Badan aku dah kuar segala ruam. Muka aku bengkak..bibir lak byk yang kena ulser..(tak dpt nak kiss kiss ngan anak2 ku..n daddynya too..huhuhu)
Korang rasa hujung minggu aku akan best ker? Adeeehh...memang sungguhler tak bestnya. Semalam aku menggatal ler call bapak. Konon2 nak ler ngadu tak sihat nieh. Hah..ko kena berdas2 bapak sound aku pasal dah lama tak balik. Ceeh..baru nak manja kena sound lak..aissh..aku nei pandai ngelat..cepat2 ler aku tanya petua kat bapak nak kurangkan rasa panas badan aku nie hah. Cewaah..barulah lepas tu bapak cakap lembut soh gi beli 100 plus ar..air badak (bukan dari badak tau)..air kelapa. Hah....ko semalam gak aku tutuh bagai nak rak air tu kecuali air badak...sebab aku terlupa.
Datang kerja hari nie dengan muka yang skit punyalah 'canteek' haruslah bos aku pun naik risau. Don't worry...aku cuma rasa panas jer. Hari nie dlm sejarah aku bawak air mineral sampai 2 botol besar. Aku rasa ar kalau toilet tu pandai cakap dia pun reti nak sound aku kurang2kanlah minum air tuh. Well...nak cepat baik kenalah minum air putih banyak2 kan?
Jadi...untuk hujung minggu nie punya aktiviti yang pasti adalah...tido jerlah. Aku tak larat nak pegi sana sini. Nak pegi baby baru lahir pun tersangatlah tak sesuai. Senang jer baby berjangkit nanti. Baik ar dok umah diam2 jer.
SELAMAT HUJUNG MINGGU YER!!
Dunia penuh dengan corak dan warna warni kehidupan maka terpulanglah untuk kita membuat corak dan warna yang kita ingini, usah dikesali dengan corak dan warna yang dipilih tapi pelajarilah untuk memperbaikinya.
Tiada ulasan :
Catat Ulasan