Selasa, 10 Februari 2009

Musibah..




Orang-orang tua ada berpesan...jangan terlalu suka akibatnya boleh jadi duka...

Kalau minggu sebelum aku bergembira sakan..berseronok sakan..kejadian minggu lalu benar2 menyentap hati dan perasaan aku. Lewat tengahari 4hb hari tu aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Ateh. Aku rasa macam tak percaya bila dia beritahu aku yang rumah pusaka milik arwah atok dan uwan dah menjadi abu. Aku sedaya upaya menahan kesedihan sehingga kepala aku jadi sakit(migrain). Cepat2 pulak aku call sedara mara aku di Seremban nie dan beritahu mereka dan tentulah masing2 terkejust bagaikan tak percaya dengan berita yang aku sampaikan. Apa yang aku cuba buat hanyalah mengucap dan beristighfar dan berdoa agar semua penghuni di rumah pusaka tu selamat. Alhamdulillah..doa aku makbul. Semasa kejadian tu mak usu takde kat rumah, dia di sekolah agama berhampiran untuk mengambil anak asuhan dia.

Ada beberapa adik bapak yang masih bujang tinggal bersama mak usu di rumah pusaka tu. Mereka pun tak ada di rumah semasa kejadian berlaku. Anak2 sedara sebelah hubby mak usu yang masih bersekolah masing2 sedang mandi malah mereka semua keluar rumah bertuala sehaja dan jugak yang berbogel shj.

Aku tumpang kereta mama (adik bapak yang tinggal di Seremban) petang tu selepas aku balik dari kerja. Aku angkut anak2 aku sekali. Aku awal2 bagi tau bos aku amek cuti kecemasan selama 2 hari. Hubby? Aku ingatkan dia ikut datang hari Sabtu selepas dia kerja tapi jawapan yang hampeh aku dapat dari dia. (hujung minggu nie sedara belah dia ada kenduri aku rasa berat lak nak pegi).

Malam 4hb tuh..mak usu tak dapat menahan sebak dan menangis di pelukan bapak. Tak sangka bapak yang tenang pun ikut sama menangis. Aku lagilah sedih bila melihat dua beradik berpelukan begitu. Jangan kata aku..adik2 aku yang lain pun ikut sama menangis. Aku cuba pujuk mak usu dan tenangkan dia dengan kata2 semangat. Malam tu jugak selepas berita di TV1 lagi ramai sedara mara yang datang menghulur bantuan kepada mak usu. Tak katalah..pihak berwajib pun sama menghulur bantuan kat mak usu aku tu.

Kata Aiman ..kunci kereta abah dia tak sempat dia nak ambil sebab api marak begitu cepat sekali. Motor adik spupu aku yang baru mula bekerja pun rosak teruk dek bahang api. Nasib baik bompa bertindak cepat..kalau tak, rumah sebelah pun pasti terbakar sama. Terima kasih aku ucapkan pada mereka yang menghulur bantuan. Sesungguhnya bantuan dan sokongan yang dihulur tak dapat tak membantu mak usu dan keluarga memulakan kehidupan yang baru secepat mungkin.
Posted by Picasa

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails