Isnin, 19 Januari 2009

Bila dipesan..

Sebelum aku cerita pasal percutian aku kat Melaka hari tu. Aku nak berkongsi rasa skit. Skit2 jer cukup ar kan. Kot nanti lelebih korang ingat aku nie apa lak.

Masa nak ke Melaka tu hubby dah pesan soh call dia. Aku pun iyakan jerlah. Maklumlah satu kereta berhimpit2 kan. Nak menunggu Alang lagi satu kereta lagi la lambat (tunggu pun takper, aku sampai Melaka pun lewat gak untuk 'gathering' tu).

Bila dah sampai aku pun call cik abang aku tu. Dia pun tanya ar kat aku pegi ke tak dinner yang sepatut aku pegi tu. Aku pun jawab yang aku tak jadi pegi sebab dah terlalu lewat tambahan memasing dah letih sesangat. Kebetulan mak pulak ada bawak bekal nasi lemak, jadi kami tak perlu ler nak kuar bilik untuk cari tempat makan malam tuh.

Yang aku jadi bengang sesangat tu kan...bila aku dengar hubby pesan jaga anak2 tu elok2 esp. si Lidya..dia tu lasak..bla bla.. Aku pun sound ar..kot kalau dia ikut kan senang. wuiihh..hangin lak member. Dia kata apa kena mengena dengan apa yang dia dok pesan dengan apa yang aku cakap kat dia tu. Korang sure dah paham kan? Kalau hubby ikut tak yah ler dia nak pesan soh aku jaga anak bebaik bagai, boleh gak dia tolong aku perhatikan anak2.

Tu baru sorang yang pesan tu lum masuk makbapak hubby tu. Ishh...kenapa mesti nak pesan itu ini bagai? Aku ni tak reti jaga anak ker? 'The gang' tu anak aku sendiri, takkan aku nak biarkan anak2 aku. Lagipun yang pegi tu ramai tau, bukan aku & 'the gang' semata2. Mak, bapak, adik2 aku 3 orang dok ada sama. Ok aku akui tujuan hubby tu baik, dia ingatkan aku sebab Lidya penah hilang sebelum nie. Tapi sejak dua menjak ni Lidya pun dah pandai dah. Tiap kali keluar beramai2 sure dia akan pegang tangan salah sorang dari kami. Dan sudah tentunya aku dan adik2 aku check bebetul saper pegang saper. Takde yang terlepas pandang walau seminit. Eceeeehh...tapi yerlah kan orang pompuan nie bila dah mula nampak benda nak dibeli mulalah ilang ingatan, sekurang2nya pesanan hubby tu buat aku lebih beri hati2 ler. Yerlah kan..dibuatnya kot jadi apa2 kang..aku gak yang susah kang..heheheheehe

p/s: gambar kat melaka mungkin lambat skit sbb ada masalah dengan komputer aku tuh..sabarjerlah..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails