Sabtu, 29 Ogos 2009

DANIA ERIN SAILA-1TAHUN

Waaaah...29hb Ogos, 2 hari sebelum Merdeka..tau2 jer dah pun genap setahun my baby ini. Sayang tul..lahir 2 hari sebelum merdeka..kalo tak, perggghh..anak merdeka tuuuu.. Tak kisahlah janji dia sihat sokmo.

Meh aku nak imbas kenangan setahun lalu..cewaaahh..kotla ingat lagi yer. Eiiihhh...mestilah ingat beb. Baru 3 jer anak wa tu..hihihihihi. Kehadiran yang mang tak diduga tapi aku redha dan pasrah. Kalau boleh nak gak baby boy..tapi yang keluarnya tu 'leper' jer..pun takperlah..anak gak. Allah Maha Mengetahui segalanya..



Gambar masa dalam pantang..debab jer






Sakit nak bersalin muka aku rasa 2 hari sebelumnya..maklumlah aku dah terlebih dari tempoh hari bersalin. Doktor pun risau tahap gaban..tapi sebab aku punya pengalaman sama dengan 2 anak sebelumnya, doktor pun mengalah. Kalau tak, kenalah aku menanggung sakit dimasukkan ubat. Aku dah rasa daahh..mang eeeiii..tak nak aku 'induce' nieh weih..Tapi harus diingat yer korang terutama bakal2 ibu..kalau korang takde masalah kencing manis ker, darah tinggi ker..doktor pun yakin dengan keadaan korang..boleh korang tunggu betul2 rasa sakit nak bersalinnya yer. Inipun doktor dah sound kat aku..'oohh..lenkali tak mo tunggu lagi lah..bahaya..baby keluar jer dia berak'..aku boleh lagi jawab..'sib baik dia keluar jer berak..kot berak dlm perut lagi bahaya'. hahaha..sib baik banak kat spital swasta weeih..kalo tak, hhmm haruslah ko kena baiiikkknya godam dek mulut menjawab tuh.

Aku awal2 dah call hubby soh dia mai..kul 4 pagi aku masuk bilik bersalin..yang hampeh tuh..dari umah tak sampai pun 15 minit perjalanan..dkt kul 6 hubby baru sampai. Katanya dia mandi n sarapan. Ko..dia panik agaknya..ker dia terlelap..ini kena tanya hubby nieh. Aku pun tak tanya sebab geram n marah dia mai lambat sangat sampai tak sempat tengok baby.

Lepas jer bersalin..lewat petang tu aku dah calling2 kat doktor..nak balik umah..yess kengkawan..aku tak tau lah mana datang kekuatan untuk aku beria2 ke hulu hilir kat spital semata2 nak mintak balik awal kat doktor. Alhamdulillah..aku dibenarkan balik walaupun dah malam. Maklumlah kan masa tu dah dekat puasa..samalah mcm sekarang nie. Mak bapak aku lak dah ada kat umah baru aku tu. Syukur sesangat..dapat balik terus ke umah sendiri ko. So, aku leh ar track time baper lama dah dok sendiri..ikut jer umur Dania nih..heheheeheh






Nie muka budaknya yang diambil 2minggu lepas..
Selamat Hari Lahir Sayang..I love u..jangan nakal2 tau..nama dah cantik, kelakuan pun haruslah cantik barulah padan dengan nama yang mak n ayah bagi tu DANIA ERIN SAILA.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails