Jumaat, 28 November 2008

hujung minggu nie

semalam mama (panggilan mak sedara, adik bapak) tepon bagi tau berita gembira.  mak lang adik ipar bapak dah pun selamat bersalin.  sebelum ni 3 boys dan akhirnya anak ke4 dapatlah dia anak perempuan.  berat baby walaupun cuma 3.1kg dan masuk dalam inkubator tapi doktor kata baby ok ajer.  alhamdulillah.  aku pun tumpang gembira dan seronok.

aku juga bersyukur sesangat maklang aku tu selamat bersalin tanpa perlu dibedah(dia dah pun masuk bilik bedah dan nyaris dibedah). maklumlah mak lang aku tu ada penyakit kencing manis.  dia juga tak boleh nak berpuasa sebab kena buat injection sehingga 3-4 kali sehari.

beberapa hari ke minggu lepas (tak ingat ar pulak) ex-colleague anta sms kat aku.  bagi tau pasal 'pureen' kat sec 19, pj ada sale lagi.  issshhh..tak sabar ar pulak nak tapi aku kat seremban nei hah.  hubby dah janji nak balik macam berat pulak nak balik sebab masalah pengangkutan.  membakau jer tau.

apapun selamat berhujung minggu semua..

p/s: dah lama tul aku tak dapat main boling...nak lepas geram main boling pun ok gak nie..heheheheehe


Isnin, 24 November 2008

Rancangan tak jadi

Rancangan aku nak lepak sambil makan pizza dengan adik sepupu aku tu tak jadi.  Akak ipar aku dari KL datang dengan anak2 dia.

Semalam pulak hubby kerja dari pagi sampaila ke petang.  Rancangan nak gi jalan2 pun terbantut.  Sudahnya kami pergi ke Gi@nt Senawang jer.  Itupun sebab aku nak beli susu baby Dania yang bakal kehabisan.

Yang paling best aku pakai baju t-shirt tersangatlah buruknya (t-shirt untuk pakai tido).  Terasa orang dok pandang t-shirt buruk giler tu.   Malu betul.  Tapi aku ni jenis memang muka selamba jadi dengan selamba jerlah aku ke hulu hilir dengan t-shirt burok aku tu.

Hari nie aku rasa pelit skit ar.  Bos aku cakap lembut2 jer dengan aku.  Tanya apa2 hal pun takde macam nak gaduh pun.  Puas aku dok pikir.  Laaa...patut ar dia baik..hari nie kan hari gaji.  Kalau aku tak bagi tau sure dia dok ar tunggu 26hb.  Memo kuar masa aku coti pantang pun aku boleh tau, dia yang hari2 keja boleh ketinggalan berita penting macam ni.  Alasan sebab ingat memo tu bagi tau untuk advance hari raya jer.  Tulah bos lenkali apa2 memo baca ar sampai abih.  Ini tak, tengok2 macam tu jer.  Kan ker dah ketinggalan.

Hmm..cepat dapat gaji cepat ler abihnya pun.  Nak buat macam mana kan dah nama pun 'makan gaji', macamtulah jadinya..heheheehehe

Sabtu, 22 November 2008

boringnyaaa..

tengah tunggu hubby balik dari keja ..dok layan internet dan anak2..

kakak dan lidya dok layan tv

si kecik lak...kepala dok pusing kiri dan kanan..dah pandai menangkup maklumla dah nak masuk 3 bulan ar katakan..

hhmm...tingin nak makan pizza ar..tapi tak siok makan sorang2..so, ajak my lovely adik spupu yang dok kebosanan gak ..

happy weekend y'all.. :D

Khamis, 20 November 2008

Kembali tersenyum

Bermula 13hb hari tu sampailah ke 18hb aku bercuti. Aku bercuti sebab yang menjaga (MIL) anak2 aku nak pergi bercuti ke Kuantan dengan adik beradik dia. Sepatutnya aku bercuti hari dari 17-18 jer tapi dah baby Dania demam dan meragam aku pun ambil ar cuti lebih awal. Kalau sebelum ni aku dok risau dan gundah gulana tapi sekarang dah ceria. Baby Dania dah kembali tersenyum. Dah mula tergelak bila diagah. Alhamdulillah..lega rasanya bila tengok dia dah tergelak macam sebelum2 nie. Heran gak aku, baik baby Dania atau si Lidya asal sebut nak bawak gi cucuk jer mesti dorang demam. Tak sebut tak pulak diorang nie demam.

Sepanjang aku bercuti tu sempat gak aku pegi ke expo bio-tech kat Paroi tu. Aku pegi pun masa hari terakhir expo tu. Dalam dok usha itu ini ada ker patut aku gi beli serai wangi. Nak jual minyak urut ke apa aku nie. heheheheehe Harga anak2 pokok yang dijual pun murah2, dari hari RM1 untuk anak cili ke harga RM5 untuk anak pokok limau kasturi.. Aku sebenarnya nak beli pokok2 lain tapi hubby tu ar, asyik2 'dah lum..jom ar balik'..ayat yang kuar dari mulut dia. Aku dok kendong baby yang lagi berat dari 2 rumpun kecil serai tu pun tak de rasa penat. Ooohh ya tak ya ek..hubby pun tak sihat sebenarnya. Diapun baru jer baik demam masa tu. Kakak lak terkejut tengok kambing sebesar anak kuda..terus dia takut. Lagilah ilang mood aku dibuatnya.

Nak pulak masa tu dah mendung jer. Takut kot anak2 aku yang baru baik demam kena hujan lak. Tapi tulah dorang nie guna bomoh hujan ker apa agaknya. Elok aku sampai jer umah mertua, cuaca terus terang jer. Itupun MIL kata naper tak tinggalkan jer baby Dania dengan dia (MIL balik hari Isnin 17hb). Aku bukan apa, kot nak singgah tinggal kan baby takut tak sempat nak gi ke expo lagipun MIL tu kan baru balik jenjalan. Mana tau kot dia letih lagi. Maklumlah orang tua kan.

Hubby dalam tak sihat pun dia tolong gak tanamkan serai wangi dah kami beli tu, serumpun kat umah MIL dan serumpun lagi kat umah kitorang.

p/s: MIL kata orang pompuan yang tengah datang bulan tak boleh petik daun sireh, nanti pokok sireh tu boleh mati, betul ker?

Rabu, 12 November 2008

Kan dah..

Hari nie aku gi keja dengan rasa gundah gulana. Masa aku dukung baby Dania untuk menyusu badan airmata aku dah bergenang jer. Bermula dengan kakak yang demam diikuti dengan adiknya si Lidya dan akhir sekali baby Dania. Kalau setakat dua orang budak tu aku taklah rasa sedih tapi bila tang baby nie aku jadi lemah sesangat. Pakal ar bos aku dok cuti, kalo tak tu harus aku EL dari semalam. Apalah yang baby Dania tu boleh cakap dia sakit kat mana. Tapi tulah..baby Dania nie lak elok lak dia tak menangis atau mengengek sepanjang masa. Bila diagah pun gelak sesajer. Tapi aku leh nampak dia tak bertenaga seperti hari2 biasa. Cepatla sembut hendaknya baby aku yang sorang nei.

Dua hari lepas masa aku nak masak nasi, aku dah bagi tau kat hubby yang beras dah nak abih. Yang tinggal cukup2 untuk sekali masak jer. Begitu gak dengan minyak, telur dan lain2 lagi lah. Aku pun pesan baik2 esp beras ler. Kan ker orang tua2 ada pesan kalau boleh beras jangan ditunggu betul2 habis baru dibeli, tak baik.

So, petang semalam masa on the way nak balik jemput anak2 balik aku pun ajak hubby singgah gi kedai. Dia buat derk jer dengan aku.

Hish...orang tua nie apa penyakit tak nak benti kat kedai nie. Tak de duit ker? kata aku dalam hati

Boleh pulak dia cakap "alahai..minyak keta cepatnya ko nak abih"

Aku diam jer sebab aku tau tujuan dia cakap tu nak soh aku tolong ler tu. Nak taknak aku pun kuar RM20 untuk isi minyak (takleh tolong selalu..nanti dia ingat aku nie banyak duit..heehehehe). Tapi aku masih dok risau barang dapur yang aku mintak dia belikan belum dibeli.

Dah jemput anak2 balik umah, masa on the way ke rumah, aku dah sound soh dia singgah gi beli barang dapur.

Tak yah, duit takde nak beli..makan jer apa yang ada, kata hubby.

Ishh.. awak nie takkan nak tunggu beras licin lecau baru nak beli kot. Haba2 hangin satu badan nak sampai dah.

Hubby diam..buat derk jer. Dia pun takde nak singgah kedai. Aku pun maleh nak gaduh2, penat balik keja, tak koser aku nak bising2.

Sampai jer umah aku tukar uniform then aku pun siap2 nak masak nasi. Masa tulah aku nampak ada minyak, beras n etc kat atas dapur. Aku terus jer meluru kat hubby

Oooo..patutla buat derk jer..awak dah beli then sorok kat boot keta ek.

Hubby sengih jer. Hubby memang sajer nak mengena aku. Lepas tu dia buat lagi satu hal yang buat aku nak gelak tapi aku control jer tak nak tunjuk depan dia.

Masa tu aku dok menyusukan baby Dania, aku agak sure nasi dah hampir masak. Aku mintak tolong kat hubby,
kacau nasi dalam periuk. Boleh pulak dia buat kelakar bangang ..

huuu...haaa..huuu..haaa (dari jauh sambil tangan mengacah2 ke arah dapur tu). then dia cakap ok dah kacau dah.

Sabarjerla kan..

Isnin, 10 November 2008

Hujung minggu

Kalau masa bercuti tu rasa cepat nau masa berlalu kan? Kalau masa keja tu setiap minit tu rasa macam lambat tul nak abih masa kejanya (angin malas nak buat keja ar tu).

Hujung minggu hari tu hubby dah berura2 nak ke salun. Aku ok ajer sebab aku dah pegi dulu. Hubby aku nie memang tak boleh aku lebih dari dia. Kalau aku gi salun sure dia pun nak pegi gak. Lenkali kena ar aku pegi senyap2 tapi tulah dia sure boleh tau sebab tengok gaya rambut aku lain dari biasa.

Kalau setakat gi salun aku tak kisah lagi. Jangan dia pegi tempat urut tu dahler. Harus kuar segala ayat yang tak patut kat dia kang. So far, aku belum la nampak dia ke arah tu. Orang lelaki nie taulah kan bukan boleh caya sangat pun. Aku awal2 memang dah sound hubby yang aku boleh caya kat dia pun 50%. Tupun peratus yang tinggi tuh. Haruslah dia rasa kecik ati tapi nak wat camner kan, dah memang camtu aku punya rasa. Hubby pun tak leh ar nak paksa aku percaya kat dia seratus peratus. Hubby pun ntah2 langsung tak percaya kat aku.

Hubby aku nie memang cukup tak suka kalau gi kuar berjalan2. Dia kalau boleh nak dok umah mengadap jer depan tv. Aku pulak tak tahan tul kalau asik dok melekat jer depan tv. Nak pulak aku bukan jenis yang suka nak mengemas atau mengatur barang dalam rumah (dah dok sendiri nie nak taknak terpaksa ar buat). Dapat meround dalam keta pun dah kira ok kat aku. Tak padan dengan 'askar' yang berderet. Aku kesian dengan 'askar' yang berderet tulah makanya aku ajak hubby kuar meround.

Tapi masa aku dalam pantang tu tak pulak dia dok umah. Dia kuar gak gi umah mak dialah, gi jumpa kawanlah. Nak kata kalau gi shopping pun bukannya aku mintak duit dia pun (bukan selalu shopping pun). Macam manapun hubby dah memang paham sesangat dengan peel dan mood aku. Suka ke tak dia bawak jugak aku gi jenjalan walaupun hanya dok dalam kereta jer..heheheehe

Semalam sebab dia nak gi salun dia anta ler aku kat kedai yang dah berbulan2 aku dok sebut nak pegi. Memula tu dia cuak gak sebab tak yakin aku nak handle 2 kanak2 riang dan baby yang baru 2.5bulan. Aku lak kalau dah ada peluang berjalan tu setakat tengok bebudak nei apa ada hal. Kebetulan kedai tu ada sediakan tempat untuk bebudak main. Yang paling penting kedai pakaian tu tak 'open air' tapi ada 'aircond'. Kira selamat ar..anak2 aku pun berlegar dalam kedai tu jer.

Dok belek tu belek nie..terbang RM60/-. kebanyakan pun baju bebudak nie. Untuk aku, kan ker aku dah gi potong rambut siap buat rawatan lagi. Apa lagi aku nak. Kira ok ler tu. Untuk anak2 pejam jer mata sebelah..betul tak? Betul..!

Lepas sejam hubby pun datang menjemput. Aku ajak dia gi makan so that malamnya aku takyah ler masak. Hubby pun ok jer. Lepas makan kitorang pun apa lagi ..balik umah ar. hheheehe

Hujung minggu nie ke mana pulak? Aku ada cakap dengan hubby dah sebulan lebih aku tak balik ke Pantai. Tupun sebab saban minggu family aku dok datang ke umah. Sekarang nie turn aku la pulak balik jengok family aku. Hubby kata ..Insya Allah...

Jumaat, 7 November 2008

Dah tak risau

Aku dah tak risau dah. Kad aku dah pun ditukar yang baru. Walaupun berjam jugak aku menunggu tapi masalah kad ATM aku dah pun selesai. Yang tak bestnya dorang tolak RM12/- untuk ganti kad yang baru. Aiiik..bukan salah aku pun kena gak aku bayar ker? Kuang asam tul ar. Tapi kan aku ada sikit kemusykilan ler. Macam tak caya jer.

Aku takut kot2 kad baru nanti lama nak amek maka sempat ler aku gi ke kaunter. Aihh..selalunya dorang kat kaunter nie, muka dorang..alahai..macam kita nak ambik duit dorang jer. (yang aku rasa ar sebelum nie tak tau kat orang lain camner lak). Hari nie wuiiihh..siap puji aku tu..kata muka aku dalam IC tu fotogenik. Terhambur gelak kat situ gak (aku gelak bukan perasan tapi gambar tu masa aku tengah pregnantkan kakak). Camnerlah leh fotogenik ek. Lorr..puji ada makna ar..soh aku buat pinjaman loan ASB upanya..cet.

Peh tu masa tukar kad baru ada lak yang puji nama aku sedap. ahahahahah..nama aku ala2 orang lelaki pun sedap ker? ishh...dorang nie kena mandrem ker? Or sebab dorang dapat kenaikan yang melonjak tinggi hari tu makanya cara layanan dorang pun baiiikk sesangat.

Apapun macam tulah sepatutnya layanan dorang pun. Aku suka..lambat pun aku jadi happy sebab dorang senyum dan pandai ambil hati aku yang dah kebosanan tahap cipan menunggu semata2 untuk menukar kad ATM yang baru.

Happy Weekend y'all...

p/s: oohh ya..kot ada yang tertanya2 aku guna kad ATM apa..ala yang ada logo rimau tu ler.

Rabu, 5 November 2008

Risaunyaa...

Aku tengah resah gelisah nieh. Duit cash kat tangan hari tu ada RM100/- dah pun aku guna. Hujung minggu hari tu lepas perjumpaan di kawasan perumahan kami tu, hubby ajak gi Dataran Senawang. Oklah tu boleh ar aku gi amek duit kat mesin ATM.

Belum sempat keluar keta, hujan lebat pulak. Aku malas nak keluar dari keta. Aku soh jer hubby tolong gi ambikkan (aku jarang mintak dia tolong part nie..tak nak dia tau baper duit aku tinggal kat bank). Memula hubby pun malas gak tapi aku tau sure dia nak tau baper duit aku tinggal, dia pun relakan gak. Hubby tanya nak kuar baper? Aku cakap RM100/- dah ler.

Peh tu aku tengok dia dok kuar masuk kat bank. Aku dah mula cuak, kot kot kad ATM aku tu dah kena telan. Aku tau sangat bab menghafal no PIN hubby memang lemah. Aku nampak mulut hubby dok kumat kamit pandang aku. Aku agak dia tak leh nak kuar duit. Aku turunkan cermin keta cakap kad masuk terbalik tak (kes ni memang hubby selalu buat). Dia masuk balik dan cuba mesin lain lak peh tu dia kuar terus dari bank.

Ahh..sah la kad tak leh pakai nie. Betul lak kata hati aku. Kata hubby masuk kad jer..mesin muntahkan balik. Katanya Kad tidak boleh diproses, sila hubungi bank. Jadiknya dari Ahad tu aku pun diam jer. Ingat nak tepon hari Isnin..tangguh ke tangguh..barulah malam tadi aku call (payah tul nak cakap dengan customer service ni tau) tak dan abih cakap kredit aku dah abih. Tupun hubby bising, suruh aku call kat tepon opis.

Yang aku tau pegawai tu soh aku cuba lagi tapi sebelum tu lap kad ATM then kalau tak boleh gak kena ar aku tukar kad. Masalah sekarang duit kat tangan pun tinggal RM6 jer (eleh..macam ler tak biasa duit tinggal banyak tu..heheehehe). Nampak gayanya kena ar aku ambik coti kalau nak tukar kad ATM yang baru. Buat sementara waktu kena ar aku pinjam duit dari hubby (sure dia bersungut..macamlah aku tak bayar macam dia)

Selasa, 4 November 2008

tolong kawan..

UPDATED
email add kawan aku, Zack gbniaga88@yahoo.com


kawan aku dok kat kuantan call aku...dia perlukan seseorang untuk menjaga kedai dia di Taman Tas di Kuantan..

Kedai dia menjual pakaian wanita..so, kalu boleh pembantu tu wanita ler. Kot ada pelanggan wanita yang datang nak cuba baju takdelah rasa cuak..tul tak?

transport? kata kawan aku tu..dia boleh sediakan..

ada sesiapa berminat please contact thru my email lady21stcentury@yahoo.com (naper aku tak letak email dia? selalu tukar..sbb tulah aku tak letak email add dia)

p/s: fren (i know u r reading this, susah sgt u promote jer baju2 kat blog)

Isnin, 3 November 2008

2hb November

Tarikh yang sepatutnya aku buat kenduri cukur jambul, doa selamat dan juga majlis hari lahir Julia Adriana a.k.a. Akak/Kakak. Malangnya ketiga2 majlis tak dapat diadakan sebab kebetulan kawasan perumahan kami ada pulak perjumpaan. Aku lak ada hati nak menyumbang kuih karipap walhal sumbangan duit dah aku berikan. Hubby dengan baik hatinya membantu aku walaupun sebenarnya dia tak berapa pandai. Tapi tulah tunjuk pandai bukak api besar2 konon nak cepat sampai banyak yang hangus. (geram gak tapi sebab dia baik hati nak menolong..pejam jerlah mata sebelah). Yerlah kan kita cuma merancang, Tuhan menentukan.


Lewat petang semalam gak makcik aku dari Palong tepon, kata nak datang ke rumah. Nasib baik ada orang nak datang umah dapatla dorang sama2 meraikan hari lahir kakak. Kakak pun gembira sesangat. Kakak dah pun berusia 4 tahun tapi mulut dia hhmmm...sabarjerlah. Kadang2 tak dapat nak aku gambarkan betapa 'murai'nya dia.


Kerenah dan keletah dia kadang2 menguji kesabaran aku dan hubby. Ahh..namapun budak2. Bila dilarang membuat sesuatu pastinya soalan naper? yang bertalu dari mulut dia. Last2 aku jawab jer dah orang kata jangan tu jangan jerlah. Sori lah dia nak terima jawapan macam tu. Selagi dia tak puas hati selagi tulah dia tanya kenapa? nanti jadi apa? Aduuii..pening dibuatnya

Imaginasi dia pulak kadang2 melangkau jauh ke Sarawak. Maunya tak, dia kata dia ada ibu dan ayah serta abang di kampung di Sarawak.


Masa aku bercuti dia kadang kala minta tolong..hehehe..teruk kan anak umur 4 tahun dah di suruh buat itu ini. Eh dari kecik la kita ajar sok dah besar sok dah tak reti lak. Tapi aku takdelah soh dia basuh pinggan ker, mop lantai or sapu lantai. Aku mintak dia tolong ambik barang contoh kain pengelap, botol susu adik dia. Dia sayang betul dengan adik2 dia. Jarang2 dia buli si Lidya. Janganlah ada yang acah2 nak ambik adik2 dia. Sure dia kata tak boleh. Silap2 kang banjir ler jawabnya.


Sekarang ni setiap kali aku bermekap dia pun sama nak pakai. Kesudahan aku jarang bermekap sebab aku terpaksa pakaikan jugak lipstikla, pemerah pipila aduii..lagi lambat ler aku nak bersiap. (tapi aku lebih pada malas sebenarnya..hikhikhik)


Semalam bila ditanya hadiah apa yang diinginkan..sebiji kereta. Amboii..very2 the gitu kan..?

Aksi2 bday gal bila disuruh posing depan kamera...dia mang suka posing. Laju jer kalau disuruh posing.



















LinkWithin

Related Posts with Thumbnails