Rabu, 17 Jun 2009

Rumahku Syurgaku




Dah hampir setahun kami mendiami rumah ini. Sejak aku melahirkan Dania, keluar jer dari hospital, rumah tulah aku duduk. Masa berpantang Dania, mak yang temankan aku lepas tu Ateh lak temankan.

Alhamdulillah..aku rasa sangat bersyukur akhirnya kami mampu miliki rumah walaupun ada sedikit cabaran. Rumah nie tempat persinggahan bapak bila2 dia ke Seremban. Ko..mana boleh bapak tak singgah...menangis aku kang. Dulu bapak tak selesa nak jumpa aku di rumah besan dia. Sekarang nie siap boleh tido baring lagi..hehehe. Sejak aku payah nak balik ke KL nikan, mak dengan bapak dengan rela hati melawat cucu2 dorang kat rumah nie.

Aku..wuiiihaii lagi ar seronok kalau ada orang datang umah aku nie. Lagi ramai lagi lah meriah..betul tak? betul!!

Tanah tepi tu kosong jer tuh...sampai la nie masih kosong. Belum boleh nak tanam apa2 pun sebab terlalu banyak batu2. Tu pun masa memula kitorang pindah tu pun punyalah banyak batu2 besar kitorang buang.

Cantik ke tak..janji dah ada reta sendiri. Sib baiklah ada duit epf..leh gak ar beli umah..kalu tak..pergghh..mana nak cekau ko duit ribu riban bayar depositnya.

Pada yang ada ura2 nak beli umah tu..sila pastikan la yer duit untuk pasang lampu, wiring, gril dan sebagainya. Tak lupa jugak siap2kan jugak duit nak beli perkakas2 penting macam peti sejuk dan mesin basuh. Kot dah ada hadiah kahwin tuh..untungler tapi yang kena beli baru..hah..sebab tulah duit simpanan tu penting ler sesangat.
Posted by Picasa

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails