Jumaat, 27 Mac 2009

Aku rindu...

Tup tap tup tap dah pun hujung bulan Mac.  Yang dapat gaji dok senyum dan yang belum gaji dok la menghitung hari.  Ada lak yang dah bergaji lepas tolak hutang dok gigit jari sambil menghitung hari gaji bulan depan..hehehehee

Yang seronok sekali hutang lama yang dah hampir putus asa nak ditagih tetiba dilangsaikan..ada gak la duit lebih...syukur Alhamdulilah.

Hujung minggu nie nanti aku tak dapat nak pegi kemana2.  Eishh takde sebab no money ler tapi sebab kawasan perumahan aku nie dok buat sambutan Maulidur Rasul ler.  Best gaklah kan area umah aku nie ada jer aktiviti nak dibuat.

Dah hampir 2 bulan aku tak balik jumpa mak bapak.  Jarang sekali aku tak balik sebegini lama.  Mak dah rindu sangat2 dengan cucu2nya (spt yang Ateh dok bagi tau aku dalam tepon).  Aku bukan tak nak balik KL tu tapi keadaan tak mengizinkan.  Ada jer benda atau hal kat sini yang membuatkan aku tak dapat nak balik.

Hubby pun diam jer bila aku sebut pasal nak balik KL.  Aku tau sangat hubby rasa bersalah dalam hal nie.  Kadang2 aku geram dan sedih dengan hubby.  Tapi bila aku pk balik, hubby tak leh dipersalahkan.  Hubby tu seboleh2 nak buat aku happy tapi kadang2 (kadang2 ker?) hubby guna kuasa 'veto' dia utk membuatkan aku hanya diam seribu bahasa.  Benci tau bila orang guna kuasa 'veto' nieh.  Ini dinamakan penyalahgunaan kuasa tau.

Tapi aku rindu dengan makbapak.  Rindu nak borak2 dengan dorang.  Tapi...kang kot aku call sure bapak tanya bila nak balik..hah menggelabah nak jawab.  Tengoklah nanti bila keadaan mengizinkan pastinya aku akan berlamaan untuk melepas rindu dendam aku kat mak ngan bapak.

p/s: tak besh ar..esok kena keja..benci betul keja hari sabtu..siap pepagi utk keja steng hari..tak berbaloi langsung..!!

Khamis, 26 Mac 2009

cute...?







muaaah.....buat yang merindui aku..eceh...perasan sungguh! Ala biasa ar ayat skema kan. Buat jerlah muka toyer n selamba derk.. heheheheeh

Inilah gaya si lidya anak aku no. 2 bila mood dia baik. Suoh buat apa pun dia buat jerk. Lidya nie penghibur hati hubby. Hubby suka menyakat dia..suka tengok gelagat dia. Memula aku risau jugak dengan Lidya yang lambat tul nak pandai bercakap. Alhamdulillah...aku lebih mengerti kini sebab musababnya.




Dari sehari ke sehari nak menaip dalam blog asyik tertangguh. Semalam dok umah pun tak sempat nak berinternet. Almaklumlah kan..dok umah pun bukan boleh rileks sangat pun. Anak2 perlukan perhatian yang lebih bila aku bercuti. Semalam aku coti kecemasan sebab MIL aku demam. Kesian dia..tak leh nak bangun sangat. Takkanlah aku nak biar kan jugak anak2 dengan MIL gak. Sungguh tak perihatin punya menantu lak nanti aku nieh.

Hari nie pun MIL masih kurang sihat..hubby lak coti..tapi aku dah siapkan anak2 mandi dan kebetulan jugak adik ipar aku bercuti gak. Boleh ar dia tolong mak dia skit2. Aku pun dapat gak jimat coti gitu ..huhuhuhu



Aku ingatkan si Lidya nie lambat bercakap ada kena mengena jugak dengan masalah tumbesaran dia. Atas nasihat doktor, kawan2 dan tak lupa internet, aku dah tak risau dah. Lidya bukannya lambat sangat pandai cakap pun. Dia cuma malas...hehehehe Asik jer dengan dunia dia yang tersendiri. Paling suka tengok rancangan kartun, sampaikan perangai pun dah macam kartun jer aku tengok..hahaha

Kalau pasal bergurau aduuuhh...kalah boys. Hari tu kan..aku ingat kot suara si baby melalak tapi upa2nya dia dok gelak sakan dengan akak dia si Lidya nie. Dok bergurau senda..bergusti...seriau aku tengok...budak umur 2 1/2 tahun dok bergumpal dgn budak umur yang belum pun setahun. Kot la terpenyek si baby Dania nie tak ke haru jadiknya kan?

adoii aii..tu baru jer dpt anak pompuan tuh...kot aku nie dapat anak janz...adeeehhh lagi ar pengsan!! Kalau korang nak tau ar kan..ahli keluarga aku gelar si Lydia nie 'Jerman' sebab dia cakap yang sorang pun tak paham apa dia cakap..hehehehe...hmmm tak lama lagi dia bakal mencecah 3 tahun. Dah sepatutnya pandai cakap untuk ke bilik air. Aku nak latih dia and aku tahu pastinya susah skit sebab dia masih lagi dok terkial2 dengan ayat dia. Tapi kena jugak ar aku latih dia kan. Insya Allah aku pasti boleh..susah macam mana pun aku tau lelama kena gak terima hakikat anak aku dah pandai ke bilik air bila nak kencing berak..ayat selamba direct jer aku nieh..hehehehe

Kakak Julia sekarang nei pun dah pandai cebok sendiri. Sebelum nie aku dok sound tah bersih ke idak, siap si kakak menonggeng soh aku check sendiri bersih ke tak..hahahahaha sabarjerlah. Ok aku nak chow sin yer maklumlah sekarang nie kan sibuk pasal alif wau mim nun wau. Kenalah gak amek tau walaupun tak minat.
Posted by Picasa

Rabu, 18 Mac 2009

Sijil II

Bila dah dapat tawaran masuk ITM tu aku dah tak heran ar pasal keja aku kat bank.  Punyalah terlalu seronok sampai aku lupa pasal perbelanjaan untuk ke sana macam mana.  Pendaftarannya tu semua nak pakai duit.  Tapi Alhamdulillah..semuanya settled dek bapak.  Aku pergi ke sana ditemani oleh ramai ahli keluarga.  Tak aku sangka rupa2nya bapak ada adik sepupu yang dok kat Perlis.

Masa aku masih lagi kerja kat bank tuh..ramai ler ahkak2 dan ahbang2 yang sama tempat kerja dgn aku kata course yang aku amek tu paling susah.  Aku mang tak terpikir langsung hal yang susah..almaklumlah sebab terlebih gumbira dpt tawaran belajar ke IPT ar katakan.  Aku tolak tepi semua pandangan negatif dorang.  Pada yang penting aku dapat ke sana untuk belajar sebaiknya.

Bersusah payah makbapak dan ahli keluarga yang lain mengiringi pemergian aku ke Itm tau.  Maklumlah kami nie bukan golongan orang yang senang lenang.  Kiranya aku adalah perintis dan contoh kepada adik2 sedara terutamanya adik2 aku sendiri untuk belajar setinggi yang mungkin.  alahaaii...ayat skema sungguh...

I tell u eh...i sekolah menengah kat sekolah kebangsaan.  Tetiba belajar DIA (diploma in accoutancy) all are in English except for Pendidikan Islam.  Oh ya, aku cuma join Kesatria time freshies jerk ek lepas tu aku terus masuk sukan.  Tak koser aku nak gilap kasut mc'donald tu tiap kali ada pebarisan.  Tapi tulah aku mang ler terkezut ko..kena belajar from scratch in English.  Dah ler aku tak amek subjek Add Math..ahhh mang tension aku dibuatnya. Nak kata aku nieh lemah tu takdelah tapi all terms ko dah paham dlm BM tetiba kena belajar BI mang harusler ko tension.  Tul tak?  Tak betul...

Adik2 (khas yang ada working parents)...ingat yer...apa la sangat yang korang nak tension pasal belajar nieh?  Bukannya korang kena pk susah nak korek kat mana duit untuk belajar.  Korang nak beli buku pelajaran korang cakap jerk kat parents korang...jam2 tu gak parents korang beli kan, betul tak?  Yes..of course ar parents korang mengeluh tapi takdela diorang nak lepas tangan soh korang benti belajar kan?  Korang just ingat dalam pala otak..that is..your main job is to belajar as hard n smart as possible so that korang boleh balas balik jasa makbapak korang bila korang dah kerja.  eleehh..silap2 korang keja sesenpun korang tak hulur kat makbapak korang tau.

ok back to my main story..cut to short jerlah ek..maleh aku nak citer panjang lebar..aku cuma belajar sekerat jalan. That is tak sempat pun amek diploma.  mak bising..bapak plak frust dengan keputusan aku.  Kenapa aku belajar sekerat jalan?  Kenapa aku just tak tukar course kepada course yang lebih mudah?  Well..aku belajar sekerat jalan jer sebab CGPA aku tersangat rendah.  Aku belajar atas tanggungan sendiri no scholarship.  The main is aku not really study..aku main2.  Aku pikir lebih baik aku bekerja jerk.  Sebab setiap kali mak hantar duit mak selalu cakap tentang keadaan kewangan keluarga..aku rasa aku nie beban berat kat mak n bapak.

Mak cakap aku malas belajar sebab masa tu aku dok hangat bercinta.  Ohh..tidak..bukan sebab cinta aku jadik malas belajar pun.  Yer aku bercinta masa tuh tapi percintaan la memberi aku semangat untuk terus belajar.  Tapi aku bercinta bukan dalam kampus.  Masa kat ITM tu bf aku (ex-bf) selalu beri galakan untuk aku belajar sebaik mungkin.

So...bila dah berhenti belajar tuh aku dok umah.  Tak lama lepas tuh aku bekerja.  Yerlah kan kalau dah rasa bersalah tu takkan nak buat derk jer.  Aku rasa aku patut balas kepayahan dan malu yang makbapak lalui dengan menghulur sebahagian gaji aku kat diorang.  Dengan perasaan bersalah tu jugaklah aku tanggung belanja majlis pertunangan dan perkahwinan aku.

Aku bernasib baik sebab by the time member2 aku grad., kegawatan ekonomi (remember 97-98?)pun berlaku.  Ramai member aku yang belajar kat ITM tuh payah nak dpt keja.

Adik2 semua yer..kalau dah belajar tuh belajar la bebetul.  Jangan jadi macam akak yer..tak amek serius dengan study.  Akak nie cuma bernasib baik dan bukan semua orang nasibnya serupa.

Bila akak tengok orang pakai topi utk grad tu kan..jeles jerk akak rasa..  How i wish i could turn back the time.  Menyesal sungguh tak belajar elok2.

Itulah citer aku..harap adik2 pilih subjek betul2.  Dunia sekolah dgn dunia kolej tak sama.  Dunia kolej menuntut kita lebih masa untuk belajar.  Ingat tau jgn jadi macam akak...huhuhu

Selasa, 17 Mac 2009

Sijil

Kisah nie selalu bermain di fikiran aku. Aku dok ar terpikir elok ke tak kalau bercerita tentang kisah nieh. Kisah nie jugak selalu membuat aku rasa sedih sesangat. Selain tu ada gak la benda lain tapi hal lampau nie gak yang sentiasa buat aku rasa kesal..geram..marah pada diri aku sendiri. Apa kah bendanya?

Ok bukan senang aku nak cerita benda nieh. Aku tak pernah bukak cerita nie pada sesapa pun kecuali mereka yang rapat sahaja mengetahuinya. Yerlah kan saper suka citer benda tak baik diceritakan pada orang lain.

Niat aku bukan nak membuka pekung di dada..malu ar kan. Aku harap apa yang bakal aku ceritakan nie jadi satu pengajaran pada adik2 semua terutamanya yang baru jer dapat result SPM baru2 nie. Aku citer nie sebab lepas aku baca entri kak sya. Harap2 adik2 semua jadikan lah kisah yang berlaku pada akak nie sebagai satu pengajaran ok?

Di awal aku berblog lagi aku nak bercerita tapi aku simpankan jer. Tapi hari nie aku rasa 'terberani' pulak nak cerita. so..inilah citernya yer..

Masa aku dapat result SPM iaitu awal tahun 90an..aku happy sesangat..time aku di kira aggerate. Aku dapat pangkat 2 with aggerat 26 kalau kurang 2 dpt ar pangkat 1. Aku gembira sebab dalam keadaan demam kuat (sampai meracau beb) aku dapat gak aggregrate yang baik.

Aku dalam aliran perdagangan tapi aku tak ambik subjek sejarah walhal aku dpt kredit c3 ms SRP(skrg PMR). Masa member baik aku nak test for this subjek aku byk tolong dia. yerlah kan..masa tu aku takde saper nak mintak tolong..abang aku dengan dunia dia jer..so, terkapai2la aku sendirian. Lagipun masa tu yang amek subjek sejarah terlalu ramai sedangkan subjek sastera boleh dikira dengan jari jerk.

Aku pun mula ar amek borang Itm(la ni Uitm). 1st time isi of cos lah banyak cacat celanya. jadinya tak delah aku berjaya. Dalam pada yang sama sekolah pun ada tawarkan masuk form 6. tapi aku buat derk..sebab aku kesian kat mak..masa tu aku ada 3 org adik lagi nak belajar. 2 menengah dan sorang sekolah rendah. aku jadi tak sampai hati..ramai gak kengkawan aku heran naper aku tak nak masuk form 6 tuh sedangkan dorang tau result SPM macam mana.

Bila dok umah aku tolong mak jaga budak-budak seramai 5 orang yang berusia dari 1thn ke 4thn. Sebelah petang lepas budak2 nie balik, mak soh aku gi belajar menaip. Tak mahal sangat pun kata mak. Oklah.. Dalam pada tu ada gak ramai member2 sekolah aku yang tak dpt sambung belajar bekerja di serata pasaraya. Aku ada cakap kat mak nak keja kilang tapi mak tak bagi. Dia takut dengan macam2 citer yang dia dengar.

Dalam pada tu aku ada gak memohon kali ke2 ke Itm Diploma in Accountancy..mana tau kot leh gak dapat. Yer memang aku minat sgt2 akaun nieh. Dari kelas SRT(sains rumahtangga) naik tingkatan 4 terhegeh2 belajar akaun..

Dan dalam pada tu jugak aku dapat peluang bekerja di bank sebagai kerani. Terkejut gak kengkawan aku yang len termasuk la ada sorang makcik sedara yg dok dkt dgn umah aku(dah la taknak rekomen aku keja kat tempat dia..mcmlah aku nie tak layak jer keja bank bila dia heran camner aku leh dpt keja bank tuh).

Tapi aku keja bank tu pun tak lama sebab aku dapat tawaran melanjutkan pelajaran ke Itm nun di cawangan Arau, Perlis. hah ko sekali dapat nun jauh ke Utara. Makbapak tentulah happy sesangat sebab tak ramai masa sedara aku yang dpt sambung belajar ke pengajian tinggi. Lagipun aku nie antara cucu pompuan yang paling tua kenalah ada contoh terbaik untuk adik2 aku yang lain.

sambung.....

Rezeki

Sempena coti sekolah yang hanya seminggu ni jerkan..aku takde gi memana pun..hahahahaha (gelak cover line tak dapat balik jumpa mak bapak). Aku selalu dok sebut nak balik KL..nak balik KL..hubby diam jer. Aku tau deep down hati dia sure rasa bersalah sebab tak dapat nak bawak aku balik jumpa makbapak. Tapi kena gak ar buat muka toyer (bukan toyol) so that hubby kesian kat aku sebab rindu kat makbapak aku..huhuhu

Hubby pun bukan tak suka join dengan family aku tu. Tapi dia malas nak mintak pinjam keta ayah dia. Keta yang kitorang dok ulang alik gi keja (Alhamdulillah..masih lagi ok buat masa nie) tak leh bawak gi jln jejauh. Hubby cakap dia tak cukup fulus kalau tukar keta baru. Kesian gak kat hubby tapi aku takleh nak terus menerus kesian dan tolong hubby. Kena ar hubby pk sendiri camner nak buat. Aku pun kena gak pk untuk diri aku dan anak2. Hal duit tersangatlah sensitifnya bagi suami isteri. Mang boleh jadi gaduh besar dibuatnya (pengalaman masa memula kahwin nieh).

Dulu2 hubby selalu gak mintak aku tolong dia..konon2 bagi dia adalah kewajiban bagi aku untuk tolong dia sebab dia dah bagi aku kebenaran untuk bekerja. yerlah kan tujuan kita bekerja pun untuk tolong suami kita kan. Tapi pertolongan dan bantuan dari segi kewangan takdelah sampai diri sendiri punya keperluan kita tak diambil kisah langsung. Dia susah kita tolong..kita susah sapa tulun? Dalam hal sebegini aku dah belajar aku dah tau sepatutnya aku kena lepaskan diri aku dulu then barulah aku tulun hubby. Bukan setiap kali dia tanya aku berduit ke tak aku kena jawab ada..kena gak aku kata tidak. Aku taknak hubby tau yang aku nie selalunya berduit..nanti jadik terbalik dia lak bergantung kat aku patutnya aku bergantung kat hubby.

Kenapa mesti takut nak bagitau hubby yang kita beli itu ini dengan duit kita sendiri? Takkan lah nak tunggu hubby bagi? Berjawittlah weeii.. Dalam keadaan aku nieh..aku tahu tahap kewangan dan kemampuan hubby jadiknya takdelah aku nak 'menadah' menunggu jer kan. Kenalah aku guna duit aku sendiri untuk kepuasan diri aku sendiri. Tapi aku takdelah shopping sakan macam aku sebelum kahwin pun. Aku tengok pada keadaan aku jugak ar kan kot nanti tak sampai cukup bulan aku gak yang susah.

MIL pun ada gak tolong esp part belikan baju dan mainan untuk the angels. Kalau aku gumbira apatah hubby kan. Naik lemak ler kami..hehehehehe. Alhamdulillah..rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari..betul tak? betull...!! Tapi aku pun tau gak malu weih...selalunya aku ada gak beli untuk anak2 tapi takdelah beli memahal. Alah..aku selalu beli yang murah2 jerk. Baju yang berjenama aku beli bila ada sale jerlah. Kalau untuk aku pun macam tu gak.

p/s: Yang sebenar2nya..hubby nie bukan tak cukup fulus..hubby dok tunggu keta ayah dia sebab ayah dia bakal nak beli keta baru tolak keta hubby dok pakai nie..cenekeh hubby nieh kan? heheeheheh

Jumaat, 13 Mac 2009

CAMPUR

Hari tu tajuk rehat tapi citer pasal hubby.  Hari nie tajuk 'campur' tak taulah kena ke tak dengan apa yang bakal aku taip nieh.  Korang baca jerlah ek sebab selama nie pun korang baca jer and takde penah tinggal komen pun kan...huhuhu.  

Okay kalau korang nak tau ar kan (macam la korang nak tau sangat kan?)..Aku dengan hubby dari sebelum kahwin sampaila sekarang nieh kan ada jer benda yang kitorang selisih pendapat.  Kadang tu pasal kecik pun aku leh nangih.  Silap2 aku ngan hubby tak bertergur sapa sampai 2 hari (tu paling lama ar tuh).  Aku nie takdelah moody sangat eceeh...macam tak caya jerk..ayat skema nieh.  Kalau tetiba aku 'jammed' dengan hubby siaplah mang aku moncong then sorilah kot aku nak balas cakap hubby tuh.  Hubby nak pujuk? haramm..dia buat derk lagilah.  Dia tunggu aku cool then baru dia cakap if still not ok gak dia lagi ar buat tak reti.  Kata dia nanti aku nie naik mua kalu dia asik nak pujuk aku.  Alaa..sesekali pujuk takkan aku nak mua lak..muak tu ada ar..hahahaha..

Hubby dolu2 masa memula kahwin mang ler tak reti nak buat keja umah tapi sejak kena sound direct dengan aku sekarang nie nie ghajin ler nak wat keja2 umah.  Kalau dulu nak lipat kain pun tak reti sekarang dah boleh dah..dulu lepasa makan letak jer pinggan kat sinki tuh la nie siap basuh bagai...dulu tak reti nak tekan punat mesin basuh la nie dah pandai dah..dulu tak penah sidai kain(singkap kain selalu..kikikikik) la nie dia yang buat..dulu tak reti buat susu anak..la nie dia dah pandai dah..(pssst..kakak tak suka, tak sedap kata kakak).

Nak tau apa aku sound dia?  Dulu sebelum nieh kan kitorang dok dengan mak dia.  Balik keja jer aku ler yang tolong MIL buat semua keja umah kecuali memasak.  Then adik hubby lak dah start keja..keja umah pun bertambah.  Takkan aku nak soh SIL tolong kalau dah mak n abang dia sendiri pun tak suoh kan? Memula tu ok gak aku leh ar terima sebab dok menumpang umah orang kena ar pandai buat keja umah.  Tapi lelama aku fedup ar.  Aku pun keja gak.  Bila aku tak buat hubby bising naper tak buat.  Aiihh..berangin n berasap ler aku jadiknya.  Tapi aku takdelah jam jam tu gak aku sound direct.  Mula2 aku komplen ar aku penat sebab aku nie peknan dah tu kena tolong wat keja umah (walaupun tak seberapa n tak berat).  Hubby nie wat derk jer.  Aeihh..kalau sekali dua cakap tak gak paham, aku guna lah cara lain..physko ar apa lagi.

Ayat2 sound tuh aku guna pakai masa dalam keta.  Konon2 citer pasal kawan dok ngadu hal hubby yang tau nak bising jer kalau umah sepah, kain tak lipat, pinggan mangkuk tak berbasuh.  Tolong memekak apa kes ar kan..aku pun konon2 nak tolong kawan aku pun sound ar..'kalau dah sesama carik makan, sesama kena maki dek bos or customer, sendri mau ingat ar beb'..'cakap jer direct kat laki ko'..eceh..hubby pun sure ar terasa kan..nak pulak bini dia tuh kan sarat dgn anak no. 3..menjadik ler.  hah..taulak hubby tu dok merungut penat wat keja umah..hahaha..  Aku selamba jelah..baru jer buat dah mengeluh org dah bertahun2 mengeluh pun awak buat derk jer..

Tapi bila dok sendiri nieh kena ar sesama tulun..aku masak hubby jaga anak..then lepas makan hubby basuh pinggan mangkuk..kadang tu (selalu) masing2 ngelat time nak wat susu anak..hubby selalu lepas sebab kakak mang tak suka hubby bancuh susu..yerlah kan apa2 dari air tangan mak kan mang sedap? hehehehe

selamat berhujung minggu yer...

Rabu, 11 Mac 2009

Rehat



Semenjak aku berpindah dan dok umah sendiri, hubby dah wat alasan untuk jarang balik KL. Katanya apa guna ada umah sendiri kalau asik nak berjalan jer. Dan ada ketikanya bila aku nak dijemput dek parents aku dia lak tarik muka. Kalau dulu dia tak kisah pun. Kalau dulu tu dia ok kan ajer.




Konon2 la nie alasan yang dia gunapakai ialah tak leh nak berenggang dengan aku dan the 3 angels. Eleh..sebenarnya takleh nak berenggang dengan anak2 jer dengan aku dia mang tak heran pun. Hal nie kekadang buat aku jadi serba salah. Parents aku dok ingat aku semakin lupa kat dorang sedangkan at my hubby side lak dok tarik muka kalau aku nak balik umah parents aku tu.




Kadang2 tu aku bengang dengan hubby sebab selalu buat aku jadi serba salah. Bila aku cakap aku nak amek coti pepanjang untuk lepak dengan parents dan adik beradik aku dia dah hangin jer. Dia cakap dia pun nak gak abihkan masa bercoti dengan aku. Hari2 dok ngadap pun dia leh cakap macam tu.




Tapi kadang2 tu aku 'lepas' jer balik ke umah parents aku dengan the 3 angels tuh. Tapi tulah walaupun aku 'bebas' ada gak yang tak siok nya. Sure parents aku tertanya2 naper susah sangat hubby nak melawat dorang. Parents aku dok ingat hubby macam tak suka jer dengan dorang. Aku kadang2 lepas gak cakap kat hubby bout sikap dia tuh. Tapi tulah dia buat muka derk jer as if takde benda jer.




Adik beradik aku pun kadang2 'laser' kat aku. Macam orang tak berlaki jer. hah ko sakit jer hati dengar tau. Sedih? Dah tentulah aku rasa sedih tapi hubby pun bukannya kisah pun. Dia lagilah buat muka selamba.




Nak kata hubby aku tu tak suka bercampur dengan orang , tak gak. Dia ok jer dengan semua orang. Peramah sangat tu taklah tapi bolehla dibawak berbual dan bergurau.




ishh..maleh tul nak ingat ar. jom tengok gambar my angels...




Jumaat, 6 Mac 2009

Dividen

Kita masih lagi di awal tahun 2009..ada yang baru jer dapat bonus dan ada jugak yang langsung takde bonus termasuk kenaikan pun ilek (kesian). Ada jugak yang dah dapat bonus bulan 12 hari tuh (ada lagi ke bakinya? hehhehe).

Aku dok ternanti2 jer nieh bila ar KWSP nak announce dividen nieh. Tahun lepas bulan 2 hari tu dah announce dah. Aii..nak tunggu Najib announce ker? Almaklumlah bakap Perdana Menteri la katakan. Berapa la agaknya dividen kita(pekerja yang ada KWSP) ek? Tahun lepas 5.8%..silap2 tahun nie kurang sebab alasan ekonomi down. Hampeh jer..

Kenapa aku sibuk pasal dividen KWSP nie? Laa haii..dah tentulah itu satu jer simpanan yang aku dok ada..hahahahaha. Nak harap ASB? hhmm..long gone ar ada pun ciput jerk.. Sebenarnya aku dok sibuk pasal dividen KWSP sebab nak kuarkan ler untuk loan umah aku tuh. Ada gak extra duit nak shopping eh..silap nak simpan masuk ASB nanti.

Aku dok 'usha' gak bila umur hubby nak 50 (aku lambat lagi). hhmm..hubby nie kedekut skit (banyak) kalau pasal duit dia. Sebab tu kalau aku beli apa2 kat umah nie or untuk the angels aku sure claim..dapat or tidak..mulut aku sure pok pek pok pek bising baper dah aku belanja. Kalau untuk diri sendiri jer aku selamba jerlah belanja..hahahahaha

oklah..aku tengok dok pening apa aku nak buat this weekend...silap2 kang dok topongap yo kek ghumah nun hah..hahahahahah

anyway...happy weekend yer kengkawan...

Rabu, 4 Mac 2009

Sakit...


Korang ghaso2 kan nie gambar apo nie? Hah..Jangan salah paham yo dik non..ni gambar tapak kaki eden yo.  Dah dokek ompek(4) haghi eden jalan mcm mulo2 nak baik daghi patah kaki maghin.  Hari pertama tu takla sakit bonar semakin hari semakin sakit lak.  Tapak kaki bongkak tu hah..ubek den tulah hah minyak gamat yo.  Haiiyolah..dah nak tokono kan..nasiblah kan.

Apo punco eh?  Nak den kobar an ghaso malu pun ado.  Mato den nie patut kono bagi yo kek oghang buto nun hah.  Sib baik den tak tergolek maso den tokono bondo alah tu hah.  Den tokono kek umah den maso ghamai2 tulah.  Takdo nak malu2 do, mang sakit gilo.  Apolah nasib den..bebudak buek sepah kono kek den.  Sib baiklaa den yang kono kot bebudak ko oghang tuo ko (den mudo laei yo...heheehe) eii..tak taulah kan?

Yang den sodih tu kan, bos den buek tak ghoti yo.  Alangkan oghang len yang datang opis nie pun leh nampak ado gak nak menanyo kek den apo kono den jalan dengkat dengkot.

Den topijak bosi fail cd kek ghumah.  Tapi leh laie den dukung si kocik tu poie umah motuo den.  Adooiii aiii..sakit eh ai.  Laki den takdo la bondo lain dok suoh den MC.  Kot mc dok umah soghang samo yo kek opis nie hah.  Beklah den dok opis buek kojo.

p/s: nasiblah sapo yang tak paham tu yo.....hahahaha

Selasa, 3 Mac 2009

Meriah!!

Hari Sabtu hari tu memang hari aku bekerja.  Siang MIL dah mintak aku bercoti sebab persatuan Wanita Islam tempat dia tu ada program.  Aku dah serba salah, so aku SOS adik aku kot dia leh datang ke Seremban dan tolong aku jaga 'charlie's angels' aku tu.  Ateh pun amat memahami situasi aku maka dia pun bersetuju.

Hah..ko hari Jumaat malam tu aku dok ingat Ateh jer yang datang.  Hah ko..sekali yang datang semua family aku termasuk lah abangcik.  Hati aku tentulah melonjak keriangan.  Memang meriah betul dibuatnya.

Aku abih keja hari pun bapak jemput..heheheh (teringat masa keja kat PJ dulu).  Lewat petang hujan turun mencurah2 sempat gak adik sepupu aku yang baru abih keja jugak menyinggah kat umah aku.  Malam tu kami pegi main bowling.  Sorang 2 games.  Kami 5 beradik jer hubby tak ikut sebab dia gi Stadium Paroi.  Alang sempat ler menyoping satu handbag.

Ada satu insiden kat Kopitiam Seremban Parade yang memang menyakitkan hati aku sekeluarga.  Dah lah layanan dia hampeh boleh pulak dia terlebih caj kitorang.  Kalau dah resit tu on the spot aku leh nampak dia overcharged apatah lagi kalau aku check bebetul.  Tapi tulah si Alang boleh pulak 'ter'buang resit yang kitorang dah bayar.  Cet..hampeh!!  First and last ler kami pegi situ.  Baik gi makan pizza hut..huh..menyesal sungguh dibuatnya.

Malamnya abang dan abangcik nak balik sebab masing2 kena keja.  Sempatlah kami lima beradik bergambar kenang2an.  Nak letak sini? eeeiii tidaklah dengan keadaan aku yang very der gemuk ini. 

Hari Ahad kami tak pegi kemana2 sebab adik bapak (mama kitorang panggil) datang bawak lak sambal ikan talapia untuk makan tengahari.  Kitorang kat umah lak dah siap masak sayur bayam tumis air untuk bebudak, ayam lemak cili api, cendawan goreng tepung.  Special request dari bapak bayam goreng tepung jugak.  hmmm..sedap weih...tau2 jer dah licin semuanya.

Malam tu semuanya pun siap2 nak balik dah...weekend yang seronok beb!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails