Selasa, 3 Mac 2009

Meriah!!

Hari Sabtu hari tu memang hari aku bekerja.  Siang MIL dah mintak aku bercoti sebab persatuan Wanita Islam tempat dia tu ada program.  Aku dah serba salah, so aku SOS adik aku kot dia leh datang ke Seremban dan tolong aku jaga 'charlie's angels' aku tu.  Ateh pun amat memahami situasi aku maka dia pun bersetuju.

Hah..ko hari Jumaat malam tu aku dok ingat Ateh jer yang datang.  Hah ko..sekali yang datang semua family aku termasuk lah abangcik.  Hati aku tentulah melonjak keriangan.  Memang meriah betul dibuatnya.

Aku abih keja hari pun bapak jemput..heheheh (teringat masa keja kat PJ dulu).  Lewat petang hujan turun mencurah2 sempat gak adik sepupu aku yang baru abih keja jugak menyinggah kat umah aku.  Malam tu kami pegi main bowling.  Sorang 2 games.  Kami 5 beradik jer hubby tak ikut sebab dia gi Stadium Paroi.  Alang sempat ler menyoping satu handbag.

Ada satu insiden kat Kopitiam Seremban Parade yang memang menyakitkan hati aku sekeluarga.  Dah lah layanan dia hampeh boleh pulak dia terlebih caj kitorang.  Kalau dah resit tu on the spot aku leh nampak dia overcharged apatah lagi kalau aku check bebetul.  Tapi tulah si Alang boleh pulak 'ter'buang resit yang kitorang dah bayar.  Cet..hampeh!!  First and last ler kami pegi situ.  Baik gi makan pizza hut..huh..menyesal sungguh dibuatnya.

Malamnya abang dan abangcik nak balik sebab masing2 kena keja.  Sempatlah kami lima beradik bergambar kenang2an.  Nak letak sini? eeeiii tidaklah dengan keadaan aku yang very der gemuk ini. 

Hari Ahad kami tak pegi kemana2 sebab adik bapak (mama kitorang panggil) datang bawak lak sambal ikan talapia untuk makan tengahari.  Kitorang kat umah lak dah siap masak sayur bayam tumis air untuk bebudak, ayam lemak cili api, cendawan goreng tepung.  Special request dari bapak bayam goreng tepung jugak.  hmmm..sedap weih...tau2 jer dah licin semuanya.

Malam tu semuanya pun siap2 nak balik dah...weekend yang seronok beb!!

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails