Khamis, 26 Februari 2009

Aku dan internet

Dunia aku dengan internet bermula sejak aku mula bekerja sehinggalah diawal tahun 2000. Pernah aku ke cc(cyber cafe) berjam2 lamanya semata2 nak berinternet. Selalunya aku masuk ICQ (adalagi ke?), MSN chat takpun yahoo chat. Siap angkut adik beradik aku skali (aku tolong bayar) balik umah dekat jam 3 pagi. Tapi takperlah sebab dekat jer dengan rumah masing2 dok pakai baju tidor jer..hahahahaha (kelakar betul bila aku ingatkan balik)

Then rumah aku pulak ada internet (dail 1515) (streamyx belum ada). Aku mang taksub sampaikan aku pernah chat dari seawal jam 8malam ke lewat pagi. Hahh..macam2 ICQ yang aku masuk..geng mamak la, mamak kampunglah..dan macam2 lagilah.

Akulah yang dok ajar member opis aku camner nak berchatting. heheehe aku nie memang bagi contoh tak baik kat kawan aku tu. Apa2 hal kalau pasal internet sure dia tanya kat aku. Aku pulak ajar macam2 kat dia. Kadang2 tu kitorang tukar2 info pasal chatting nie. Dari chatting jugak aku berkenalan dengan pelbagai jenis orang dan ada jugak yang menjadi kawan.

Chatting kat internet juga memberi kesan yang amat besar dalam hidup kawan aku tu. Tak perlulah aku citer lebih2, yang penting dia bahagia sekarang.

Then bermula la hidup aku tanpa internet selepas aku berkahwin dan tinggal bersama mertua. Rumah dia masa tu takde internet. Boring sungguh. Aku rasa betul2 terkebelakang. Sehinggalah mak mertua aku pujuk suami dia pasang internet..waaaahh..meriah betul aku rasa hidup aku. Dan kebetulan juga opis aku pun ada internet, lagilah meriah hidup aku.

Aku mengetahui dunia blog sudah lama tapi aku takut2 nak memulakan dan aku tak tau nak mulakan. Tak aku sangka jugak kawan yang menjadi tempat luahan segala citer juga mempunyai blog. Bila dia dah termengaku tu aku paksa dia bagi tau aku nama blog dia. ahhh..kenangan lama bila ingat memang buat kita tersengih jer kan?

Kini setelah hampir 4thn berblog..aku jadi semakin lama semakin malas..semakin ingin menjauhkan diri. Aku jadi lemas..ececehh...jiwang karan konon...tapi tak taulah kan, mungkin esok lusa aku bertukar fikiran. Aku rasa macam dah tak best jer. Dulu segala mak nenek skyp$, ym, msn aku dah 'on' dah. Aku dah boringg tau..boring sebab sampai la sekarang nie umah aku takde internet..(aiihh..korang tak baik tau gelakkan aku).

Mintak2 cepatlah internet kat umah nie...pakai handphone NOKI# tu tak laju ar weiihh...

Rabu, 25 Februari 2009

Bestnya kalau aku....

BESTNYA KALAU AKU JADI BOS...

- Aku akan pastikan pekerja aku sentiasa nak majukan diri dorang dan aku akan sponsor dorang belajar kat IPTA
- Aku akan bagi bonus (tak banyak skit pun takper) tiap2 tahun
- Tiap2 tahun bawak dorang gi jenjalan dalam negeri siap duit poket minimum RM100/-
- Insentif untuk pekerja yang setia dan jujur
- Bagi dorang option kerja kat rumah (kalau yang ada anak kecik) tapi gaji yang rendah
- Bukak pusat jagaan kanak2 untuk pekerja aku yang takde tempat nak hantar anak dorang
- Pekerja aku tak payah nak pakai pakaian pejabat asalkan pakaian dorang tak menjolokkan mata dah cukup bagi aku.
- Sentiasa mendengar keluhan masalah pekerja.

TAPI AKU nie PEKERJA..maka kat atas tuh cuma ANGAN2 aku untuk dapat BOS macam tuh...hmmm alahaai...sabarjerlah..

Selasa, 24 Februari 2009

Masalah

Aku bukan sajer2 nak buat cerita nieh tapi ianya benar2 terjadi.  Bukan jugak tujuan nak 'buka pekund di dada'.  Cuma dengan harapan dapatlah sesiapa yang sudi berkongsi idea atau pendapat dengan permasalahan nieh.

Ada sorang budak perempuan nie baru jer cecah 14 tahun.  Makbapak budak nie dah tak tau nak buat apa dah.  Budak nie dah jadi 'liar'.  Ada masa dia langsung tak balik rumah.  Ada satu ketika ayah dia sampai dah naik sepak terajang n tumbuk bagai.  Dan ada satu ketika jugak budak nie mengeluarkan ayat kat mak dia spt 'mak, ko ameklah pisau n ko bunuh jerlah aku nie'.

Kenapa bapak dia sanggup naik kaki n tangan?  Kenapa budak tu pulak sanggup berkata2 macam tu?  Selama dia bersekolah menengah dah hampir 8 buah sekolah dia pindah.  Ayah dia naik malu nak jumpa pegawai pendidikan.  Budak pompuan nieh dah pun berhenti sekolah.  Dah tak nak join lagi kenduri kendara yang ayah dia pegi.  Alasan budak nie tak nak sekolah very simple, guru sekolah tah apa2.  Boleh diterima alasan macam tu ek? Kalau aku cakap macam tu dulu, i tell u sure makbapak aku 'bagi' aku cukup. Tapi bapak budak nie dia pun ok kan ajer.  Dah tak kuasa takpun sebab dah terbiasa ikut kata anak2.

Ada macam2 idea yang kuar dari pakcik2 n makcik dia (adik beradik bapak dia lah).  Ada yang soh dia dibotakkan so that dia malu nak kuar umah.  Ada jugak yang soh dia dihantar ke sekolah pemulihan akhlak tapi belum ada kes mcm mana nak hantar?

Ini bukan masanya nak salahkan makbapak budak tu.  Inilah masa nak carik jalan (of cos makbapaknyalah) macam mana nak 'jinak' budak tu.  Memula tu aku rasa marah sgt2 kat makbapak budak nie tapi lama2 aku jadi kesian lak.  Yelah kan budak pompuan tu tuh anak sulong dr 4 beradik.  Contoh kepada 3 adik2 dia.  Kalau dah jadi macam nie takut kesannnya kat adik2 dia lak nanti.  

So, apa yang harus dilakukan dek makbapak budak pompuan 'bertuah' nieh?

Jumaat, 20 Februari 2009

Kakak

geram..geram geram geram..bukan marah..bukan sakit hati tapi skit terkilan jer. Tau2 jer mak, bapak, ateh dan abang aku dah sampai ke Langkawi. Amboiii..gi jenjalan tak ajak aku tau dorang nieh..sabarjerlah. Jangan tak beli kan aku apa2 dr Langkawi tu dah ler. Aku majuk taknak balik jumpa dorang baru tau (aku gak yang terindu2 lak kang).

Aku tak de pegi memana pun. Dok umah jer. Tak koser nak ajak hubby ke sana ke sini. Takde mood nak gi berjalan sebab poket tengah 'kering'. heheheheheehehe

Hari nie aku nak citer pasal kakak atau nama penuh dia Julia Adriana. Memandangkan dia lahir pada bulan November, makanya umur dia pun jadi muda skitlah. Atas alasan tu MIL tak bagi kakak ke Tadika (hal nie buat adik beradik aku marah betul kat aku). Apa nak buat Kakak uwan ko kata ko tu baru jer masuk 4thn masa tu. And your daddy pun macam tak kisah. Aku? hmmm..




Masa aku mengandung baby Dania, kakak masih lagi memakai lampin pakai buang tu. Aku cuba latih tapi tak berjaya, sehinggalah aku bersalin baby Dania dan masa tu aku dah pun dok pindah umah sendiri. Masa nilah aku latih betul2 sampailah sekarang nie dia tak pakai lagi dah.

Kadang2 tu ada gak Uwan dia pakaikan lampin tapi aku cakap dengan tegas dengan kakak. Jangan ar pakai pampers lagi kakak so Kakak pun takde la pakai lampin pakai buang tu lagi. Kakak nie mulut dia aduuuiii aii..kalah tul mulut orang yang sebaya dengan dia. Ada jer benda dia nak cakap..ada jer benda dia tanya kat aku. Kadang2 hilang mood aku nak tengok tv. Dan paling aku geram tu bila aku dok borak dengan uwan dia ker dengan ayah dia ker hah masa tulah dia sebok nak tanya itu ini kat aku.

Yang paling aku geram ada satu hal tuh..sampaikan uwan dia cakap Kakak tu mulut dia kurang ajar. Aku sendiri pun tak leh nak cakap apa sebab aku pun penah gak terkedu dengan jawapan kakak nie.

Kisahnya Uwan dia tak jumpa seluar dalam untuk kakak pakai selepas mandi. Kakak pulak senang jer jumpa dan terus ar dia sound uwan dia..

Uwan nie carik sebab tak pakai spek, sebab tu tak nampak spender kakak.

Aku pulak lagilah..masa tu dia nak pegi buang air kecik..masa tu dah kali ke 3. Aku pun sound dia

Tah baper kali kakak nie kencing..main air kot

Selamba jer dia jawab...abih tu mak suka ker kakak kencing kat kapet nie..kat lantai..?

Hubby masa tu pandang muka aku dengan senyum sumbing dia. Yerlah kan aku yang dok latih kakak sampai masa aku kena sedas balik. Ada banyak lagilah ayat2 sumbang sumbing dari kakak.

Bila disuruh banyak sangat kerja..kakak nie anak emaklah bukan bibik.

Pandai lak tu merayu dengan aku dengan perkataan..please..please..please sambil tangan bertaut tuh..bila nak aku penuhi kehendak dia. Si Lidya pun dah pandai ikut cakap macam tu gak. Adeeehh..Lidya nie lagilah pening nak layan.

p/s: Agak2 la kan..dari mana datangnya mulut pot pet kakak nie?hheheheehe..

Rabu, 18 Februari 2009

Baby Dania lagi



Daripada aku memikirkan hal yang sedih jer kan..baiklah aku tengok gambar yang membuatkan aku gembira shj. Baby Dania bakal 6bln hujung minggu depan. Haii..cepat tul masa berlalu..dah pandai merangkak, duduk, berdiri di meja jepun..menggapai apa shj yang ada depan mata dia. Semua benda nak masuk mulut.

Suka tergelak..bergurau..tiap hari balik dari keja bila dia nampak jer aku sure dia tersenyum lebar. Mana taknya..masa dah time dia nak 'gantung' walaupun masa tu dia baru jer lepas minum susu botol.

Dah susut banyak sebab dia terlebih cepat buat aktiviti yang sepatutnya baru sekarang dia boleh buat. Kata sedara yang lain silap2 baby Dania nie bakal berjalan sebelum sempat dia setahun sok. Insya Allah..doa yang baik2 aku aminkan ajer.

Baby Dania nie kalau tergelak..mulut dia ternganga besar then air dia menjejeh jer. heheehee..kalau bergurau lagi ler. Sebenarnya dia tak suka dok dalam 'walker' tu. Dia lagi suka merangkak..mungkin dia rasa lebih 'bebas' kot.

Penah sekali tu aku dok ralit tengok tv..pusing belakang jer tengok dia dok menonggeng kat kotak yang bersisi mainan kakak2 dia...heheehhee Lasak..mang lasak sungguh untuk baby umur macam dia nieh.

Kalau aku tengah masak kat dapur, hubby macam biasa kena ar jaga bebudak tuh. Kadang2 hubby ralit tengok tv..'terlepas' ler baby Dania ke dapur.

Kesian gak tengok baby Dania nie..tergigil..tergoyang2 jer berdiri kat sisi meja jepun ..almaklumlah dia tuh dah ler 'halus' belum sampai masa dia lagi kan.

Kadang tu tertonggeng jer dia dalam kotak mainan kakak2 dia..hehehehe

Isshh..rasa rindu ar pulak kat dorang nie. Cepat ler abih time keja nieh..leh tengok dorang..hehehehee
Posted by Picasa

Isnin, 16 Februari 2009

Tak bestnya mood..

Sejak dari berita musibah yang aku terima hari tu..mood aku jadi betul2 down. Aku rasa macam dah tak seronok nak bercerita kat blog aku dah. Yalah kan takut nanti asik berseronok jer tetiba dapat berita musibah lagi. Isshh..apalah aku nie kan..boleh lak pikir yang bukan2. Yerlah kan asal dapat berita sedih..aku dah takut dah seriau. Biasalah dalam kehiduan kita sehari2 takkan la nak tempuh yang gembira..yang seronok ajer. Betul tak? Sesekali kena gak diuji kesabaran dengan berita sedih.

Dalam tak best tu sempat jugak aku gi salun rambut dan selepas hampir 6 tahun aku tak kaler rambut. Tetiba aku nak kaler rambut aku. Kot lawa tu takper gak..nie dah jadi apa jer aku tengok. Menyesal? Skit ar. Bising amoi kat salun bila aku cakap aku nak cepat siap. Bila sesekali tengok kaler nya ok tapi bila dah lelama tu aku jadi macam tak suka sesangat dengan rambut aku tu.

Semalam lak aku gi kenduri doa selamat umah mak sedara hubby. Sedap sungguh nasi tomato dan kuah dalnya. Masa nak balik tu MIL bekalkan kami nasi tomato. Selamat ler aku nak ke dapur. Mana ar tak 'gedempong' asik polok exercise pun tak pernah dah.

Ishh..kenapalah dengan mood aku nie..? Aissh..nie yang tak best nie. Nak senyum dengan hubby pun rasa penuh kepura2an jer. Mesti ada benda nie...korang penah tak rasa macam nie? Tengoklah lewat petang kang kot mood aku tukar jadi ok.

Selasa, 10 Februari 2009

Musibah..




Orang-orang tua ada berpesan...jangan terlalu suka akibatnya boleh jadi duka...

Kalau minggu sebelum aku bergembira sakan..berseronok sakan..kejadian minggu lalu benar2 menyentap hati dan perasaan aku. Lewat tengahari 4hb hari tu aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari Ateh. Aku rasa macam tak percaya bila dia beritahu aku yang rumah pusaka milik arwah atok dan uwan dah menjadi abu. Aku sedaya upaya menahan kesedihan sehingga kepala aku jadi sakit(migrain). Cepat2 pulak aku call sedara mara aku di Seremban nie dan beritahu mereka dan tentulah masing2 terkejust bagaikan tak percaya dengan berita yang aku sampaikan. Apa yang aku cuba buat hanyalah mengucap dan beristighfar dan berdoa agar semua penghuni di rumah pusaka tu selamat. Alhamdulillah..doa aku makbul. Semasa kejadian tu mak usu takde kat rumah, dia di sekolah agama berhampiran untuk mengambil anak asuhan dia.

Ada beberapa adik bapak yang masih bujang tinggal bersama mak usu di rumah pusaka tu. Mereka pun tak ada di rumah semasa kejadian berlaku. Anak2 sedara sebelah hubby mak usu yang masih bersekolah masing2 sedang mandi malah mereka semua keluar rumah bertuala sehaja dan jugak yang berbogel shj.

Aku tumpang kereta mama (adik bapak yang tinggal di Seremban) petang tu selepas aku balik dari kerja. Aku angkut anak2 aku sekali. Aku awal2 bagi tau bos aku amek cuti kecemasan selama 2 hari. Hubby? Aku ingatkan dia ikut datang hari Sabtu selepas dia kerja tapi jawapan yang hampeh aku dapat dari dia. (hujung minggu nie sedara belah dia ada kenduri aku rasa berat lak nak pegi).

Malam 4hb tuh..mak usu tak dapat menahan sebak dan menangis di pelukan bapak. Tak sangka bapak yang tenang pun ikut sama menangis. Aku lagilah sedih bila melihat dua beradik berpelukan begitu. Jangan kata aku..adik2 aku yang lain pun ikut sama menangis. Aku cuba pujuk mak usu dan tenangkan dia dengan kata2 semangat. Malam tu jugak selepas berita di TV1 lagi ramai sedara mara yang datang menghulur bantuan kepada mak usu. Tak katalah..pihak berwajib pun sama menghulur bantuan kat mak usu aku tu.

Kata Aiman ..kunci kereta abah dia tak sempat dia nak ambil sebab api marak begitu cepat sekali. Motor adik spupu aku yang baru mula bekerja pun rosak teruk dek bahang api. Nasib baik bompa bertindak cepat..kalau tak, rumah sebelah pun pasti terbakar sama. Terima kasih aku ucapkan pada mereka yang menghulur bantuan. Sesungguhnya bantuan dan sokongan yang dihulur tak dapat tak membantu mak usu dan keluarga memulakan kehidupan yang baru secepat mungkin.
Posted by Picasa

Selasa, 3 Februari 2009

ke..B**gapan

Aku nak citer apa yang berlaku pagi tadi...bikin hubby berangin jer satu badan kat aku.  Ok aku ngaku aku dah salah tapi biasalah hubby tu kalo aku wat silap macam biasa takkan bagi chance..berdas2 ler mulut dia pokpek bising kat aku.

Kebiasaan pepagi masa hubby panas kan enjin keta dia akan angkut segala barang (begtangan dan laptop tapi beg tangan jarang2 hubby tolong angkat sebab kadang2 aku nak mekap dulu takpun aku kepit jer) masuk keta.  Itu termasuk anak2 si Julia dan Lidya.  Aku pun kadang2 ada gak tolong hubby angkat anak2 masuk keta.  Si baby Dania dah tentulah aku dukung.

Tadi tah camner aku nak amek handbag..toleh belakang seat pun takde..so, aku tanya ar kat hubby mana dia letak handbag aku.  Terus jer dia jawab dia tak pegang langsung handbag aku sebab dia ingat aku dah angkut.  Aku lak nampak dia dok angkut laptop dah tentulah aku ingat dia angkut handbag aku sekali sebab laptop dan handbag aku sebelah menyebelah jer.

Hubby pun dah mula ar ayat2 tak nak ngaku salah dia.  Kata dia lagi dia jarang amek handbag aku sebab dia selalu tengok aku dok bukak handbag untuk pakai mekap.  Dah tentulah pagi tadi dia tak nampak aku bermekap sebab aku dok menyusukan si baby Dania.

Okay..dia pun dah start ler pok pek pok pek..patutnya aku kena ingat ar barang aku sendiri, takkan semuanya dia jer nak kena buat.  Aku diam jerk..tak koser nak berbalas2 cakap kot nanti kang lagi panas jadinya.

Dalam dia pok pek pok pek tu dia leh lak tanya.  Ada apa2 ker barang penting dalam handbag aku tu? Adeeehh..tulah dek marah punya pasal pun dia boleh pulak tanya soklan yang macam tu.  Yerlah kan..bercinta bertahun..berkahwin pun..takkan dia tak tau apa yang ada dalam handbag aku tu.  Bila aku cakap segala benda penting dalam handbag tu, wuiiihh..lagi hangin lak member..pok pek lagi dia.

Aku pun dah boring..selamba jerlah aku jawab kat dia, kalau taknak balik umah ambikkan..takperlah..nanti aku mintak tolong jer kat kawan aku balik umah gi ambik.  Wuiihh..lagi ler dia berangin..dia kata benda nie mesti nak marah takleh nak diam.  Bukan main lagi dia punya ayat berapi tuh.

Okay..dok penat pok pek last2 pusing gak balik ambik.  Diam jer terus balik umah kan ker senang.  Pandai kata aku nie suka mengungkit..suka bising tak tentu pasal.  Dia sendri sama jer, bak kata orang tu 'contoh melalui teladan'.

Sampai jer opis tadi..aku macam biasa mang cium tangan dia, aku sambung ayat..Ampun and tima kasih yer.  Member pun senyap jer.

Sib baik pagi tadi gak masa bos masuk aku wish dia Gong Xi Fa Cai..dapat angpow merah..ok ar ceria skit mood aku.

Isnin, 2 Februari 2009

1 malam di Tiara Beach, PD

Posted by Picasa

Hari Sabtu 24hb, bermula la secara rasminya aku bercoti selama seminggu sehingga 31hb. Kalo seminggu sebelum tu aku ke Melaka dengan family aku kali nie aku ke Tiara Beach pulak bersama family hubby(in law aku ler) pulak.

Hubby keja sekerat hari, so aku awal2 dah packing baju dorang (masukkan balik baju yang dah basuh tang melaka hari tu). Itupun aku boleh terlupa nak bawak diapers si Lidya. As usual ar kena bebel ler dengan hubby. Alaaa..biasalah kan. Kalau aku silap hubby tu mang tak bagi chance pun.

Dengan pertolongan makcik dapatlah aku dok situ dengan rate yang rendah skit. Hubby as usual ar kan..mang payah nak diajak tapi bila dah sampai dia lak yang terlebihnya. Yang terlebih pulak  gembira jugak tentulah askar2 ku itu. (maknya pun sama hehehehe). Dengan pertolongan makcik gak aku dapat mintak foc tilam.

Sabtu petang kami sampai tu pun ngam2 time check in. Dah sampai tu takkan nak terperuk jer dalam bilik kan? Haruslah aku tukar baju anak2 dan gedeboosh..masuk kolam ler apa lagi.

Mang 'happening' ar kat Tiara nieh. Diorang buat macam aktiviti..tak payah ler nak kuar dari tempat dia..macam2 ada. Sempat lagi aku snap gambor dorang dok ajar makcik2 n pakcik2 menari pocho2. Aku takdelah nak join pun..anak2 aku saper nak tolong tengok. Tupun nasib baik baby Dania MIL dok tolong tengok2kan.

Esoknya pagi lagi hubby naik beskal, aku pun tumpang sekaki..tapi tulah kan aku dah lama tak naik, rasa gayat semacam jer.  Lepas aku..ishhh jangan tak caya, FIL aku lak coba mengayuh.  Ratenya hari tu setengah jam = RM8 shj.  Masa kitorang sewa tuh double rider tu dah takde.  Tak pulak aku tau yang kat Tiara nieh ko leh dapat free WIFI gitu.  Speed dia pun ok gak (as wat yang aku tanya kat sorang adik yang dok berlaptop kat tengah medan Tiara tuh)

Kami terpaksa cut short our nite sebab hari Ahad malam tu ada majlis bbq kat lorong umah aku. Siap ada lucky draw bagai. Tujuan utama pun nak beramah mesra sesama jiran. almaklumlah kan..masing2 kuar pagi balik lewat petang. Tah bila ada masa nak borak2nya pun kan.  Dah masing2 pun kerja, kot yer jadi surirumah pun takdela nak berkumpul jer hari2 kan?

Aktiviti2 sepanjang coti ada ar lagi..nanti aku cuba letak gambo lagi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails