Rabu, 27 Mei 2009

Down under :-(a

Tersangat sedih...
Terlalu pedih..

Hitam pekat..
Pahit dan kelat..

Ketahuilah kenyataan..
Bukannya hari2 adalah kegembiraan..

Yang pahit..yang kelat..
Terpaksa ditelan..

Walau payah..
Terimalah dengah redha..

Nukilan rasa: Aku yang punya blog ini..

Selasa, 26 Mei 2009

owh..kakak

Kakak or Julia Adriana anak aku yang sulung akan berusia 5 tahun pada 2 November ini.  Sebagai anak sulung of kenalah dia aku didik macam mana aku dididik dek makbapak aku.  Jadi kakak kena banyak beralah, kena bertanggung jawab jaga adik, kena rajin2 tolong maknya.

Ada perkara yang berlaku baru2 nie buat aku merenung jauh..betul2 jauh.  Memang mencabar sungguh jadi mak nie.  ahh..aku dah mula rasa macam mak aku dolu2 menjaga dan mendidik seorang aku.  Ada masa gurau..ada masa garang dan sepanjang masa asik pot pet pot pet.  huhuhu..

Petang Ahad tu aku benarkan kakak pegi umah jiran selang satu rumah untuk bermain2.  Aku pesan mesti balik on time (macamlah dia pandai tengok masa kan).  Maknanya bila aku panggil balik tu mestilah balik..tak boleh nak dolak dalik lagi.

So, aku perasan la ada handphone mainan terselit kat pinggang kakak masa nak dia nak mandi tu.  Aku takdelah syak apa2..melainkan aku ingat kot dia main tembak2 dengan kengkawan dia tu.  Tapi syak aku jadi lain..bila malam masa aku nak beli stok susu dorang..kakak sembunyikan gula2 dalam baju.  Tupun aku tak nampak yang nampak hubby dan dari jauh aku dengar suara hubby sound kakak.  (aku tak pernah suara hubby kuat macam tu terutamanya di tempat awam tau).  Sampaikan budak kat kaunter pun pandang gak ar kat hubby dan kakak.  Masa kakak datang kat aku, aku pun tanya kakak..apa dalam baju yang dia sorokkan sangat tu.  Dia tunjuk aku gula2 N@no.  Kata kakak dia ambil sebab takut aku atau hubby tak nak beli untuk dia.

Nasib baik aku belum keluar kedai.  Jadiknya aku boleh ar lagi bayar sekali gus.  Tetiba lak aku tingat..so, petang yang aku nampak handphone mainan yang terselit kat pinggang tu tah tah...ahhh..tak dapat nak aku bayangkan betapa malunya aku.  Sakit tul hati aku dibuatnya.  Ok..aku boleh ar cool lagi neih..diam jer.  Berapa lama pun ko leh diam..tul tak?  Aku kena ajar gak kakak nie.  Aku kena buat sesuatu..aku dah pun terangkan kat dia perbuatan dia tu tak betul..tu namanya mencuri.  Mencuri tu perbuatan tak baik.  Aku tak ajar dia mencuri pun.

hah..ko nielah dia nya bila anak2 dah terbiasa apa ndak dapat jer.  Tak kasik dia boleh selamba jer dok ambik senyap2.  Dah macam citer 'Anakku Sazali' jadinya.  Aku belum dapat berpeluang nak suruh kakak pulangkan handphone mainan tu ke rumah jiran tu.  Aku pun taknak ar kacau ke rumah orang memalam buta semata2 nak pulangkan handphone mainan tuh.  Aku tak dapat nak pegi siang sebab sebelah siang balik kerja aku kat umah MIL.  Dah lepas makan malam barulah kami balik rumah.

Sedih sungguh bila mengenangkan perbuatan kakak yang aku langsung tak sangka dia boleh buat.  Ada tak cara2 nak didik kakak supaya dia tak ulang perbuatan dia nieh?  Mungkin aku tak cukup garang kot, sebab tu kakak berani buat perangai macam tu..huhuhuhu

Isnin, 25 Mei 2009

Macam biasa jer..

owh..tidak i terforgot ar nak wish happy besday utk 2 orang close to me.  Ayoooh..camner leh lupa lak nie?  Tah apa yang aku dok ingat tah..aishh...apa ra belum pun tua tapi benda camnie pun leh lupa.  pssstt...korang tau tak aku leh sengaja jer tak bagi tau hubby.  Aissh..sendiri mau ingat ar takkan mak sendiri punya besday aku nak ingatkan lak.  Biar dia rasa kena 'kaw kaw' dengan mak dia balik keja nanti.

Lagi sorang tu adik sepupu aku.  Dah abih kot sijil pendidikan kat penang tuh.  alaa..cik mek tu aku anta sms pun kira orait ar kan.  tul tak? ya betul..hehehehe

Takdelah yang menarik pun hujung minggu aku pun.  Aku masak pun ala kadar jer untuk aku dan anak2.  Hubby pagi2 buta dah kuar main bola inter-department ofis dia.  hahh..ko balik umah dah tengahari bawak balik lauk bungkus dan hamper.  Boleh pulak dept. dia menang tempat ke 3.  Yang hampeh tu lak dia bukannya main pun.  Dia supply baju jersi jer utk team dia.

Kakak mintak nak main air macam minggu lepas..aku tak dapat nak penuhi sebab
 1.) tak koser nak kuarkan kolam plastik tu dari bilik stor;
 2.) tak koser nak tunggu air kolam tuh;
 3.) tak koser gak nak kemas dan lipat kolam tu simpan balik dlm bilik stor tuh..

Malam lak aku ajak hubby makan kat luar jer lepas aku beli stok susu baby Dania and 2 orang kanak2 tuh. Sempat lagi aku sauk seluar pendek buat basahan dorang kat umah Uwan dorang. Ahh..stok lauk pun takde nak dimasak..tak koser nak gi beli semata2 nak masak utk 2 orang dewasa n 2 kanak2 riang tuh. Pokoknya..aku malas daaaa..

dah tu jerlah citer aku.  Aku dah buat appointment dengan member aku hujung minggu kitorang nak pegi 'window shopping'.  Leh caya aku nak 'window shopping' jer..cayalah yer. hakhakhakhak

Jumaat, 22 Mei 2009

Kicap cair??

Korang yang expert memasak nieh leh tak tolong aku?  Aku tengah confuse giler babai.  Macam nieh..this morning MIL dok sound aku salah beli kicap cair yang dia ndak.  Kalau korang nak tau dia soh beli  jenis jer kicapnya..kicap pekat 1 dan kicap cair 1.  Aku beli 3 dari jenama yang sama.

2 botol pertama tuh, 1 tulih kicap dan 1 lagi tulih kicap masin..so aku bajet tentulah kicap cair.  Semua kicap kan ker dari soya bean?  fenin ar..lagi ar pulak siap kena sound 'tak pernah masak sebab tu tak kenal mana satu? perrrgghh.....menusuk ke sanubari tuh..

brand apa yang aku beli? ala...yg mula dgn huruf 'T' tulah.  Padan dengan muka aku pun..tak reti ar nak baca label kat botol tuh bebetul.  Main sauk jer..balik tengok dah salah.  Kena sound taulak nak sentapz.  

Balik nie mang aku kena beli betul2 kicap cair..adeeeehhh..mengong ar aku nieh.  Malu beb malu.

selamat ler suka ria dihujung minggu nie yer.  aku kena keja ar...mang tak best.

Khamis, 21 Mei 2009

Tagged

[award.jpg]

1.. Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda. Aku dapat dari kawan blog iaitu Ila@ultragirl .. ibu kepada anak bujang n isteri kepada seorang suami yg amat2 sayangkan dia..(betul kan?)


3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya(anda di-tag)

- tersangatlah suka tersenyum (senyum kan pengubat duka)
- tersangatlah suka berjalan2 (ada kaki but no money ok jer janji dpt gak jenjalan)
- tersangatlah malas nak berkemas (dah dok umah sendiri kenalah gak komeh yo)
- tersangatlah cepat nak menyound orang direct jer (mmg membakar nyalah)
- tersangatlah suka dengan bebudak (so innocent..so cute..the bebudak ler..takkan aku kot)
- tersangatlah suka gelak kuat (selalu kena sound dek hubby..konon2 nak lagak sopan ar tuh..)
- tersangatlah suka dengan internet (ker dah gila internet??hehehe)
- tersangatlah suka dengan benda2 berteknologi tinggi (mimpi jerlah nak dapat yang real punya)
- terlebih emosi (esp. bila the flag arise..hahaha)
- tersangat suka makanan pedas but not masak lomak cili padi..the cili padi tu yang jadi my ulam (takleh amal selalu..pesan arwah uwan aku..huhuhu)


4. Anda perlu memilih 6-7 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

The Blogger Award Friendship goes to :semua kawan blog iaitu yang berada dalam my blog lists yer..tak lupa jugak yang dok baca blog aku nie

TAG 2
TUGASAN HARIAN...

1) bila terakhir anda cuci toilet?
- 2 minggu lepas (harap hubby jer buatkan)

2)pencuci apa yg anda guna?
alamak..tak ingat ar..Kleenex (bukan jenama tisu ker ni?) kot ...

3) dalam 1 minggu berapa kali anda mop lantai?kenapa?
Tak tentu ar..kot kaki tuh dah rasa len macam jer..harus dah kena mop(malas..memang malas)

4)apa tugasan terakhir anda sebelum menjelang malam?
owh..tak tentu..kadang basuh pinggan..kadang nyusukan Dania

5) apa menu hidangan makan malam anda yg paling simple?
lempeng with kari daging yang tapau fr. in-law house...simple giler kan??? hahhaha

6)minuman selalu anda buat waktu pagi?
teh susu(again ada org tolong buatkan)..kadang tu milo jer (bila kena wat sendiri)


7)sebelum tidur apa yg anda suka lakukan?
tengok tv or garu belakang si lidya takpun..sebelah tangan tepuk b*ntot kakak, sebelah lagi dok pegang dania nyusu badan..

8) harus menjawab tag yg tertera nama di bawah?
-sesiapa je lah yg nak wat...kot ler rajin..kot la suka dgn aku kan...heheheheheehe

Rabu, 20 Mei 2009

Aku ada 3



tak..aku takde 3 keta..aku takde 3 rumah..aku takde 3 golang omeh(eh..ado ar..tapi kocik yo)..tapi aku ada 3 anak (buat masa nie 3 jerlah yang ada pun..hehehehehe).

Penghibur hati aku kala aku bosan tahap cipan..mengajar aku lebih sabar..my anak2. The best gift ever i had in my life selain mak, bapak, hubby dan lain2.

Sesekali aku ajak kakak or lidya dukung tang belakang. Mestilah dorang suka. Aissh..tak larat pun takper janji aku enjoy dengar gelak ketawa dorang. Bergurau..bergusti..bermekap..bestnyaaaaa...

Aku suka ambik gambar dorang..suka sesangat. Kakak (Julia Adriana) memang terserlah ar sebagai sorang kakak. Anytime nak soh dia tolong amek pampers ker..air minum aku ker(bukan hot drink yer)..dia tak banyak songeh buat jer. Suka posing..suka mekap...suka2 jer nak hangin..suka2 jer nak menjawab dan suka gak berkawan. Manakala anak ke2..hah nie aduihh aii. Camner nak citer ek. Nak kata manja sangat pun taklah sangat. Tapi aduii...sometimes poning palo dibuek eh. Not as good as kakak though..playful sesgt. Hubby suka sangat sakat dia. Lambat tul nak pandai cakap. Umur 2thn pun belum lancar lagi. Very2 sayang adik dia si Dania tuh. Tapi kalau bergurau naik seriau aku tengok dia kejakan si kecik. Tapi si kecik tuh leh lak gelak selamba jer macam takde benda.

Nak kata apa lagi? Alhamdulillah...syukur sesangat dengan adanya dorang nieh.

p/s: hubby ada cakap if 'ter' ada sorang lagi..dia takkan merungut malah dia redha..rezeki katanya. aku?? sabarjerlah...
Posted by Picasa

Selasa, 19 Mei 2009

Main air...




Inilah antara aktiviti hujung minggu hari tuh. Memandangkan anak2 aku termasuk si kecik tuh jam 3 petang dok buntang lagi biji mata taknak tido, aku soh (melalui si Kakak) hubby bukak kolam plestik for my anak2 bermain air. Korang taulah apa jadik bila bebudak jumpa air kan..memang siok wo. Aku rasa macam nak masuk sama jer tapi dok mikirkan kot kang pecah kolam tu..tak pepasal lak ada yang lomeh(lemas) dek mak eh. Almaklumlah kan..omak bebudak nie kan men 'slim' eh...hahaha (korang gelak ler pepuas..sedih jer aku dibuatnya).

Si kecik tuh memula bukan men takut lagi dia..hhmm tak dan 5 minit, selamba dia merangkak keliling kolam sambil2 tu tepuk air. Seronok jer aku tengok..geram pun yer gak..rasa nak join sama jer.

Macam biasalah hubby nieh...asik2 ikan bakar..tupun tak puas tuh...boleh pulak dia kata sib jer aku nie tak leh makan ikan pari..kalau tak, minggu depan (hujung minggu nieh) dia nak ikan pari lak. Aku pun konon2 nak tunjuk baik..cakaplah no prob..cari jer ar ikan pari tuh kot nak makan sangat..aku makan telur goreng pun boleh yo. Dalam hati sebenarnya..nak jer aku sound (dah sound pun) tak jelak ke asik nak makan ikan bakar jer. Tapi selamba jer orang tua kata makan ikan bakar lagi elok..tak banyak kalori..sabarjerlah aku dengar.

hah..nie ada sesapa leh tak tolong bagi tau aku or ajarkan aku camner nak buat air asam buat cecah ikan bakar tu jadik sedap. Hubby cakap aku buat ada masa 'ter'masin n kadang tu 'ter'masam. Camner tu? Kot lidah hubby tu yang 'slek'nya kot. Aku ok jer..asalkan leh hadam masuk perut..dah ok ar bagi aku neih.

korangnya hujung minggu ari tu best tak?? mesti best kan??
Posted by Picasa

Jumaat, 15 Mei 2009

Syukurnya aku..

Syukurnya aku betapa hidup aku yang sukar sebenarnya taklah sesukar mana yang aku fikirkan...
Syukurnya aku betapa aku kini hidup bahagia sedangkan aku ingat sengsara selamanya..
Syukurnya aku sesyukurnya kerana aku selalu beringat untuk selalu bersyukur.....ahahahahahaha

Hah...contoh satu lawak bangang aku buat. Sajer ar jer...tuh kira ayat spontan tuh...eceh konon nak kata ar betapa pandainya aku bersastera..kononnyaaaa...

Aku tengah dok pikiaq hujung minggu nie apa nak aku buat ek? Aku kena masak...nak masak lauk apa ek? Aku nak kemas umah yang memang cuma tempat tido hari2. Mungkinkah ada tetamu nak datang umah aku esok lusa? Apa aku nak hidang kot kalau ada tetamu yang datang?

Aku ingat ar kan..tunggu jerlah harinya. Kot ada mood nak gi jenjalan..ajak jer hubby tu pegi..sure dia ok jer. Kalo tak...buat r moncong..heheheehe

Selainnya...i dunno ar...just wait n see...anyway...SELAMAT BERISTIREHAT.

Rabu, 13 Mei 2009

Nak mengarut jab..

Sajer jer letak tajuk macam tuh..huhuhu.. :)


Hahh..nie aku sebenarnya nak imbas balik citer lelama..tapi..tulah kan..kalau boleh tak nak la mengaku. Aku nie dah nak tua kot..hahahaha..yer yer 'kenyataan haruslah diterima walaupun pahit untuk ditelan'. Aku mang ada banyak memori yang kelakar2. Tapi ah..i malu u..hehehehe


Aku pun gatal ler tangan tepon si Ateh..

Aku: Weihh..(t'lupa nak bagi salam..excited sgt nak tepon)..ko ingat tak citer2 kelakar kita dolu2?

Ateh:  Ntah..mana aku nak ingat

Aku:  Alaa...takkan ko tak ingat satu pun..

Ateh: Mang aku tak ingat ar..setau aku yang suka buat lawak bangang ko sorang jer..

Aku:  **PP*@%...selamba jer ko ngata aku ek..  eh..memang aku sorang jer ker yang suka buat lawak bangang?  Ko takde ker?

Ateh:  hahahaha..takde ar mang ko sorang yang suka buat lawak bangang pun..

Aku:  Alaa...mana ada..korang tuh jer bila aku cakap skit..korang yang suka gelak lelebih..mana ada kelakar pun...

Ateh:  Kalau tak kelakar..takkan orang gelak ngok...

(hampeh tul adik aku sorang nie...)

Aku pun heran gak dengan dorang(my adiks-beradiks) neih...aku sebenarnya bukannya suka wat lawak...tapi aku suka gurau(ayat men-cover line) dengan orang yang rapat dengan aku terutamanya my adiks-beradiks..

Ok aku bagi ko satu contoh insiden masa aku balik KL ari tuh. Masa tuh aku baru jer sampai umah makbapak, si Ateh dah kerah suoh aku buat air teh O.  Dorang dah kelaparan, tau capai pinggan jer.  oklah aku paham..sebab masa dorang mai jemput aku tak masak kat umah.hehehehe  then aku tak banyak soal tapi banyak cekadak bila disuruh..tapi buat gak ar.

Dalam dok nak buat teh tuh (dahler tak de teh uncang) mata aku dok ar melilau cari teh dan gula (maklum ar konon dah lama tak balik..ilang ingatan mana mak letak teh n gula).  Kalau dah takde teh uncang..kena pakai teh serbuk tuh dan pastilah ko nak kena pakai penapis tuh kan?  Mata aku pun melilau..tangan terkial2 buka tutup lemari mencari.

Aku dongak skit...ah spot the tapis..tersangkut kat dinding.  The tapis beso gak ler.  Bila bawak ke meja makan.  Poooohhh..tersembur nasi bangcik..ateh pun tersedak.  Dorang gelak kat aku.  Ciitt..hampeh dorang nieh..dorang gelak sebab penapis tuh penapis santan bukan penapis teh.  

Aku buat lawak bangang ker?  Aku bagitau ar dorang aku tak jumpa yang kecik..lagipun setau aku penapis santan tuh lain skit.  Macamlah aku tak kenal penapis teh.  Yang penting sekali janji dapat tapis serbuk teh.  Betul tak?  Betul... Ok nanti aku letak gambar penapis yang aku cakap tuh..kot nanti orang ingat aku tak kenal mana satu tapis teh n tapis santan.

Selasa, 12 Mei 2009

Melawat..

Hari Ahad tuh...sekali lagi hubby soh aku buat jer ikan bakar yang sama.  Ya Allah..orang tua nie tak jemu ker dengan ikan bakar jer?  Aku tetap gak buat ikan bakar tapi takdelah kosong n letak daun kari jer.  Kali nie aku letak ler inti sambal kelapa tuh.  Sekurang2nya ada gak ler rasa yang len selain dari daun kari semata2.  Eissh..tekak sendiri nak makan suka atilah nak letak apa pun..tapi kena ar make sure sodap yo..kot jadi ghaso eh len..den pun takndak..hehehe

Macam biasa..lepas makan..perut kenyang and mata pun dah dim.  Tapi aku takut kot terlajak lagi tidurnya..aku memaksakan diri aku untuk tak tido.  Walaupun...yer yer..kesudahannya aku terlelap gak..tapi aku terjaga sebab takut terlalu lambat nak melawat baby tuh.

Sebelum pegi umah orang terutamanya sedara..bawaklah ole2 kot nanti leh ar menjamu selera sambil2 berborak.  Tak bawak kang..kot ko gak dok kering tekak borak lelama...ahahahahaha Abih borak..apa lagi..masa untuk kami pulang ar.  Wuihh..ko aku dok ar pegang baby..yer..baby boy..ghisau beb kot 'ter'jangkit..hahahaha..poraaah..konon 'terjangkit'.,,kuikuikui.  Baby tuh leh lak nak melalak..ok aku pun tolong ar bagi air susu..aissh...si Dania dah pandai jealous ar..laju dia merangkak kat aku then dengan sore yang very the nangis tuh boleh pulak dia cuba tarik baby tuh...wwuisshh..seriau aku dibuatnya.  Sib baik ada sorang kakak sepupu hubby offer susukan baby boy tuh..eh..apa eh nama baby boy?  lor..apala aku nie ek leh lak terlupa nama baby boy tuh..hah..baby Ary.....sabarjerlah....

Ok bila dah borak this and that..gossip ker? no..no..no gossip yer.  Borak2 bout the baby Ary tu, saper nak jaga cos the parents tuh keja kat KL.  Of coslah the granny take care the baby..whilst the parents akan selalu berulang to jenguk baby Ary.

Kesian lak aku kat parents yang susah nak cari babysitter.  Yerlah kan...pada ko letak kat strangers baik ler bagi nenek eh bolo (bela)..tak banyak skit hilang rasa risau compare kan ko letak kat orang len.  Aku tak tau kat orang lain...aku mang tak leh nak pisah dengan anak2.  Like till now kakak kalau nak tido mesti nak sebelah aku.  Sampaikan mak aku sendiri kata aku nie 'kedekut' nak tinggalkan anak2 aku kat dia.  issshh...takdelah sampai macam tu sekali cuma my anak2 mang tak biasa ditinggalkan overnite.  Serius...sebab tulah aku mang payah nak panjang langkah macam orang lain.  Kalau boleh ke mana aku pegi aku nak angkut anak2 aku tuh.  ehh..macam pangai bapak jer nieh..  Yes..bapak suka kalau anak2 dia ikut pegi mana2 kenduri kahwin so that anak2 dia boleh kenal sedara mara.  Then all the relatives tak kira yang dekat or sejauh bau serai wangi pun kenal kami..heheheheehe

hah..tuh sok sok aku citer pasal pangai bapak aku yer.

p/s: aku takde entri pasal mothers day or wishes for mothers day sebab pada aku hari2 adalah hari Ibu..hari2 pun special untuk para ibu..hari2 ada jer ibu baru..betul tak? betul!!

Isnin, 11 Mei 2009

Hujung minggu

Jarang2 kami (aku & hubby) dapat bersama2 hujung minggu yang panjang. Aktiviti pun taklah yang menarik pun. Hubby dok sibuk nak buang pokok depan umah akhirnya dapat gak dia buat hari Sabtu hari tu. Aku pun dok sama ar sibuk tolong hubby. alahh..takdelah tolong apa pun ..tolong potong tali rafia untuk dia ikat plastik sampah tuh. Alaaa..kira ok ar tuh kan..tolong gak ar tuh. Daripada langsung tak tolong..hahaahha

Aku tak derlah masak beria2 sangat pun. Hubby soh aku buat ikan bakar letakkan daun kari..hhmm kojo sonang..aku ikut jerlah..hehehee. Pastu aku masak sambal udang (utk aku & hubby jer) dan untuk anak2 aku masak ayam masak kicap & kailan goreng. Dah sedap makan..perut udah kenyang..mata pun jadi layu..elok nak tengok tv..tv yang tengok aku..hehehee

Ingat nak ler pegi ke umah mak sedara hubby nak tengok baby tapi tak sempat lak. Dah lewat petang sangat nak pegi pun. Abih tu aku pun ajak hubby gi Dataran S*nawang tuh untuk beli hamper (takkan nak gi tangan kosong jer kan) dan sambil2 kuar bawak anak2 jenjalan. Hubby pun ok jer...katanya lepas Maghrib ler peginya. Oraitler kan.

Eh..tak sangka lak ko..upanya ada Mini Konsert anjuran AADK. Wahh..aku pun ajak hubby makan terus kat P*nang Street. Sambil2 telinga and mata dok melangut kat konsert tuh. Anak2 aku pulak bila dengar muzik yang kuat tak pulak takut..siap berjoget lagi ko. hmmm..tah dari saper lah korang ikut ek? ehem..ehem.. Tapi tulah kojab lak konsert tuh..masa dok gedeng gedang bebudak joget shuffle..tetiba jadik senyap sunyi. Masa tu lak kitorang dah pun selesai makan..apalagi..cha alif but ler.

Sampai umah pun..semuanya dah matapun dah dim jer..tapi si kecik lak dok nak gurau2. Wehh...si kecik nieh gurau..aduuh..very the ganas ler. Habih..mata..hidung..pipi aku dikemamnya. wuiihh..sib baik ler takde gigi. Kalau tak, hhmmm...u know i knowlah the case yer...hehehehe Dalam dok gurau2 tuh..si kecik pun mula ar merengek2..hah..akhirnya dia pun dim! tido ler. aihh..aku pun apa lagi..dim ler sama. Ayahnya? ahh..takde makna nak kaco maknya yer...dia lagi siok dok tengok bolasepak EPL..Liverpool (his fav. team) lawan saper ntah..tak koser aku nak amek tau. Mood baik..aku tengok sama ler ..kalo tak, hhmm sori lah..baik aku zzzzzzz jer.

ok...nanti aku sambung citer semalam lak yer...

Jumaat, 8 Mei 2009

gambar coti..




Gambar nie diambil dari belakang bilik kitorang dok. Aku tak tau ar kot nie ada kena mengena dengan Tasik Chini ke tak..Suasana yang teramatlah damai sekali..dok mengadap tasik/kolam buatan (aku pun tak pasti dan maleh nak bertanya kat staff situ) sambil2 tuh makan keropok. Wahhh..mang ler best ko.

Kecik sangat ker gambar nie? Tak kisahler yer..janji ada gak ler gambar. hehehehe Aku nie macam tulah kalo dah nama gi makan angin tuh..takkan ko nak dok jer kat bilik kan? Mang ler aku jadi 'mati kutu' dibuatnya.

Malam kedua hujan turun mencurah2..wuiihhaii best ko belengko jer dalam selimut. Rasa maleh jer nak mangkit dari tido tuh..huhuhu Nak pulak pasang air-cond..belesup jer..sejuk jer rasanya..wahh..bertambah ler tahap kemalasan ko jadiknya..hehehehe

Esok kita bercoti yer...Selamat Bercuti dan berhujung minggu yer. Aku dah plan nak gi melawat anak sepupu hubby esok petang. Lain2nya dok lepak kat umah jer kot. Takut kot hubby tu kang dok menyound aku..asik nak berjalan jer kejanya..hehehehe
Posted by Picasa

Khamis, 7 Mei 2009

Dah balik bercuti

Malam tadi jam 8 aku sampai..perjalanan 3 jam dari Pahang tak memenatkan pun. Alhamdulillah...anak2 aku ok jer semuanya tak meragam. Aku jer 'poket' ragam..huhuhu

Gambar dah nak letak tadi boleh tapi tah apa tah tetiba 'hang' lak. Nantilah bila aku ada masa nanti aku letak yer. Seronok berjalan? Aihh..namapun berjalan beb mestilah seronok kan. Semua free tinggal ko bawak jer perut ko tuh..hehehehehe

Aku nieh kan boleh lak terlupa nak beli ole2 untuk hubby. Tak katalah..dia tepon aku banyak kali pun aku tak jawab. Dah nampak banyak 'missed call' dari dia pun haram aku nak call balik. Hubby naik fed up nak call aku lagi dah..Cian..tulah lenkali orang ajak berjalan tu ikut jerlah. Ni tak, macam2 alasan diberi.

Aish..takde makna aku nak rasa malu ke apa ker. Pedulilah ko nak cakap apa pun...janji aku gembira. Kalo kita nie asyik risau apa yang orang cakap pasal kita mangler tak best jer rasa jiwa dan raga..betul tak? So..buat derk jerlah. Buat jer muka tempe ke..muka anggun ke..janji kita tak ganggu hidup orang lain..dah ler. (apa ke halnya tetiba aku nak tulis ayat2 nieh?)

Urusan kat Pahang tu aku takleh nak citer kat sini..boleh kata rahsia aku. ecehhh...kot ler nak berahsia sangat aku nieh kan. Silap2 tak dan apa2..laju jer aku menaip citer kat sini. hehehhe Tak banyak tempat aku pegi pun..abih2 pun kitorang ke Teluk Chempedak dan ke East Coast Mall yang baru bukak tuh. (sempat gak aku shopping sesikit...taknak dah gi shopping mall nieh..asyik nak shopping jer keja aku...huhuhu)

Esok lusa ar aku letak gambo yer...tadi tah apa tah..maklumlah aku nie bukannya reti sangat pun pasal upload gambar neih..

Isnin, 4 Mei 2009

Bercuti..

Aku rasa tahun nie kan, tahun aku bercoti dan berjalan sakan (poyonya haii...ghabak wo poket).  Hari Jumaat petang tuh Bangcik dah mai umah jemput aku balik ke KL.  Tinggallah hubby kat Seremban untuk pegi ke 2 kenduri kahwin tanpa aku dan anak2 disisi.  Kalau tak balik KL harus my father itu sesedihnya..(yerlah tuh).  Tapi kan, sampai jer umah..wuiiih my father very the ceria jer the face..hehehe  U know..he really cannot hide the smile.  Sukalah tuh dapat jumpa the cucus.  Even the cucus esp. kakak dok menembeng kat pangku atoknya.  Yerlah tu rindu sangatla ko kat atok ko yer.

Tanpa banyak soal..bangcik mintak banjer main bowling kat Summit.  Walaweii..balik KL jer terus kena 'pow' dek hadek2 yer.  Berhimpit2 kitorang dlm keta, tupun kitorang tak bawak bapak.  (kesian bapak kena tinggal sorang kat umah..eheheh).  Aku nie biasalah kalau balik dgn anak2 jer mang ler ajak berjalan jer.  Kot ada hubby sekalipun mang ler hubby kena tinggal kat umah gak.  (tu sebab kot hubby maleh nak balik KL..boring asik kena tinggal).  Aku ingatkan aku nie bijak ler..soh si Alang bayar dulu guna duit dia.  Upanya Alang lagi bijak dari aku,  time makan malam tuh aku lak kena kuar duit banjer makan.  Cet..mahal lagi makan malam dari men bowling tau..

Makan malam lak kat restoran steambot lak tuh.  (aku dah lupa nama restoran stembot tuh). Wuihh..kenyang giler dibuatnya. Tapi berkumpul sesama adik beradik punya pasal, mang aku no hal pasal duit.  Janji happy sesama berkumpul berborak, bergurau senda bagai.

Esok tuh (Sabtu) aku ajak bapak gi ke Summit lak.  hah ko mang asik berjalan jerlah keja aku nei kan.  Lantak lah ..janji aku happy..adik2 aku pun happy.  Tak lupa gak anak2 aku pun happy sama.  Takdelah nak shopping sangat (maknanya ?).  Tupun Alang sibuk nak balik cepat sebab esoknya dia nak ke Johor, ada kenduri kahwin katanya.  huissh..tak sempat aku nak menelek lelong dek Par*son tuh.  Sabarjerlah..

Hari Ahad..pepagi aku gi pasar pagi..beli surat khabar dan sarapan pagi.  Sib baik bangcik dah siap order roti canai..aku cuma menambah jer apa2 yang patut. Lagipun mak dah siap buat nasi goreng..ehehe..kali nie aku tak masak..malasss giler..alaa lagipun kitorang nak ke Kg Lanjut sebab ada kenduri kahwin.

Memasing pun siap cecepat takut jalan sesak.  Macam biasalah bapak tuh..kalo kat kenduri kahiwn sure dia dok berjam2 semata2 nak tunggu  pengantin salam dengan dia.  Sabarjerlah.  Lewat jam 3 barulah kami bertolak ke Seremban.  Jalan sesak kat highway ke Seremban..upanya ada accident.  Tak koser aku nak kira baper keta yang kena langgor.  Tapi mangler sonok giler dapat balik KL.  Tak sonok pun tetap kata sonok.

Esok lusa lak aku bercoti...aku akan ke Pahang.  Daaa...nanti aku citer pasal coti aku kat pahang nun..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails