak2 tu.

Hari Ahad adalah hari persandingan buat adik sepupu eh..lupa lak adik sepupu aku nie lelaki. Kenduri hanya disambut disebelah pihak perempuan sahaja. eh..lupa lagik..baik ketika makan durian reramai dan majlis persandingan tu hubby tak dapat nak turut serta. Badan dia tak sihat (katanyalah..tak taulah kot tu cuma alasan dia jer kan). Lepas jer majlis persandingan tu, aku mintak kat bapak (sebab aku menumpang kereta bapak) untuk bawak cucu dia nie ke zoo negara. Terus jer kening bapak berkerut. well..aku soh anak aku si Julia cakap kat atoknya, ‘tok kita pegi zoo, boleh tak?’. Laju jer si atoknya jawab, ‘boleh’. ‘Betapa kuatnya pengaruh cucu kat atoknya kan’ sambil tersenyum kuar ayat tu dari mulut aku.

Sampai jer kat Zoo Negara hujan turun mencurah2. Mulanya aku nak cancel jer, tak kuasa aku nak pegi dalam keadaan cuaca hujan lebat kan. Tapi sebab bapak pun dah kata alang2 dah sampai nie baik teruskan ajer. Aku pun ikut jerlah. Eeiisshh..bila aku ingat2 balik kan..rasa macam tak sanggup aku nak jalan2 punyalah jauh dalam keadaan yang begini sarat. Tapi Alhamdulillah..segalanya ok jer. Si kakak pun gembira sakan sebab permintaan dia untuk ke zoo dapat aku penuhi.

Selewat jam 6 petang hubby dah calling2 tanya aku bila nak balik..dan dia dah start bersungut2 aku lambat sangat nak balik. (padan muka dia..kalau dia ikut tak payah ler aku nak patah balik ke rumah bapak boleh jer terus balik Seremban).

Kami bertolak dari umah bapak ke Seremban pun dah hampir ke pukul 8. Tak dapatlah aku nak join sama dengan abang dan adik2 aku makan malam. Terkocoh2 punya pasal sampaikan purse aku pun tertinggal dalam keta bapak. Nasib baiklah adik sepupu aku yang baru berkahwin tu tolong ambikkan tapi 3 hari jugaklah aku tak de kad pengenalan. As usual..kalau aku wat salah tu hubby mangler tak lepaskan peluang sound aku kaw kaw liau. Aku nak kata apa..diamjelah..sok sok time dia aku pun takkan lepaskan peluang gak like what happened 2 hari yang lepas (nanti aku ceritakan yer that for sure).

Hari nie aku nak gi check up dan juga ada appointment untuk pasal rail langsir. Tak lupa jugak orang nak pasang Astro. Yess!! hujung minggu nie sibuk packing barang lagi beb. Yer..ada lagi barang nak diangkut..orangnya tak bila ar nak dok nie. Well..tak lama lagi jer nie. Hubby pun dah terkocoh2 dah nie. Padan muka dia..Minggu depan kot aku dah start dok umah baru tu. Boleh ke kot2? takde suspen2nya der..mang dah itu plannya pun. Lagi lambat pindah taulah hubby akan akibatnya nanti..hahahahahaaha

Selamat Berhujung Minggu Semua..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails