Jumaat, 9 Januari 2009

Senyum hujung minggu

hehhehehehe..aku dah boleh tersenyum gumbira..lalalalalala..Alhamdulillah dah pun keluar memo pasal bonus. Hujung minggu nie aku senyum jerlah..marah pun senyum..sakit hati pun senyum..geram pun senyum. Orang perli aku pun senyum. (macam tak pernah dapat bonus jer aku nie tau). Dah kalau ada rezeki tu kan..Alhamdulillah.

Esok lepas keja terus ke Port Dickson. Aku bakal menghabiskan hujung minggu aku ke Port Dickson. Atas permintaan yang tak dapat aku tolak aku kena jugak pergi. ala kalau dah nak berseronok2 tu kan, tak yah paksa, harus aku pegi gak.

Memula aku diajak dek adik ipar ke Bkt Tinggi tapi alih2 rancangan bertukar ke Port Dickson. Ok gak tu, daripada Bukit Tinggi baik ler Port Dickson. Tak jauh pun Seremban-Port Dickson tak sampai 20minit perjalanannya pun.

Hubby tu macam biasalah kan..tak nak...ergghh bikin panas jer laki aku nie tau. Padan muka dia, kena paksa dek mak dia hah barulah dia nak pegi. Boleh ke caya aku jer nak ikut siap bawak 'the gang' dengan adik dia sorang tu? Kot 'the gang' tinggal..mang panjang jerlah langkah aku kan. Issh..tapi aku mang tak sampai hati ar nak tinggalkan anak2 aku seharian.

Insya Allah..kalau takde aral melintang..boleh ar aku bagi tau kat mana aku dok nanti. Siap dengan gambar bagai...dan sehingga tu

HAPPY WEEKEND!!

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails