Khamis, 9 April 2009

Ok skit

Kepada Cik Tiara and Kak Anie..terima kasih kerna sudi mengambil berat tentang diri ini. Me and my hubby dah ok skit. Dah takde demamnya..dah takde lagi ruam2an tu tapi badan masih lagi lemah. Kami berdua belum ler berani nak makan benda2 yang pedas. Selera makan pun dah ok skit dah nieh...

Biasalah kalau penyakit nie kan datangnya macam kilat..nak baiknya perlahan2 ler. Kot nanti tak laku ler ubat2 kat klinik tu..hehehehe (boleh lagi aku nak melawak kan). Dua hari tak mengarut2 dalam blog rasa len macam jer. Boring semacam jer..heheheee

Selalu blog ar tempat aku meluah rasa..yup aku dah takde diari dah. Aku rasa best lagi dok taip kat sini dan kalu ada masa yang terluang boleh ar aku mengimbas2 citer2 yang lama tuh. Siok kan blog nieh? Tapi tulah bila dok asik tengok blog orang boleh lak terlupa dengan blog sendiri.huhuhuhu..

Aku belum punya waktu (alasan jer nieh) nak telepon mak atau bapak untuk bertanya khabar. (Sebenarnya suspen nak call, takut nanti kena sound sebab dah lama tak balik). hehehehe .. Tak kata gak lah adik sepupu hubby yang baru bersalin 2 minggu lepas pun belum gi tengok lagi nieh. Tak berani nak pergi dalam keadaan kami yang kureng sihat. Almaklumlah baby nie kan cepat terkena jangkitan. Tungguler kami dah betul2 sihat boleh la gi tengok nanti.

Aku dah lama tak letak gambo...isshhh..mana taknya sebab aku sendiri pun dah lama tak amek gambar anak2 aku tu. Si baby Dania tu sekarang nie wuiihhh aii..cukup kepantangan kalu nampak kakak2 dia tengah makan. Siaplah kang dia pun nak join sama. Very the ganas...hampir2 jer aku nak jatuh kan pinggan sebab dia cuba nak gapai pinggan kat tangan aku hari tu. eeiiishhh..tak padan dengan tak bergigi..ada hati nak makan nasi.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails