Isnin, 15 Jun 2009

Di pagi Ahad itu..

Wah..tajuk dia bukan main lagi kan?. Nak ikut kejadian yang berlaku itu taklah pagi sangat pun. Tetiba jer aku dok sebut 'kejadian'. Memang ada satu kejadian yang berlaku di pagi Ahad tu pun.

Aku ditinggal dek hubby bersama anak2 hari minggu tu. Hubby terpaksa bekerja walaupun hati dia meronta2 nak rileks bersama aku. Bila hubby dah pepi keja..aku pun mula ar 'bersilat' dengan anak2. Aku kerah dorang mandi..dengan si kecik tu pun aku biarkan dalam bilik air dengan kakak2nya. Dah siap mandi..pakai baju semua..aku pun siapkan sarapan.

Si kecik pun dah tau dah..asal lepas mandi jer dia mesti mengengek. Cuma kali nie aku terlewat sikit nak siapkan bijiran dia. yerlah baru teringat..air panas dalam 'flusk' sudah sejuk bedi. Sementara tunggu air masak..aku kemas2 lah umah..kuarkan lauk untuk makan tengahari nanti. Si kecik Dania dah menangis2 meraung. Adeehh...nak tak nak aku pun angkat dia usai aku siap bancuh bijiran dia.

Aku pun macam terer jer..sebelah dukung dia..sebelah lagi pegang cawan n mangkuk bijiran dia tu. Masa aku nak duduk tuh tetiba kuar bunyi..'praakk'. Si kakak Julia..dah sound aku..'eii bunyi apa tu, mak kentut eh?'. Aku diam..antara nak gelak atau marah atau malu..semua campur baur. Masih dengan selamba aku dok dan mula menyuap Dania. Dah nak selesai aku soh kakak amek tuala mandi aku.

Kakak tanya.."mak nak wat apa?"
Isshh..banyak lak budak nie (dlm hati)..alaa..seluar mak koyak la kakak..nanti leh nampak spender mak nieh. Tadi yang bunyi kuat tu bukan mak kentut lah. Jenuh lak nak explain kat budak bertuah sorang nie.
Kakak macam tak caya.."nak tengok..nak tengok"
"apahal kakak nak tengok vontot mak lak, dah gi jer ambik tuala mak tu". Tak banyak songeh lagi kakak pun capai dan hulur tuala mandi aku tuh.

Lepas aku dah selesai menyuap Dania..cepat2 aku bangun gi tukar pakai kain batik aku lak. Cet..seluar tu dah sempit. hahahaha..taknak ngaku dah gemuk cakap seluar dah sempit.. Aku pun tunjuk kat kakak seluar yang koyak tu. Aishh...dah cukup malu citer kat sini takkan aku nak tunjuk gambar lak. Yang penting sekali sib baik hubby takdak..kalau dia ada tu haruslah aku makan hati ulam jantung dengar mulut dia dok ngata aku.

Dah..dah..korang pun kot nak gelak kat aku biarlah sopan skit..tuh air liur tu cover ar..abih skrin pc/laptop kena air liur korang tuh.

p/s: ok..mood monday blues dah tukar? dah gi buat keja elok2 yer..heehehehehe

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails