Rabu, 30 Disember 2009

Untuk Hari nie..

Dengar ini aku nak berpuisi
Entah sedap entah tidak
tak usah dipeduli
ini hanya untuk diriku sendiri
aku sendiri pun tak peduli..

Kurang dua hari sahaja lagi
apakah azam lama sudah terisi?
apakah yang baru juga bakal terisi?
aku tak pasti..

seronok atau tidak
hendak tak hendak
suka atau tidak
umur kita tetap bertambah

tiada yang suka mimpi ngeri
apatah lagi trajedi
moga2 2009 memberi erti
untuk pedoman 2010 yang bakal ditempuhi..

perggghhh...puisi ke sajak nieh?? bantai jer..konon2 ada r tu bakat terpendam dari dalam..kahkahkah

nota: samalah kita berdoa agar tahun2 mendatang adalah yang terbaik buat kita
semua....amiiinnn..

Tiada ulasan :

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails