Selasa, 18 Ogos 2009

Tiada

Kesian blog aku nieh..seminggu aku tinggalkan macam tu jer. Dah penuh habuk..lalang..dan semestinya ada yang rindu kan aku kan?..[ada yang muntah belilah nieh]

Sepanjang minggu nieh aku dok ghalit dengan FB aku lak..skit lagi jer terabai dah. Yang terbaru..cili2 aku tanam hari tu dah start berbuah..[nie lagi kes terlupa nak amek gambar]. Aku terlupa sebab makpak aku mai datang tengok aku kat Somban daaa.. Biasalah kan..bila dah jumpa family yang dah jarang2 ko jumpa..haruslah rasa syahdu tu terlebih. Rasa rindu pun terluah dengan airmata..eceehh..jiwang karat aku dah mari. Dalam dok hua hua..time2 jumpa family mang aku sebak weih..cakaplah aku manja..aku no hal.

Apa lagi ek..hah nie dah dekat puasa nie..jom ar kita pakat2 tok sah nak membazir2 beli benda makan sampai tak termakan. Apa yang ada tu dah cukup. Puasa nieh untuk mengajar kita mengawal nafsu, ini nampak iklan air dah kecur airliur..hahahaha [tetiba jer aku nie kan?]

Lagi satu puasa nie jugak adalah untuk mengajar bagaimana menjadi orang miskin yang tak mampu untuk membeli makanan apatah lagi membeli baju raya sampai 5-6pasang. Bersederhana..berbanyakkan bersedekah..jangan bila masuk masjid nak letak duit takut duit yang kita sedekah tu kena songlap. Tak yah risau benda tu semua..yang penting kita ikhlas nak sedekah..betul tak? betul..!! Allah swt Maha Mengetahui atas segalanya..[pergggh..skema tul ayat aku kali nie].

Tapi apa yang aku katakan tadi bukannya tak betul pun..aku bukan nak tunjuk baik kat korang, aku pun kena gak ingatkan diri sendiri. Sambil2 tu korang pun sama gaklah ingatkan diri tu. Belum pun start puasa kuih raya dah order dah..[aku lum tau nak beli baper jenis..wakakakaka]. Apalah nak jadi dengan anak makpak nie..langsung tak serius nak bab2 nak perbaiki diri neih. Manalah orang tak panggil aku 'sengal'. Sib baiklah ada orang nak..[eh..aku yang nak orang tulah ..bukan hubby pilih aku..-taknak gak kalah].

Okay..bila aku betul2 ingat sok kan..aku letak gambar cili aku tu yer..[silap2 dah tinggal pokok sok barulah aku letak gambar..ahahahaha]

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails