Khamis, 1 Januari 2009

Semalam 1 Jan 2009

Semalam hanya bersantai di rumah bersama hubby dan anak2. Lepas makan tengahari memasing berlengkar tapi aku tak tido..ada gak hati nak lelap tapi lebih suka melayan internet. Tak dapat nak posting hp bateri aku tetiba 'kong'.




Hah..yer aku guna hp 'cokia' aku untuk berinternet kat umah sejak semalam. Tapi la nie aku kat umah mertua. Hari nie aku sambung coti hubby pun sama coti. Sib baik gak hubby coti sebab ayah hubby mintak tolong hantar ke opis dia nak gi ke Penang.


Pagi semalam dekat kul 9 hubby nak kuar gi beli sarapan..tapi aku ada idea lagi baik..baik aku and 'the gang' (anak2) ikut dia gi breakfast kat luar then boleh beli lauk sekali untuk makan tengahari.


Bersungut gak dia takut2 tak sempat..hahaha..silap orang ar kan..tak sampai setengah jam..semua dah ready dah..baru hubby tau kecekapan aku meng'handle' the gang. hehehehe


Balik dari kedai hampir jam 12, tanpa lengah aku terus bawak barang dapur yang dah dibeli lepas sarapan tu untuk masak makan tengahari lak..














hidangan lauk tengahari hampir 1.30 pun siap..aku masak bayam tumis dgn sotong, kari ayam dan sambal tempe ikan bilis. Jadiklah kan..bebudak pun boleh makan sayur bayam tuh.








Sementara aku masak hubby kena ar jaga anak2 kan...hah tu dia Baby Dania dok kacau hubby baca suratkhabar....habis terjejeh air liur kat muka hubby..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails