Selasa, 17 Mac 2009

Rezeki

Sempena coti sekolah yang hanya seminggu ni jerkan..aku takde gi memana pun..hahahahaha (gelak cover line tak dapat balik jumpa mak bapak). Aku selalu dok sebut nak balik KL..nak balik KL..hubby diam jer. Aku tau deep down hati dia sure rasa bersalah sebab tak dapat nak bawak aku balik jumpa makbapak. Tapi kena gak ar buat muka toyer (bukan toyol) so that hubby kesian kat aku sebab rindu kat makbapak aku..huhuhu

Hubby pun bukan tak suka join dengan family aku tu. Tapi dia malas nak mintak pinjam keta ayah dia. Keta yang kitorang dok ulang alik gi keja (Alhamdulillah..masih lagi ok buat masa nie) tak leh bawak gi jln jejauh. Hubby cakap dia tak cukup fulus kalau tukar keta baru. Kesian gak kat hubby tapi aku takleh nak terus menerus kesian dan tolong hubby. Kena ar hubby pk sendiri camner nak buat. Aku pun kena gak pk untuk diri aku dan anak2. Hal duit tersangatlah sensitifnya bagi suami isteri. Mang boleh jadi gaduh besar dibuatnya (pengalaman masa memula kahwin nieh).

Dulu2 hubby selalu gak mintak aku tolong dia..konon2 bagi dia adalah kewajiban bagi aku untuk tolong dia sebab dia dah bagi aku kebenaran untuk bekerja. yerlah kan tujuan kita bekerja pun untuk tolong suami kita kan. Tapi pertolongan dan bantuan dari segi kewangan takdelah sampai diri sendiri punya keperluan kita tak diambil kisah langsung. Dia susah kita tolong..kita susah sapa tulun? Dalam hal sebegini aku dah belajar aku dah tau sepatutnya aku kena lepaskan diri aku dulu then barulah aku tulun hubby. Bukan setiap kali dia tanya aku berduit ke tak aku kena jawab ada..kena gak aku kata tidak. Aku taknak hubby tau yang aku nie selalunya berduit..nanti jadik terbalik dia lak bergantung kat aku patutnya aku bergantung kat hubby.

Kenapa mesti takut nak bagitau hubby yang kita beli itu ini dengan duit kita sendiri? Takkan lah nak tunggu hubby bagi? Berjawittlah weeii.. Dalam keadaan aku nieh..aku tahu tahap kewangan dan kemampuan hubby jadiknya takdelah aku nak 'menadah' menunggu jer kan. Kenalah aku guna duit aku sendiri untuk kepuasan diri aku sendiri. Tapi aku takdelah shopping sakan macam aku sebelum kahwin pun. Aku tengok pada keadaan aku jugak ar kan kot nanti tak sampai cukup bulan aku gak yang susah.

MIL pun ada gak tolong esp part belikan baju dan mainan untuk the angels. Kalau aku gumbira apatah hubby kan. Naik lemak ler kami..hehehehehe. Alhamdulillah..rezeki jangan ditolak musuh jangan dicari..betul tak? betull...!! Tapi aku pun tau gak malu weih...selalunya aku ada gak beli untuk anak2 tapi takdelah beli memahal. Alah..aku selalu beli yang murah2 jerk. Baju yang berjenama aku beli bila ada sale jerlah. Kalau untuk aku pun macam tu gak.

p/s: Yang sebenar2nya..hubby nie bukan tak cukup fulus..hubby dok tunggu keta ayah dia sebab ayah dia bakal nak beli keta baru tolak keta hubby dok pakai nie..cenekeh hubby nieh kan? heheeheheh

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails