Jumaat, 4 Disember 2009

Adoii..!!

Sorry gang..aku lambat lak kali nie nak cerita ceriti dengan korang. Bukan takde mood, bukan takde cerita tapi sebab aku MALAS. Hah tu dia hampehdotcom jer kan..? [selamba jer ngaku malas gitu].

Dari aku pegi ikut hubby ke Sri Menanti di hari kedua Raya Haji tu n pertama kali ler dok lalu jalan yang baru tu..perghh..terlebih jer hubby dok komen. Bagus la..kejab la itula inila. Ndak jer mulut laser aku nie kuar ayat2..rasanya balik KL lagi senang per..apsal susah no nak sampai? Tapi tulah kan..harus hubby sentap. Hubby sentap takper..jangan aku sentap kalo, aku sentap..hah jawabnya hubby kedinginan ler tiap2 malam..hahaha

Dua malam lepas..hah nie part sedih nie..aku nak citer pun dah nak kuor ayor mate dah nie. Sedih woo..rasanya macam nak hantok paler kat dinding jer nieh..tapi tulah sib baik Allah swt kurniakan aku anak2 yang boleh tahan lasaknya.

Apsal aku cakap macam tu? Sebab..2 malam lepas anak aku yang paling kecik [so far dialah nie yang paling kecik tak tau r akan datang ..heh heh heh]. Aku nak bukak seluar dia sebab dia o'ok. Masa tengah bukak tulah makanya terjadi kejadian yang tak diingini. Kepala dia terhantuk kat bucu meja..hah ko sebesar bola pingpong benjolnya..dan ada gak skit darah. Pergh..aku tak terus nak 'demah' tapi aku gi cuci ler dulu vontot anak aku tu. Well, lagipun si kecik nie melalak kejab tak sampai seminit. Sebab apa tau? Sebab dia dok usha nak main air...hehehee

Dah selesai tu aku tunjuk kat hubby..hah ko hubby terus ler kelam kabut. Tu nak letak apa tu? Camner tu? Aku rileks jer then soh hubby amek jer towel, nak aku tuamkan kat benjol tu. Tapi sebelum tu aku dah letak dah vicks vapor rub. hah..nie nak bagi tau korang eh..yer mang betul vick vapor rub tak sesuai utk kanak2..tapi korang janganler calit banyak sangat. Calit skit2 dah ler. Kot anak2 lepas mandi pun elok gak letak..sure simptom selsema dia pun hilang. Tak caya cuba buat.


hah..nampak tak benjol kat dahi Dania tu? Cian dia..tapi korang tengok dari mata korang leh tau dia tak nangih..siap nak gurau dengan aku..terkekek2 dia gelak tengok aku dok agah dia..

Sowi sayang..aku cakap kat dia then aku cium kat tempat benjol tu..konon nak redakan sakit dia..


hmm..esok aku off keja..nak ikut hubby gi main bowling kat Seremban Parade. Boleh ar kot bagi kakak chance main 1-2 game sok..ntah2 aku yang main ..hahahaha

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails