Isnin, 16 Februari 2009

Tak bestnya mood..

Sejak dari berita musibah yang aku terima hari tu..mood aku jadi betul2 down. Aku rasa macam dah tak seronok nak bercerita kat blog aku dah. Yalah kan takut nanti asik berseronok jer tetiba dapat berita musibah lagi. Isshh..apalah aku nie kan..boleh lak pikir yang bukan2. Yerlah kan asal dapat berita sedih..aku dah takut dah seriau. Biasalah dalam kehiduan kita sehari2 takkan la nak tempuh yang gembira..yang seronok ajer. Betul tak? Sesekali kena gak diuji kesabaran dengan berita sedih.

Dalam tak best tu sempat jugak aku gi salun rambut dan selepas hampir 6 tahun aku tak kaler rambut. Tetiba aku nak kaler rambut aku. Kot lawa tu takper gak..nie dah jadi apa jer aku tengok. Menyesal? Skit ar. Bising amoi kat salun bila aku cakap aku nak cepat siap. Bila sesekali tengok kaler nya ok tapi bila dah lelama tu aku jadi macam tak suka sesangat dengan rambut aku tu.

Semalam lak aku gi kenduri doa selamat umah mak sedara hubby. Sedap sungguh nasi tomato dan kuah dalnya. Masa nak balik tu MIL bekalkan kami nasi tomato. Selamat ler aku nak ke dapur. Mana ar tak 'gedempong' asik polok exercise pun tak pernah dah.

Ishh..kenapalah dengan mood aku nie..? Aissh..nie yang tak best nie. Nak senyum dengan hubby pun rasa penuh kepura2an jer. Mesti ada benda nie...korang penah tak rasa macam nie? Tengoklah lewat petang kang kot mood aku tukar jadi ok.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails