Jumaat, 31 Oktober 2008

busy n busy body..

hari nie adalah 'closing day'..dalam dok gi sana gi sini sempat lagi aku ber'busy body' blog orang len. aku selalu jer busy body pehtu haram nak tinggal komen ke apa ker..dasar pemalas kan? dah tu orang yang tinggal komen kat blog aku lak jarang aku balas (ampun yer..bukan sengaja tapi kadang tu takut jawab kang orang terasa lak)..alasan pun poyo jer aku nie kan?

sajer jer nak menaip apa yang dalam kepala otak masa nie. Banyak hal yang dok aku fikirkan dan banyak jugak persoalan tapi rasa macam tak dapat nak aku luahkan di sini. Rasanya ramai orang macam tu kan? Takut nanti orang salah faham apa yang kita cuba nak sampaikan. Lagipun bukan tak pernah terjadi dah banyak kali pun.

Kadang tu aku jadi pelik jugak kenapa sesuatu hal tu terjadi tapi bila difikirkan balik sebab musababnya, aku jadi lagi bingung (mengong aku nie kan? membingungkan diri sendiri..heheehehe)..ah bo layan jer persoalan2 tu. Perasaan yang berkecamuk pun kalau dilayan nanti jadi lagi mengang (mengong campur bangang..hahahaa).

Yang sebenarnya kan..sejak dok sendiri nie aku rasa aman, tenteram dan yang penting sekali aku gumbira. Seharusnya la aku bersyukur sesangat dapat memiliki harta sendiri (tak dapat nak upload gambar sebab umah masih lagi tunggang langgang). Dalam pada tu walaupun amat berat untuk dok sendiri akhirnya kuar jugak ayat dia.."more privacy and more freedom". Tudia..hampir seumur hidup dia dok celah b***, last2 kuar ayat yang aku sendiri tak sangka dari mulut dia. Syukur sesangat. Alhamdulillah...

Khamis, 30 Oktober 2008

bila dah keja..

adooiii aii...penatnyaa..

rindu betul aku nak berceritera tapi selalu x de kesempatan..almaklumlah..bila g umah mertua takkan nak ngadap internet jer. Hari Selasa hari tu aku dah mula keja..adeehhh..sampai betul hati bos aku nie tau..ada ker patut dia soh biar jer kertas2 macam tu jer kat orang yang dok tulun masa aku coti bersalin hari tu. bila dah start keja nie ..semua benda kat opis serah balik kat aku. ding dong paler aku dibuatnya. sib baik ar aku nei pekerja yang tersangatlah berdedikasi (perasan kan?).

dah banyak lak calling2 tanya aku pesanan itu ini..waaahh..bos aku nie mang tak lepas peluang sungguh. semua calling2 tu datang dari arahan dia untuk tanyakan kat aku...sabarjerlah..takper takper dengan azam dan tekad untuk menjadi pekerja yang terbaik (ecehceh) aku tak kisah..kalo tahun depan aku tak dapat increment baikkk punya..siapla ko bos..(berani cakap belakang jer nie..ehehee).

actually kan..aku banyak tul benda nak citer kat sini tapi selalu ajer tersangkut2. tak kisahler..banyak lagi masa nie..dari hal hubby, anak2, adik beradik aku semuanyalah..

apapun..korang enjoy ler dulu gambar2 nie yer..






kakak sibuk nak bergambar dgn baby











satu2nya gambar diambil masa 1st raya
aku masih dalam pantang








kakak nak bergambar dengan lidya lak..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails