Isnin, 11 Mei 2009

Hujung minggu

Jarang2 kami (aku & hubby) dapat bersama2 hujung minggu yang panjang. Aktiviti pun taklah yang menarik pun. Hubby dok sibuk nak buang pokok depan umah akhirnya dapat gak dia buat hari Sabtu hari tu. Aku pun dok sama ar sibuk tolong hubby. alahh..takdelah tolong apa pun ..tolong potong tali rafia untuk dia ikat plastik sampah tuh. Alaaa..kira ok ar tuh kan..tolong gak ar tuh. Daripada langsung tak tolong..hahaahha

Aku tak derlah masak beria2 sangat pun. Hubby soh aku buat ikan bakar letakkan daun kari..hhmm kojo sonang..aku ikut jerlah..hehehee. Pastu aku masak sambal udang (utk aku & hubby jer) dan untuk anak2 aku masak ayam masak kicap & kailan goreng. Dah sedap makan..perut udah kenyang..mata pun jadi layu..elok nak tengok tv..tv yang tengok aku..hehehee

Ingat nak ler pegi ke umah mak sedara hubby nak tengok baby tapi tak sempat lak. Dah lewat petang sangat nak pegi pun. Abih tu aku pun ajak hubby gi Dataran S*nawang tuh untuk beli hamper (takkan nak gi tangan kosong jer kan) dan sambil2 kuar bawak anak2 jenjalan. Hubby pun ok jer...katanya lepas Maghrib ler peginya. Oraitler kan.

Eh..tak sangka lak ko..upanya ada Mini Konsert anjuran AADK. Wahh..aku pun ajak hubby makan terus kat P*nang Street. Sambil2 telinga and mata dok melangut kat konsert tuh. Anak2 aku pulak bila dengar muzik yang kuat tak pulak takut..siap berjoget lagi ko. hmmm..tah dari saper lah korang ikut ek? ehem..ehem.. Tapi tulah kojab lak konsert tuh..masa dok gedeng gedang bebudak joget shuffle..tetiba jadik senyap sunyi. Masa tu lak kitorang dah pun selesai makan..apalagi..cha alif but ler.

Sampai umah pun..semuanya dah matapun dah dim jer..tapi si kecik lak dok nak gurau2. Wehh...si kecik nieh gurau..aduuh..very the ganas ler. Habih..mata..hidung..pipi aku dikemamnya. wuiihh..sib baik ler takde gigi. Kalau tak, hhmmm...u know i knowlah the case yer...hehehehe Dalam dok gurau2 tuh..si kecik pun mula ar merengek2..hah..akhirnya dia pun dim! tido ler. aihh..aku pun apa lagi..dim ler sama. Ayahnya? ahh..takde makna nak kaco maknya yer...dia lagi siok dok tengok bolasepak EPL..Liverpool (his fav. team) lawan saper ntah..tak koser aku nak amek tau. Mood baik..aku tengok sama ler ..kalo tak, hhmm sori lah..baik aku zzzzzzz jer.

ok...nanti aku sambung citer semalam lak yer...

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails