Selasa, 30 Jun 2009

Kisah hujung minggu

Mula2 aku nak citer pasal anak aku yang sulung tu. Julia a.k.a Kakak. Umur dia setahun setengah dah pandai berkata2 dah. Sekarang nie dah nak masuk 5tahun. Bulan November nie 5 tahun la dia.

Kejadian yang berlaku nie aku tak taulah nak gambarkan memalukan ker atau tidak. Korang lah jadi judgenya. Malu ker nak bagi tau? Takper aku pun tak paksa..bagi tau jer kat dalam hati korang pun takper. Aku pun paham dengan 'silent reader' neih. hehehehe..aku pun camtu yo. Don't worry aku paham tahap kemaluan..eh silap malu korang tuh. [Sesekali nak melencong skit..takper kot].

Okay berbalik pada citer aku neih. Alkisah..taiiibbb..di suatu malam aku dok ajak my hubby dan my hubby lak dok ajak adik dia ikut sama ke kay hep si (sendiri paham yer). Aku dah tau dah set apa yang aku ndak dan samalah yang len2 pun. haiii..biasalah time2 dah gaji nieh rasa ar mewah skit kan. Tekak pun teringin nak makan yang level up skit ler. Kot orang kaya hari2 makan pun takper, tak luak pun duitnya. haip..terlalut lak aku nieh...sambung balik citer yer.

Malam tu mang ler ramai orang dok beratur...aii..bukan aku sorang jer yer pikir yang sama. Yang len2 pun sama gak. Time dapat gaji merasalah nak makan makanan segera neih. Jadi bila dah sampai giliran aku order tuh, aku pun order la untuk dibungkus bawak balik kan. Tak koser la nak bertunggu tangga makan kat situ walhal MIL dok tercongok sengsorang kat umah tu.

Masa tengah dok order tulah..my anak sulung itu berkata dengan suara yang begitu kuat, yang memang aku rasa satu restoran tuh boleh dengar..dia cakap kat aku,

mak, mak kata, kita nak makan kat luar..
Ya..Allah..ko..orang kat belakang aku boleh tergelak terus bila dengar kakak cakap macam tu (aku rasa sebab dia tengok aku badan besar gedabak dia gelak sopan ar skit..takutt ar kena 'backhand' aku nieh..hahahahaha). Dan aku nie kan jenis selamba pun jawablah..
yerlah kita beli kat luar tapi makan kat umah...
hah ko lagi kuat orang belakang aku gelakkan aku (aku salah cakap ker?)
tak katalah, adik ipar aku pun gelak sama. (aku dok pikir apa yang kelakarnya) tapi aku dok senyum gak ar kat situ. Konon nak cover line ar kan.
Peh tu adalah ayat lain2 tuh tapi aku tak ingat..sebab aku rasa nak kuar jer cepat2 dari tempat tu. Orang dah pandang aku len macam dah..ker sebab tah2 aku pakai t-shirt terbalik tak? aish aku check ok jer ..

hah tu ler kejadiannya..eh mang ar tak kelakar pun..aku cuma citer perkara yang memalukan aku ler..hehehehehe alah malu skit jer.

Yang satu lagi pasal hubby dok ngata aku tuh..nantilah aku citer..ker aku malas nak citer? eh takdelah..aku sure citernyalah..korang tunggu jerlah yer citernya.huhuhu

Isnin, 29 Jun 2009

Jawapan..

Aku boleh lak terlupa nak bagi jawapan hari Sabtu hari tu..hari Ahad lak mang tak de peluang langsung nak berinternet.

Ok..jawapan pada gambar kat bawah tuh...barisan melintang tuh kakak, barisan kedua belah kiri tuh Lidya dan sebelah kanan lak si Dania..sama gaklah barisan terakhir. Macamlah orang nak amek tau sangat kan? hehehehe

Enjoy tak hujung minggu hari tu? Aku dok umah jer..ish takut ar nak gi jenjalan, nak pulak ada anak kecik2 nieh dengan citer penyakit yang memacam nieh eeiieeii..lagi lah takut dibuatnya. Yer..yer..mang ar nak sakit nak mati dok umah pun leh gak kono. Tapi kita kena ar berjaga2 gak.

Ok..dah aku takleh nak gebang lelama ar..kojo menimbun nieh hah..lagipun den nak amek coti ar. Coti den manyak lum abih laie...heheheehe.

Aku mang ada citer pasal hubby nieh..pergghh..runtuh jiwa raga aku dibuatnya..tapi pada aku ar kot pada orang lain tuh aku tak tau ar kan. Sedih beb..dok terngiang2 kat tinga aku nieh hah..

Jumaat, 26 Jun 2009

1, 2 & 3..mana satu?



Agak2 korang mana satu gambar kakak(sulung), Lidya(kedua) dan Dania yang bongsu? Gigih aku dok carik gambar kakak then lidya tapi dania senang jerk pasal mang dah ada dlm laptop aku nieh..

Takde contest2nya der...sajer jer nak uji korang tuh. Tapi aku rasa korang pun dah boleh agak dah kan mana satu kakak, Lidya dan Dania.

Seronok lak aku tengok gambar dorang masa baby nieh...nampak lebih kurang jer rupa dorang. Aku jer dengan adik beradik aku semua takde persamaan langsung. Dari yang sulung sampailah yang bongsu..takde langsung yang iras2.

Selamat meneka dan selamat berhujung minggu...sok hari Sabtu kan..esok ler aku bagi jawapan yer..

Byeee....hikss....
Posted by Picasa

Rabu, 24 Jun 2009

Dania




isshh..macam terer jer si bertuah nie dok menyandar kat kerusi tau. Masa nie dia baru jer nak masuk ke 8 bulan. Tak lama lagi cecah ke 10 bulan. wooh..cepat tul masa berlalu. Dari aku dok sarat ke sana ke sinun..tup tup Dania bakal setahun poser sok.

Sekarang nie Dania dok belajar bertatih. Selalu dia berpaut kat kaki aku. Berjejeh jer air liur dia. Yang pasti gigi dia sebatang pun lum tumbuh...kata MIL kitoang tanam uri dia dalam sangat kot psl tu ar gigi dia lambat tumbuh. Kerja lain semua dia cepat ...4 bulan dah pandai merangkak..dah pandai duduk..sedara mara tengok pun wuishh..kekagungan(kagum sangat ler tuh). Dari 3.6kg masa lahir la nie alahai...kesian lak aku tengok si kecik nie macam tak cukup makan jer. Aktif sungguh dia nieh. Tangga..meja kopi..sofa dah lepas dia panjat dah. Tah baper kali tergolek dah pun.

Kalau iklan kat tv..ralit sungguh dia. Boleh lak dia bila suka nak berdiri sambil tangan dok merewai(goyang) konon2 berjoget. Tak reti langsung nak dok diam dalam keta. Kot dia diam pun time tido. Orang kata dia nie hyperaktif..ahh..tidakk!! lum tau lagi ar..bagi aku bebudak yang dok diam bebaik tu lagi ler buat aku risau dari budak yang aktif nie (konon nak cover line risau ar neih).

Aku harap dia cepat tumbuh gigi sbb aku kesian dia dok melalak tengok kakak2 dia dok makan depan dia n dia tak dapat nak makan. Aku senang jer...kunyahkan untuk dia pehtu sumbat..silap2 aku pun telan..hahaaahaha..kesian Dania dok melopong tengok mak dia makan untuk dia...hehehehhhe

owh..dia masih menyusu badan..hah tulah kan..agaknya aku nie selalu jer rasa cepat dahaga and lapar..camner nak diet nieh? (alasan mang kuat tul aku neih..heheheheheehe)
Posted by Picasa

Isnin, 22 Jun 2009

Gumbira tapi...

Apala nasib aku agaknya..ecehh..konon2 sedih ar nieh. Aku dah seangkatan dengan Alang sampaikan Alang pun cakap aku mengejar-ngejar ikut saiz badan dia. Ya Ampun!! Kesian aku tau..asik dok kena perli macam nie..harus gak aku menguruskan diri ini. Ahhh..tidak..benci betul ar..

Padan muka aku pun..makan pun tak beragak. Semua aku nak balun..semua aku nak polok..eh pulun..kakakakaka..ok ok aku sedar diri..gemuk tuh mang tak sesuai dah..biar sopan skit ayat..aku obes..hah ko lagi ar 'brutal' punya perkataan.

Yer..yer..aku janji kali nie aku kena gak berbuat sesuatu ke atas diri ini. Aku kena setkan hari nie adalah hari aku bermula utk berDIET..geli giler bila aku taip DIET nieh. Nak taknak aku kena terima hakikat sistem badan aku nie dah tak sama mcm 20-15 tahun dulu..ko polok camner badan ko tetap gak cekeding. La nie aku kena control..kena exercise..EXERCISE???!!!

Nak cantik nak lawak..eh lawa..kena ar berkorban..say bye bye to all yummy2 foods.. Saper2 yang nak offer aku pil langsing ker ..apa ker..sowi no bajet ar. Aku kena guna pendekatan yang langsung tak kuar sesen pun. Modalnya aku kena ar push diri aku sendiri untuk mula BERSENAM..yer yer BERSENAM baik untuk kesihatan. Dok kat tempat air-cond nieh mang badan kita cepat jer lemau. Tak cukup kalau ko dok buat keja umah tu..kena gak BERSENAM. Kalau yang dah kahwin SENAM tengahmalam tutt tak kira ar..setakat kakakakaka..malu ar nak sambung ayat, korang sambung ler sendiri (malu konon..hehehehehe)


Puasa nak dekat dah nieh..insya Allah..pasti boleh!!

p/s: Dok kat Malaysia nie rasa rugi ar diet2 weih..banyak makanan yang sodap2 tau..ada jer alasan kan aku nie..camner ar nak kurus camnie..hehehehe

Sabtu, 20 Jun 2009

KL aku di sini

Live blogging from KL nieh..heheheheeh

Alhamdulillah..dpt gak aku balik kl..

Nak kata tak enjoy..giler ke apa..mestilah enjoy..baru jer lepas masak

alaaah..masak yang ringkas jer..

Korang enjoy lah yer weekend neih..

Khamis, 18 Jun 2009

Handsome??

Member kat tempat keja aku nie bengkek jer dengan aku sebab aku tak kata dia 'handsome'. Aku kata laki aku yang paling 'hansome' di dunia tapi pada pandangan mata aku jer. Kat orang lain laki aku tak 'handsome' mana pun. So?? Kalo dah nama pun suami ko..takkan ko nak puji laki orang lain tinggi melangit. Walhal....korang sambunglah ayat seterusnya yer.

Peh tu member aku tu tak puas hati lagi. Dia tanya lak antara dia dengan bos aku. Bos aku lak ada sama dengan kitorang. Bos aku tu pun dok tunggu jer aku nak jawab apa. Giler2 ar aku puji bos aku tu. Ko..takkan aku nak puji member aku tu kan. Dah tentu inilah masa aku nak bodek (eleh.kot bodek lelebih bukan dia nampak kebaikan aku pun..cewahhh).

Dah tu siap ugut aku tu..konon nanti dia nak kuar pejabat aku kena cakap dia yang paling 'handsome'. Alahaiii...kesian lak aku tengok dia. Boleh lak aku nie dipaksa untuk berkata bohong..hahhaha. oklah kan nak sedapkan hati dia tu..aku pun cakaplah...ko lah paliiiiing handsome kat dunia. Boleh lak dia sound aku tak ikhlas. Ishh...#%^%$@ mang dah kuar segala ayat kat dia.

Dia kata muka aku macam bini 'shrek' tuh hah..yang menghijau jer tuh. Hampeh...soh aku puji dia tapi dia lak kutuk aku. Kan ker cari nahas dengan aku namanya tuh. hah..ko apalagi..kuar segala ayat yang sememang tak sedap dia dengar ler.

Tapi lepas tu kitorang bantai gelak-gelak. Alahh..sesekali bila dia dok opis tentulah dia nak carik tempat nak lepas tension. Kot dengan bini sendiri ..harus dia tido luar. hahahaaahaha.. Gurau pun gurau gak..pasal kerja kenalah serius beb. Kang tak pepasal jer kena bantai dek bos kang.

Rabu, 17 Jun 2009

Rumahku Syurgaku




Dah hampir setahun kami mendiami rumah ini. Sejak aku melahirkan Dania, keluar jer dari hospital, rumah tulah aku duduk. Masa berpantang Dania, mak yang temankan aku lepas tu Ateh lak temankan.

Alhamdulillah..aku rasa sangat bersyukur akhirnya kami mampu miliki rumah walaupun ada sedikit cabaran. Rumah nie tempat persinggahan bapak bila2 dia ke Seremban. Ko..mana boleh bapak tak singgah...menangis aku kang. Dulu bapak tak selesa nak jumpa aku di rumah besan dia. Sekarang nie siap boleh tido baring lagi..hehehe. Sejak aku payah nak balik ke KL nikan, mak dengan bapak dengan rela hati melawat cucu2 dorang kat rumah nie.

Aku..wuiiihaii lagi ar seronok kalau ada orang datang umah aku nie. Lagi ramai lagi lah meriah..betul tak? betul!!

Tanah tepi tu kosong jer tuh...sampai la nie masih kosong. Belum boleh nak tanam apa2 pun sebab terlalu banyak batu2. Tu pun masa memula kitorang pindah tu pun punyalah banyak batu2 besar kitorang buang.

Cantik ke tak..janji dah ada reta sendiri. Sib baiklah ada duit epf..leh gak ar beli umah..kalu tak..pergghh..mana nak cekau ko duit ribu riban bayar depositnya.

Pada yang ada ura2 nak beli umah tu..sila pastikan la yer duit untuk pasang lampu, wiring, gril dan sebagainya. Tak lupa jugak siap2kan jugak duit nak beli perkakas2 penting macam peti sejuk dan mesin basuh. Kot dah ada hadiah kahwin tuh..untungler tapi yang kena beli baru..hah..sebab tulah duit simpanan tu penting ler sesangat.
Posted by Picasa

Selasa, 16 Jun 2009

Oh..anakku!!




Saper cakap baby girl senang nak jaga? Pengalaman aku dengan 3 orang anak perempuan..perggghhh...!! Penat sungguh beb. Kesian tul aku dengan MIL. Korang tengok gambar tuh pun dah membuktikan betapa terernya anak aku nie. Jangan kata ibu kucing..ibu musang pun leh pengsan tau. Ayat aku pun..mang selamba jer kan? Gambar yang aku tempek tu pun bukan cubaan baby Dania yang pertama yer. Tu adalah cubaan dia yang ke 3 ke 4 ke..aku pun dah hilang track dah..rasanya 3 kot..

Korang bayangkan ek..aku terpaksa nak bukak kunci mangga dan kunci pintu gril tu, dia leh jer selamba dok tersengih2. Macam mengejek aku jer dok terhegeh2 nak tangkap ...hah ko ayat aku sekali lagi..tangkap tuh..heheheheehe

Masa nie aku siap tunjuk kat hubby dan hubby dengan muka derk jer dengan kelakuan anak dia yang sorang nieh. Weihh..aiii kalau yang anak pertama dulu tu lasak..yang kedua pun lagi lasak..yang ketiga nieh..ya Ampun lagiiiilaahhh lasak. Bakal menjangkau 10 bulan si bertuah nieh. Tengah dok acah2 berdiri..asal dia berdiri jer dia gelak2. Konon2 nak orang tengok dan bangga ar dengan pencapaian dia.

Sabekkan baby Dania nielah makanya MIL terpaksa pasang pagar antara dapur dan ruang rehat..asik dok naik turun tangga jer keja dia. Ahh..loteh dibuek eh..kata MIL dengan kelakuan baby Dania nieh. Tak katalah ko..tangga kat umah aku tu pun berpagar gak tapi dia tetap gak panjat kat tebing ..hah tu pun aku ada gambar nya..tu nanti aku letak yer.

Aku ada gak tanya kat mak pasal kelakuan aku kecik2 dulu lasak ke tak. Mak kata aku tak lasak langsung..dok jer diam2 buat hal sendiri. heheeheh (kembang gak ar kan). Dah tu tentulah dorang nie ikut pangai hubby..pasal MIL dok citer hubby nie masa umur 4-5 tahun penah panjat tangki air kat kampung dulu. huhuhuh.. Kalau yang baik tu cecepat jer aku ngaku tang tak baik cecepat jer tuduh hubby...hahhahaa

Aku tengah dok bayangkan kot dia dah pandai jalan sok...adeeehhh..lagi ar pengsan MIL dibuatnya. Aku? Nak wat camner..terima jerlah kelakuan anak2 aku tu...hahahahaha (ayat sedapkan hati).
Posted by Picasa

Isnin, 15 Jun 2009

Di pagi Ahad itu..

Wah..tajuk dia bukan main lagi kan?. Nak ikut kejadian yang berlaku itu taklah pagi sangat pun. Tetiba jer aku dok sebut 'kejadian'. Memang ada satu kejadian yang berlaku di pagi Ahad tu pun.

Aku ditinggal dek hubby bersama anak2 hari minggu tu. Hubby terpaksa bekerja walaupun hati dia meronta2 nak rileks bersama aku. Bila hubby dah pepi keja..aku pun mula ar 'bersilat' dengan anak2. Aku kerah dorang mandi..dengan si kecik tu pun aku biarkan dalam bilik air dengan kakak2nya. Dah siap mandi..pakai baju semua..aku pun siapkan sarapan.

Si kecik pun dah tau dah..asal lepas mandi jer dia mesti mengengek. Cuma kali nie aku terlewat sikit nak siapkan bijiran dia. yerlah baru teringat..air panas dalam 'flusk' sudah sejuk bedi. Sementara tunggu air masak..aku kemas2 lah umah..kuarkan lauk untuk makan tengahari nanti. Si kecik Dania dah menangis2 meraung. Adeehh...nak tak nak aku pun angkat dia usai aku siap bancuh bijiran dia.

Aku pun macam terer jer..sebelah dukung dia..sebelah lagi pegang cawan n mangkuk bijiran dia tu. Masa aku nak duduk tuh tetiba kuar bunyi..'praakk'. Si kakak Julia..dah sound aku..'eii bunyi apa tu, mak kentut eh?'. Aku diam..antara nak gelak atau marah atau malu..semua campur baur. Masih dengan selamba aku dok dan mula menyuap Dania. Dah nak selesai aku soh kakak amek tuala mandi aku.

Kakak tanya.."mak nak wat apa?"
Isshh..banyak lak budak nie (dlm hati)..alaa..seluar mak koyak la kakak..nanti leh nampak spender mak nieh. Tadi yang bunyi kuat tu bukan mak kentut lah. Jenuh lak nak explain kat budak bertuah sorang nie.
Kakak macam tak caya.."nak tengok..nak tengok"
"apahal kakak nak tengok vontot mak lak, dah gi jer ambik tuala mak tu". Tak banyak songeh lagi kakak pun capai dan hulur tuala mandi aku tuh.

Lepas aku dah selesai menyuap Dania..cepat2 aku bangun gi tukar pakai kain batik aku lak. Cet..seluar tu dah sempit. hahahaha..taknak ngaku dah gemuk cakap seluar dah sempit.. Aku pun tunjuk kat kakak seluar yang koyak tu. Aishh...dah cukup malu citer kat sini takkan aku nak tunjuk gambar lak. Yang penting sekali sib baik hubby takdak..kalau dia ada tu haruslah aku makan hati ulam jantung dengar mulut dia dok ngata aku.

Dah..dah..korang pun kot nak gelak kat aku biarlah sopan skit..tuh air liur tu cover ar..abih skrin pc/laptop kena air liur korang tuh.

p/s: ok..mood monday blues dah tukar? dah gi buat keja elok2 yer..heehehehehe

Jumaat, 12 Jun 2009

Tahan jerlah

Gambar semalam tuh memang betul2 buat hubby cuak. Well..semalam bila aku tanya dia, dia pun seriau jer kot aku yang mengandung. Aii..takut lak hubby nie. Tapi hubby kata dia taklah takut sangat tapi kot tinga dia yang berdesing kena sound. hahahhahaha..haaa..tau pun takut. Cakap I u taknak dengar. Dengar pun buat2 tak dengar. Kot jadi 'ter'..u sindiri mau ingatlah beb.

okay..citer hari nie lak...


Aku masih lagi boleh bersabar..masih boleh lagi dok senyum. Dalam hati nie tuhan ajer yang tau. Geram pun ada gak nieh...moga2 Allah swt tetapkanlah keimanan dan kesabaran paling tinggi..amiiiinnn...

Perhal? Eishh..takmo ar citer..tak koser pun sebenarnya. Just nak luahkan hati jer. Lepas nie ok jer kot. Insya Allah. Tak ada masalah yang tak besar melainkan kita sendiri yang sibuk dan cuba nak perbesarkan sesuatu masalah. Betul tak? Betul!!.

Hujung minggu nie apa rancangan korang ek? Aku nie hmm...ntahlah adik2 aku dah sibuk menanya bila nak balik KL. Aku tak berani lak nak janji. Aku diam jer. Kena marah ker kena perli ker..tahan jerlah. Aku terangkan pun bukan ada yang nak paham kan pun. Yelah kan..kadang2 diam tu bukan kalah tapi beralah. (baikjer mood aku hari nie..aku pun cam tak caya jer).

Bergembira lah korang di hujung minggu yer..harapnya aku pun macam tu gak.

Bye...

Khamis, 11 Jun 2009

Gambar apa ni?

Aku rasa ramai tahu apa maksud gambar nieh kan? Waaah..pandai pun. Zaman moden nieh takyah dah nak gi jumpa doktor ..DIY (do it yourself) jer.

Hah..kalau yang tak tahu apakebenda nie..meh ahkak nak bagi tau korang. Tuh namanya 'pregnancy test kit'..bahasa melayu lak maksudnya..'alatan menguji kehamilan'. Ok..sudah tau? Caranya senang jer..titiskan (ke titikkan...ah bantai jerlah) air kencing (seeloknya di awal pagi) kat lubang kat kiri sekali tuh. Then korang tunggu ler dalam beberapa minit. (fuuhh...expert dah nieh). Hah...kot satu line jer yang kuar...sah confirm tak mengangung..eh silap mengandung.

Tapi gambar sebelah nie dok tunjuk dua line kan? hah...soheh ler mengangdungnya tuh. Alat tuh mang kalau ko dah lewat seminggu dari tarikh ko pregnant..mang leh detect 99.9%. Canggih tak canggih nya zaman la nie kan? Kot ko tak caya gak ..hah gi ar jumpa doktor. Kot doktor pun check cara yang sama gak mang ler membazir jerk..tul tak? betul!!

Aku ingat lagi masa anak pertama...hubby bukan main gembira dan excited ko. Dia siap kiss aku lagi. Anak ke-2 pun senyum gak ar tapi not as excited as the 1st one ar. The 3rd one? aiishh..nak kata kesian pun boleh nak gelakkan pun boleh..hehehehe Apapun dia redha jer.
Ehh...saper yang tak nak anak beb..but for the married couple ar. Sure ar dorang happy jer..nak pulak dapat anak yang comel lote..lagilah terharu gitu..huhuhuhu..

Hah...kalau korang nak tau, masa aku tunjuk gambar tu kat hubby...hok aloh aiii..kesian tul..aku nak tergelak guling2 tengok muka terkedu dia tuh..heheheh..Antara percaya dengan tidak jer. Hubby nie pun...aiii..takkanlah kot aku punya sendiri aku tunjuk gambar lak kat dia. Dah tentulah aku tunjuk benda alah tu betul2 depan dia. Betul tak? hah...korang pun sure ingat aku punya kan? Dah tu aku tunjuk saper punya lak...

Laaa..ni gambar jer..memang confirm bukan aku punya pun. Ehh...aku pun cuak gak weeeihh..kot 'ter' lagi, hahh...pengsan aku kang. hehehehhee

Anyway...cut to short..the picture nie mms dari adik aku ler Si Alang tuh. Aku tak terkejut langsung malah aku gembira ler sesangat. Tapi Alang n hubby dia boleh lak terkejut. Well..kengkawan..dorang nie terkejut sebab sebelum nie Alang nie mang ada masalah skit. Selepas dia melahirkan anak pertama...cubaan untuk anak kedua mang susah skit..sehinggalah si sulung dah berumur 6 tahun barulah dia mengandung. Jadi dia taklah nak jangka untuk mengandung yang ke 3 dengan begitu cepat. Alhamdulillah...mungkin berkat dia tak mudak putus asa berubat dan mungkin berkat doa orang sekeliling yang menyayangi dia.

Tahniah Alang...cecepat ler gi klinik tuh yer. Dah rasa memual tu...mang dah confirm ar tuh..heeheheheh
Posted by Picasa

Rabu, 10 Jun 2009

Kalau tak suka..

Korang pernah bila tengok muka si polan2 nieh..terus menyampah tak ingat, walhal korang tak kenal lagi nieh. Pernah tak?  Dah kenal lagi ar korang menyampah lagi tak hingat dengan si polan..pernah tak? pernah tak?  Aku pernah weeeiilhh...banyak kali tuh...kes nak kawan tapi tak reti nak berkawan ar nieh.  Mulut pun tak reti nak cover...konon2 tak nak ar kan jadi mcm gunting dalam lipatan.  Depan bukan main baik..puji lambung melambung tapi kat belakang dia punya kutuk...tak hingat dosa dah..hhuhuhuhu

Ecewaaah..macam bagus jer kan?  Macamlah semua makhluk sayang and suka gila babes kat kita bila kita tak suka kat si polan2 kan?  Sajer jer nieh aku tanya..korang pun jawab kat dalam hati jer yer.  Kot nak jawab hah sila2 lah tinggalkan kat tempat komen tuh.

Aku tak tau kat korang tapi aku nieh selalu jer silap menilai orang.  Tulah kan perasan konon2 bagus sangat.  Kesudahan dah malu sendrik.  Sib baik laaaa aku nie jenis selamba badak (mang dah macam badak dah pun...kes sedar diri..insaf kejab jer neihh..hehehehe).  Betul tau..aku selalu tersilap mentafsir sikap dan perangai orang.  Biasalah kan..memula tu ingat yang tak baik jerlah..bila dah tau dah kenal...walauweeii..malu jer rasa nak berkawan.  Yerlah belum apa2ang b dah ingat yang bebukan.  Last2 dah termalu sendiran berhad...hehhehehehe

Apa hal ar tetiba aku taip benda alah nieh...alaaa...korang pun layan jerlah..sesekali petik kat minda tu (ecewah..macam kaunselor la pulak).  Bagus dah ke kita sebagai insan untuk menilai insan lain?  Best sangat ker kelakuan dan tingkah laku kita sehingga kita nak mengutuk mengata orang lain?  (owwwh...tetiba jer meremang nieh..rasa berdosa ar tuh..ehek)

Aku nak pesan kat korang eh..silap nak pesan kat diri aku sendiri nieh ..tengok dan lihat dan cerminlah diri sendiri sebelum kita menilai orang lain...boleh?  Yer..boleh..malaysia boleh!!

p/s: penulis blog nieh dah meweng...tak pun mungkin dia dah kering ide...

Selasa, 9 Jun 2009

Sesuka jer..

Bila dah makan kat 'm' tuh terus lak terlekat 'm'alas. hheeheehe..  Seronok bercoti sampai nak citer kat blog pun rasa malas jer.  Aku tak delah nak pegi jalan jejauh pun.  Hari Jumaat tuh pepagi lagi hubby ajak gi beli barang dapur..konon nak soh aku masak sotong masam manis.  Eceeh..dia ingat ayang dia nie pandai naaaa la masak.  Aku pun ok kan jer.  Konon bila dia cakap nak makan apa pun aku boleh buat.  Sedap tak sedap belakang kira.  Kat kedai tuh memang ler sedap yang..dicampur serbuk perasa pun dah sekiaaaann banyaknya.  Ayat aku nei pun tak delah nak beragak kan..selamba jer.

Hahh...ko tak dan tunggu hari Ahad pun..hari Sabtu semuanya dah langsai.  Mana taknya beb..family i mai all the way dari KL..dengan perut tak berisi..dah tu ditambah lak dengan kedatangan mak sedara aku sekali.  Walahweeiii...pengsan aku nak mikirkan lauk apa aku nak masak.  Kesudahannya apa yang ada dalam peti sejuk semua aku taram masak.  Abih licin lecau jadiknya..hehehehee

Hari Ahad lak aku gi ke Tapak Kem Paroi tuh hah..ada program 'sua rasa'.  Pepagi jam 10 lagi aku heret anak2 gi sana.  hah ko terbang duit dengan belon2 yang ikut terbang.  Kesian 2 beradik tengok jerlah belon terbang dek silap korang sendiri.  Si kecik boleh lagi dia lelap kat bahu aku..adeeehh..rebeh ghaso bahu dek eh. manggg..aii tak padan dengan kocik ko yo.

Belum sempat tengahari aku dah sound hubby..jom balik.  Dah dia pun dok komplen kendong handbag aku berat giler babai.  Dahtu..segala benda semua masuk dalam handbag tu cik bang oii.  Kalau tak..mang ringan jer tuh..ehehehehe

Dah dekat Maghrib Ahad tu..tup tup my family comes again lepas dorang tido semalam kat Palong sebab kenduri kahwin kat umah Pak Ngah.  Termasuk gak dok bincang pasal my cousin bro yang dah gatal nak kahwin dah..ahahahahaha.  Sesuka jer aku kata dia gatal ek..alah no hal ar bro..mang ko dah gatal nak kahwin pun.

Masak lagi ler..tapi takler banyak mana pun...sebab my mommy dah tapau awal2 all the lauk and nasi from the kenduri kahwin lah.  heeehhe...sonang kojo den.  Goreng tolor dadar and sambal cili api ikan bilis.  Janji memasing konyang..yo tak? yolah tuuuu.

Esok sambung citer...

Khamis, 4 Jun 2009

Rezeki

Aku bawak bekal macam biasa hari nie.  Tah macam mana kawan aku call tengahari tadi ajak makan kat luar.  Wahh..aku pun dah lama tak makan tengahari apa, pucuk dicita ulam mendatang ler apa lagi.  Rezeki jangan ditolak..'on' jerlah.  Bekal kang leh bawak balik umah hangatkan then jadi ar dinner kang..heheheheehe

Aku ingat nak belanja dia makan.  Asal gi makan2 jer dia belanja, aku nak gak belanja dia makan.  Bukan selalu pun kan.  Kalau dah nasib dapat kawan yang susah nak terima dibelanja nieh..heeeiii nak taknak kena ar terima (dalam hati punyalah riang ko!!).

Kitorang pegi makan kat mana lagi kalau bukan yang ada loga big 'M' tu ler.

Kenyang giler beb!  Mana taknya beb..boleh lak aku ngan kawan aku nie ikutkan tekak yang mang dah kebulur ikut jer kata budak kaunter 'alah tambah RM1.2o jer' untuk dapatkan yang saiz besar.  Hah..ko dah tu leh lagi mintak sundae kon..wuishh..mang ler payah nak kurus macam nieh.  Diet ko yang sebulan tuh mang hancusss ler.

Tima kasih fren for your treat.  Lenkali tuh please ar let me treat u back. Malu ar asyik ko jer banjer aku.  Anyway..esok lusa tungang n tungging (macam lah ada perkataan nie) aku enjoy bercoti. Naper?  Aii..orang ada coti..cotilah korojernya yer.

Selamat menghabiskan coti yer kengkawan..takde duit pun takper..korang dok jer kat umah layan internet takpun layan Astro yang la nie tah apa2 rancangan dia.  Dok tambah channel tapi kena bayar lak..coiii..yand sedia ada taklak diletak pun citer yang best2.  Hampeehhh!!!

daaa!!

Rabu, 3 Jun 2009

401??

Hai...kengkawan semua..rindu giler (sikit lagi nak giler) dengan internet.  Selepas banyak benda berlaku selepas entri hari tu, baru hari nie aku terperasan inilah citer yang ke 401.  Waahh..banyak tol citer yang dah aku taip selama aku joint berblog nieh.

Buat masa nieh aku selalu berinternet pun kat opis jer.  Dah boring pulak nak menunggu kan internet masuk umah nieh.  Asik2 jawapannya 'kabel lum masuk'.  Tah bila masuk aku pun tak tau.  Weiihh..dalam banyak benda aku leh tambah dalam umah tu..internet gak yang aku hingat.  Hahh..yer aku ngaku aku mang giler kat internet.  Hidup aku mang tak meriah tanpa internet.

Hahh..nie nak citer kejadian yang buat aku mang 'jammed' giler.  Dah ler aku dok sengsorang jer kat opis nieh, boleh pulak tetiba aku tak leh masuk internet.  So..boleh ar korang agak naper tetiba aku senyap jer dekat seminggu.

Nasib aku tersangatlah baiknya bila orang teknikal yang datang nieh walaupun agak berumur seorang yang sabar melayan kerenah pelanggan macam aku.  Yerlah..berlagak pandai gi 'reset' modem then menggagau bila tak boleh masuk internet.  yes..serius beb aku cam tak caya jer betapa cepatnya response dorang dengan report aku.  Terima kasih En. Kamal for your help. (macamlah dia baca blog aku nie kan?).

Citernya camnieh..memang awal2 pagi masuk keja aku terus jer on pc.  Nak check email opis kena ar masuk internet kan?  hehehe..sesambil tu alah..korang paham2 dah ler.  Boleh pulak aku tak leh nak connect.  waahh..macam expert punya orang aku pun apa lagi reset ar modem.  Dah reset modem tuh boleh lak aku jadi mengong terlupa password.  hah..ko menggelabah bab  ler aku dibuatnya.

Bila dah menggelabah tu haruslah aku tepon Tmn*t punya customer service mintak dorang reset password.  Selalunya mang menjadi jerlah..eh tak gak boleh ko.  Lagilah aku menggelabah (tak dapat masuk internet sehari...wuihh aiii..tak lengkap hidup rasanya).

Bila dah test segala benda apa semua pun tak leh..pegawai khidmat pelanggan nie kena ar panggil teknikal mai opis aku nieh.  Kebetulan pulak orang dr teknikal nie datang time aku coti lak.  Adeeehh..aku punyalah nak pujuk dia datang..tanya ler bebaik..nak wat report sekali lagi or dia nak mai opis aku.  eceeh..suara dia wuiiihh..macho giler beb.  Aku dok imagine muka ala2 model yang hensem, tinggi.  Kali dia datang...alamak like my father lah weih..  Tapi dengan selamba jer aku cakap kat dia...waahh..suara macho giler kali tengok lain pulak..hampesss..berani matikan statement aku tu? Dulikkk..janji dia tolong aku betulkan internet kat opis nieh..heheheheh

Aku pun takdelah nak tanya banyak pun..tengok je dia buat.  Tup tup..dah leh jer masuk internet.  Hah..padan muka aku neih..lagak pandai..setting kat modem tu aku gi usik..hahahaa  Sib baik ada hero dari TMn*t nieh..cayalah..dapatlah aku berinternet..muahhaahaha (gelak dgn hidung kembang).

Sekian..citer aku..sori kelam kabut sebab maleh nak check ayat2 yang tunggang langgang.  Layan jerlah yer...janji aku dah leh masuk internet and...you knowlah kan..hehehehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails