Jumaat, 4 September 2009

Hujung minggu nie

Esok aku bakal berbuka puasa dengan kawan2 aku masa skolah dulu. Pergghh..mcm tak caya jer nak jumpa dorang. Maklumlah dah berbelas2 tahun dah tak berjumpa..kuasa FB [facebook] punya penangan. Aku mang tak sangka..dari sorang yang aku carik jadi ramai. [psstt..korang, kengkawan aku nie tak tau yang aku nei dok ada blog cuma sorang dua jer yang tau lagipun aku tak letak link blog aku kat fb tuh..hehehehe].

Ingat kot berdua jer berbuka posa dengan hubby. Alih2 ada lak program tak disangka nieh. Pastinya ada ar cerita ceriti kisah zaman sekolah kuar balik..heheehe Maklumlah zaman skolah ar zaman paling best..adik2 yang dok skolah tu..hah korang gunakanlah sepenuhnya zaman skolah..sebab zaman skolah la yang paling siok skali tau.


Hari esok selalunya aku off tapi sebab bos aku coti panjang dia mintak tukar jer dengan aku. Aku pun no hal ar kan..Kebetulan pulak company bagi coti panjang beb..dari 19hb ke 27hb nie..raya sakan ler tapi tulah kena gak tolak coti tahunan [sib baik coti tahun banyak lagi].


Aku dah naik muak dah nak tunggu internet nie masuk umah..dah bertahun lak jadiknya. Ada r surat dr TM bagi penjelasan tapi aku wat derk jer. Rasa macam hampeh jer ar. Rasa nak amek broadband celc$m jer tau tapi tulah rasa malas la pulak. Takut lagging..yerlah wireless nie tak sekuat wired..aku pun tak lak tanya kat sesapa yang dok guna wireless broadband nieh..ok ke tak.


hmmm..pokok2 aku semakin membesar..hubby lak lum gak panggil orang tanam rumput..adeehh nie mesti hubby bajet dah larik nieh. eeisssh..tau arkan time nak raya nie ..kata dia yang penting anak bini dia seronok beraya..cewwaahh..perihatin sungguhla hubby aku nie. Tapi takde rumput..boleng jer umah aku tu tau.. Alaaa..takperlah baru jer dok setahun kan..umah sendiri lak tu..kenalah wat pelan2 dulu. Kot nak wat semua tu mang tak dapek doo..anak2 punya kepentingan pun harus gak diutamakan kan. eceeewaaahh...ayat nak sedapkan hati jer aku nieh tau.


Okaylah geng..aku harap korang puas berhujung minggu sama keluarga. Ingat2 yer kalo kesihatan korang tu kureng..dok jer ar kat umah. H1N1 nie semakin ramai yang kena. So hati2 semua..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails