Rabu, 18 Februari 2009

Baby Dania lagi



Daripada aku memikirkan hal yang sedih jer kan..baiklah aku tengok gambar yang membuatkan aku gembira shj. Baby Dania bakal 6bln hujung minggu depan. Haii..cepat tul masa berlalu..dah pandai merangkak, duduk, berdiri di meja jepun..menggapai apa shj yang ada depan mata dia. Semua benda nak masuk mulut.

Suka tergelak..bergurau..tiap hari balik dari keja bila dia nampak jer aku sure dia tersenyum lebar. Mana taknya..masa dah time dia nak 'gantung' walaupun masa tu dia baru jer lepas minum susu botol.

Dah susut banyak sebab dia terlebih cepat buat aktiviti yang sepatutnya baru sekarang dia boleh buat. Kata sedara yang lain silap2 baby Dania nie bakal berjalan sebelum sempat dia setahun sok. Insya Allah..doa yang baik2 aku aminkan ajer.

Baby Dania nie kalau tergelak..mulut dia ternganga besar then air dia menjejeh jer. heheehee..kalau bergurau lagi ler. Sebenarnya dia tak suka dok dalam 'walker' tu. Dia lagi suka merangkak..mungkin dia rasa lebih 'bebas' kot.

Penah sekali tu aku dok ralit tengok tv..pusing belakang jer tengok dia dok menonggeng kat kotak yang bersisi mainan kakak2 dia...heheehhee Lasak..mang lasak sungguh untuk baby umur macam dia nieh.

Kalau aku tengah masak kat dapur, hubby macam biasa kena ar jaga bebudak tuh. Kadang2 hubby ralit tengok tv..'terlepas' ler baby Dania ke dapur.

Kesian gak tengok baby Dania nie..tergigil..tergoyang2 jer berdiri kat sisi meja jepun ..almaklumlah dia tuh dah ler 'halus' belum sampai masa dia lagi kan.

Kadang tu tertonggeng jer dia dalam kotak mainan kakak2 dia..hehehehe

Isshh..rasa rindu ar pulak kat dorang nie. Cepat ler abih time keja nieh..leh tengok dorang..hehehehee
Posted by Picasa

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails