Rabu, 28 Oktober 2009

Meh gumbira..lalalala

Takde orang dalam dunia ni yang senantiasa gumbira..Betul tak? Betul!! Orang pompuan la selalu nya terlebih 'emo'nya. betul tak? yup betul lagi..sendri tanya n sendri yang jawab..bagus..apsal ler masa skolah tak rajin belajo dulu. Dah tentu la nie aku bukan kat tempat aku sekarang..eh..apsal lak aku tetiba melalut lak nie? tak per..takde orang nak maghah pun kan?

Nie aku nak bagi tau eh..kalo2 korang dah hilang mood nak blog..hilang mood nak cakap dgn kengkawan..hilang mood nak buat keja..kira2 korang adalah moody gitu..sila2lah carik hiburan2 yang bukan kat internet nieh..sah2 korang dok berteleku jer depan pc/laptop tak kuar peluh. Last2 korang gak yang penat..ececeh..layan jerlah si ibu ketam dok ajar anak dia berjalan. Tapi aku rasa betul ar apa aku cakap nieh. Aku cakap macam nie bukan sebab aku nak ajar orang or nak tunjuk pandai. tidak sama sekali yer..aku suka peringatkan diri sendiri. Tak tu kang..ada jer tak kena kat mata hati aku nie.

Bila kita selalu sedih..semua benda yang kita dok pulun buat pun leh jadi tak betul. Sungguh..silap2 ada ar kang jadik mangsa kemarahan or rajuk kita tu. Aku tak suka moody..bila moody aku cepat jer nak berangin. Bila dah berangin tu, hah siaplah mulut aku jadi 'laser'. Bila dah cool baru lah nak nyesal tak sudah. Kita pun tau time kita gumbira..kita cepat lupa. Dan bila kita sakit hati nak lak sebabkan orang lain..sampai bila2 pun kita ingat. Silap2 kita berdendam dan benci dengan si polan.

Perasaan orang pompuan cepat nak terasa..tak kiralah apa rasa..sedih ker gembira ker seronok ker. Aku lak kalau sedih2 tak suka lelama..weeihh ko umur dah cenggini tak hingin ko nak tambah kedut seribu yang sedia ada. Biasanya aku cuba carik kenangan yang mencuit hati..kenangan yang boleh buat aku gembira. Biasanya kenangan mencuit hati tentulah kenangan masa kita kecik2 dulu, zaman masa semua orang dok 'usha' kita..ehehee..hah tengok tu dah pun ada orang sengih macam korang bucuk yoo..

Sedih mang patut ada..airmata mang patut mengalir..tapi bukan untuk lelama beb..paling lama cukuplah ko nak sedih sejam dua pehtu kena ar pikir..hidup harus diteruskan [life goes on]. Suka atau tak, masa terus berlalu. Kesedihan dan kemarahan yang panjang sangatlah tak elok untuk kesihatan..jangan kita asik nak mengenang benda yang boleh merebehkan airmata. Kita ada banyak hal takpun tanggungjawab yang harus dibuat.

Untuk apa bersedih, kalo ianya hanya menambah rasa duka..menambah sakit dijiwa..pergghh..tak leh tehen weih..ayat2 jiwang weihhh.. Kita kena ingat keliling kita pastinya ada orang yang amat sayangkan kita..yang sentiasa mahukan kita gembira. Kalo kita sedih kan ker buat orang yang sayang kita tu risau.. Kita kan jenis yang tak suka nak bebankan or susahkan hati orang lain. So, apa lagi ..take a chill pill baby!..tingat lak citer hindustan kabhi kushi kabhi gham..

Ada banyak benda gembira yang masih belum dan harus kita nikmati.

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails