Khamis, 16 April 2009

'Mengemas?'


Gelagat dua orang kanak2 ini konon2 menolong mak dorang kat dapur yang sedang memasak. Ayah mereka tak diketahui ke mana menghilang tatkala 2 orang anak dia ini membantu mak mereka di dapur..huhuhu

Si Kecik tu pun tak padan dengan kecik. Sempat lagi dia nak posing tersengih depan kamera. Dalam aku dok sibuk kat dapur tu sempat lagi aku amek gambar. Eishh..tak guna ada kamera kalo ko simpan jer kan. Sekurang2nya aku ada gak lah benda nak citer kat blog nieh hehehhheehe..

Baby Dania dah pun menjangkau ke 7.5 bulan. Waahh..cepat tul masa berlalu ek. Macam tak caya jerk..punyalah lasak sampai dia penuh jatuh bedebuk dari katil. Dah tentu lah silap aku gak..konon2 nak amek baju kejab..tak dan aku pusing dia dah pun terbaring ataih lantai melalak sakan. Sib baik takde yang lebam, kalo tak, puasler aku nak menjawab nanti.

Aku tengah dok latih si baby Dania nie berdiri..ececeh..konon2 ar tuh. Tapi aku tengok dia pun dah tegap, dah reti pun nak berdiri tegak meniti2 kat meja, kerusi dan tak lupa gantung kat kaki aku nieh hah. Tak tau ar kot dia nieh sok cepat nak bertatih sok. Dah seawal 4 bulan dia pun dah pandai merangkak..hhmm..what so big deal ar kan, sebab kadang2 bebudak nie bila dia cepat merangkak tak semestinya dia sok cepat nak berjalan. Tengoklah sok macam mana baby Dania nie nanti.

Oh..ya ada satu insiden senja semalam aku marah kakak depan atok dia. Aku sound kakak jangan main2 kat tangga. Aii geram tul..boleh lak dia jawab dengan sore kuat2 "kakak takde tali nak jalan mcm sarkas tu". Hah ko..sampai aku terkeluar perkatan 'pala hotak ko!' kat kakak. Aku nie pun satu hal gak..nak marah pun tak reti nak beragak men suka2 jer taram anak jam2 tuh. Dah tentulah atok dia tak suka walaupun dia diam seribu bahasa.

Tapi adooii..aku tak tau ar kat korang..mulut kakak tuh kalo tak menjawab mang ler tak sah. Rasa2nya aku besar tuh takdelah reti nak menjawab dengan makbapak aku macam tuh. Ker mulut budak 5 (bln Nov ni) tahun memang macam tuh?
Posted by Picasa

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails