Jumaat, 27 Mac 2009

Aku rindu...

Tup tap tup tap dah pun hujung bulan Mac.  Yang dapat gaji dok senyum dan yang belum gaji dok la menghitung hari.  Ada lak yang dah bergaji lepas tolak hutang dok gigit jari sambil menghitung hari gaji bulan depan..hehehehee

Yang seronok sekali hutang lama yang dah hampir putus asa nak ditagih tetiba dilangsaikan..ada gak la duit lebih...syukur Alhamdulilah.

Hujung minggu nie nanti aku tak dapat nak pegi kemana2.  Eishh takde sebab no money ler tapi sebab kawasan perumahan aku nie dok buat sambutan Maulidur Rasul ler.  Best gaklah kan area umah aku nie ada jer aktiviti nak dibuat.

Dah hampir 2 bulan aku tak balik jumpa mak bapak.  Jarang sekali aku tak balik sebegini lama.  Mak dah rindu sangat2 dengan cucu2nya (spt yang Ateh dok bagi tau aku dalam tepon).  Aku bukan tak nak balik KL tu tapi keadaan tak mengizinkan.  Ada jer benda atau hal kat sini yang membuatkan aku tak dapat nak balik.

Hubby pun diam jer bila aku sebut pasal nak balik KL.  Aku tau sangat hubby rasa bersalah dalam hal nie.  Kadang2 aku geram dan sedih dengan hubby.  Tapi bila aku pk balik, hubby tak leh dipersalahkan.  Hubby tu seboleh2 nak buat aku happy tapi kadang2 (kadang2 ker?) hubby guna kuasa 'veto' dia utk membuatkan aku hanya diam seribu bahasa.  Benci tau bila orang guna kuasa 'veto' nieh.  Ini dinamakan penyalahgunaan kuasa tau.

Tapi aku rindu dengan makbapak.  Rindu nak borak2 dengan dorang.  Tapi...kang kot aku call sure bapak tanya bila nak balik..hah menggelabah nak jawab.  Tengoklah nanti bila keadaan mengizinkan pastinya aku akan berlamaan untuk melepas rindu dendam aku kat mak ngan bapak.

p/s: tak besh ar..esok kena keja..benci betul keja hari sabtu..siap pepagi utk keja steng hari..tak berbaloi langsung..!!

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails